Hafiz Zulkafly

Segmen #5ApplikasiAndroidPilihanSaya

Sabtu, Disember 13, 2014

Assalamualaikum.


Maaf segmen tiada banner atau seumpamanya. Rasa macam nak buat segmen. Terfikir secara tiba-tiba. Segmen simple , tak banyak songeh , tak perlu follow sana sini and tak perlu keluarkan duit . Hahaha . Tujuan buat segmen ni , nak pengguna Android luar sana , kita sama sama kongsi applikasi android pilihan korang yang korang install dalam smartphone korang. Doesn't matter from which category apps tersebut. Yang penting korang pakai apps tersebut and korang rasa apps tersebut harus and tak rugi untuk di-install. Mudah kan? So here #5ApplikasiAndroidPilihanSaya ;



1) Google Drive


2) Google Keep


3) VSCO Cam


4) Instagram


5) Insta Square Maker



Here some details about the apps ;

1. Google Drive - Online storage . Mudah untuk diguna . Storage yang diprovide lebih besar dari dropbox . and dari segi keselamatan untuk sharing file pon lebih selamat :D

2. Google Keep - Note tepek sana tepek sini . App yang simple . Ringan and customize-able . Tersedia dengan widget . and korang boleh buat note by check list , gambar and etc.

3. VSCO Cam - This one favorite . Photo editor . Support android 4.0 and above . Actually app ni pada mulanya hanya terdapat di iOS , sejak tak ingat bila . dah available untuk android user . Edit pakai app ni serious gambar lawaaa.

4. Instagram - Yang ni semua orang tau right ? So tak payah futher detail kot . Hehe .

5. Insta Square Maker - App ni sama macam insta size . Cuma aku prefer install yang ini , sebab size kecik , mudah guna . Kalau rasa rasa malas nak crop gambar untuk upload dekat insta , highly recommend this app .



Done. Nak join tak? Jom lah join. Nanti den akan update satu list perserta, then boleh blogwalking untuk intai intai apps yang menarik yang dicadangkan oleh mereka yang lain. Btw , berikut syarat syarat untuk segmen ni ;


1. Mempunya blog dan pengguna android.
2. Tajuk entry adalah seperti berikut "Segmen #5ApplikasiAndroidPilihanSaya".
3. Wajib masukkan screenshot applikasi tersebut seperti contoh di atas.
4. Post entry link anda di ruangan komen post segmen ini.
5. Tag at least 3 orang and make sure mereka tahu mereka ditag.
6. Selesai.


Mudahkan? Tiada tarikh tutup. So bila bila masa kalau ternampak entry ni , boleh join. List akan di-update dari semasa ke semasa. Sekian.


Aplikasi Android untuk Pelajar

Sabtu, November 15, 2014

Assalamualaikum.


Tadi menggeladah Play Store . Tengah geladah play store tu , terjumpa beberapa aplikasi yang eden sendiri rasa ianya sedikit sebanyak berguna bagi mereka yang bergelar student . So izinkan tuan hamba menge-list-kan beberapa aplikasi yang telah tuan hamba jumpa sebentar tadi .




1. RealCalc Scientific Calculator.

Dengan adanya aplikasi ni , tak perlu risau lagi kalau kalau tertinggal kalkulator . Jarang kita dengar orang lupa nak bawak phone kan ? Kalkulator ? Selalu sangat dalam kelas berlaku proses pinjam meminjam . Sebabnya ? Lupa nak bawak kalkulator sendiri . LOL .




2. Timetable

To be honest , aku tak sempat nak belek habis aplikasi ni . Sebab aku tak suka . Tapi tak bermakna kalau aku tak suka korang pon tak suka kan ? Hahaha . Buat jadual sendiri , boleh letak nama pengajar kepada subjek , tempat , durasi masa and lain lain nota . Bukan itu je , after habis kelas , korang juga boleh masukkan task yang korang kena buat after kelas tersebut . and kalau tak silap juga , aplikasi ni ada function reminder sekali .



3. Google Translate

Okay aplikasi ni tak perlu cakap banyak . Rasanya semua orang tau . And so far this one sangat sangat membantu . Aplikasi memang ade dalam phone aku dah .



4. My Study Life

Aplikasi ni tak jauh beza dengan aplikasi no 2 tadi . Cuma yang ini nampak lebih tersusun and friendly user sikit kot ? Yang paling penting aplikasi ni bukan sesuai untuk pelajar sahaja , untuk cikgu and pensyarah pon sesuai .




5. Periodic Table

Ini sesuai untuk science stream student . Memandangkan aku budak business , so aku tak install aplikasi ni . Tapi based on feedback dari orang dia kata aplikasi ni sangat membantu . So apa salahnya kalau kita cuba kan?




6. Lingua.ly

Aplikasi ni boleh cari maksud perkataan yang korang tak paham dalam bahan bacaan korang dengan cara click pada perkataan tersebut sahaja . Mudah kan ? Yang menariknya , aplikasi ni support macam macam bahasa , antaranya French , English , Spanish , German , Arabic , Italian and banyak lagi .



Sebenarnya banyak lagi aplikasi yang berguna dekat Play Store ni . Tapi biasa ah , kena bayar baru boleh guna . =='



Android 5.0 Lollipop

Selasa, Oktober 21, 2014

Assalamualaikum


Pada tarikh 15 Oct 2014 haritu , pihak Google secara rasminya dah pon menamakan android terbaru mereka sebagai Android Lollipop version 5.0. Actually dah lama berita pasal android baru ni keluar , cuma masih belum ada nama rasmi and pihak Google cuma menamakan ia sebagai Android L . Masih banyak sebenarnya pasal android Lollipop yang saya sendiri pon belum ketahui sebab ianya masih terlalu baru .





Dari apa yang saya nampak , android lollipop ni nampak macam lebih simple dari android yang sebelum sebelum ni . Untuk bagi korang lebih nampak apa pembaharuan yang pihak Google dah buat dekat android Lollipop ni , korang semua boleh usha dekat laman web SINI.



Persoalannya disini , model phone apa yang bakal terima update Android Lollipop ni ? hahaha . bawah ni ada saya sediakan list antara model model awal yang confirmed akan terima update Lollipop buat masa ni . Kepada yang smartphone nya tiada dalam list , jangan kecewa . Mungkin akan dapat atau mungkin takkan dapat . Keep calm and lets waiting ^^


Motorola ;


  • Moto X
  • Moto X 2nd Gen.
  • Moto G
  • Moto G 4G LTE
  • Moto G 2nd Gen.
  • Moto E
  • Droid Ultra
  • Droid Maxx
  • Droid Mini

Sony ;

  • Xperia Z
  • Xperia ZL
  • Xperia ZR
  • Xperia Z1
  • Xperia Z1s
  • Xperia Z Ultra
  • Xperia Z1 Compact
  • Xperia Z2
  • Xperia Z2 Tablet
  • Xperia Z3
  • Xperia Z3v
  • Xperia Z3 Compact
  • Xperia Z3 Tablet Compact

Google ;

  • Nexus 4
  • Nexus 5
  • Nexus 7 (2012)
  • Nexus 7 (2013)
  • Nexus 10

HTC ;

  • One (M7)
  • One (M8)
  • One mini
  • One mini 2

Samsung ;

  • Samsung Galaxy S4
  • Coming soon

Lain lain model belum ada official statement pasal model mana yang akan terima update Lollipop ni . Btw yeay phone den ada dalam list yang bakal terima update Lollipop . Hahaha , sumpah tak sabar . Kbye .

Finally.

Sabtu, Oktober 18, 2014

Assalamualaikum.


Aci tak kalau title entry tu kasi kosong macam tu je? Out of idea . Sebab terlalu lama tak update blog . Sekarang tengah fikir masak masak sama ada nak ubah cara ber-blogging atau stop terus . Ramai yang kata kalau dah tak aktif just leave it like that . Supaya kalau orang nak cari tutor still boleh cari .






Walaupun dah sangat lama aku tak update blog , tapi pihak nuffnang still kasi CPUV dekat aku banyak banyak . Ahhh mengapakah ~ Banyak tu on going . Macam mana blog aku boleh dapat CPUV pon aku taktau . Sedangkan aku sangat lama dah tak aktif . Buka pon kadang kadang untuk balas komen komen orang . Apa pon terima kasih nuffnang ~ Sila teruskan usaha murni anda untuk bagi saya lebih banyak CPUV .



Please , request any tutor . Supaya blog ni berfungsi semula seperti dahulu kala . Takkan nak update entry macam ni selalu . Hahaha . Memang confirm takde siapa pon hengen nak baca kan . Ohh ya , nak amek kesempatan nak minta maaf pada mereka yang tak di-walking back balik ke blog korang . Im so sorry , since this semester im not longer staying at the hostel . So im out of the wifi connection coverage . It might be difficult to me to online and payback your visit . In Sha Allah , ade masa akan dibalas semuanyaa :D


bye.


Pemenang Mini Merdeka Giveaway

Selasa, September 09, 2014

Assalamualaikum


Okay ini lah masa yang dinanti nantikan. Pengumuman pemenang bagi Giveaway pertama kami. Dengan bantuan dari pakcik random.org , berikut adalah pemenang bagi Mini Merdeka Giveaway sponsored by hudapunya ;


Pemenang Powerbank
Tahniah


Pemenang Monopod
Tahniah


Pemenang topup
 Tahniah
http://qaean92.blogspot.com/2014/08/mini-merdeka-giveaway.html


Tahniah kepada para pemenang. Keputusan adalah muktamad. Macam mana nak tuntut hadiah ? Bagi pemenang powerbank dan topup boleh lah emailkan details penuh anda seperti :-


Nama:
Alamat:
No.Phone:(Nyatakan maxis, celcom, atau digi bagi pemenang topup)
Url.Blog:


Ke : hafizzulkafly@gmail.com


Untuk pemenang monopod , anda boleh direct ke ajan . 


*Perhatian kepada para pemenang. Tempoh masa selama 3 hari diberi bagi menuntut hadiah. Jika tiada sebarang respon, kami berhak untuk memilih pemenang yang lain. Terima kasih.


Terima kasih terima kasih dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan giveaway pertama kami ni . Minta maaf kalau ada sebarang kekurangan sepanjang menjalankan GA kami ni . Bagi meraka yang tidak bernasib baik , next time cuba lagi . mungkin bukan rezeki korang lagi okay ? Apa apa pon terima kasih sekali lagi . Mini Merdeka Giveaway kini melabuhkan tirai secara rasminya . hehehehe . Inshaallah , ada rezeki lebih lagi ada ler next GA lagi :D



adios.


List Participant Mini Merdeka Giveaway

Isnin, September 08, 2014

assalamualaikum.


Yoo. Finally Official List Participant Mini Merdeka Giveaway dah siap. Untuk ke list tersebut boleh klik link dibawah. Agak kelewatan sikit sebab ketiadaan internet adalah masalah utama. Tapi pape pon listnya dah siap digabungkan. and semua orang dah pon kami beri no masing masing. So kepada semua para perserta, korang boleh lah check and ingat nombor korang masing masing. Keputusan pemenang bila umum? Inshaallah paling cepat esok. Paling lambat tulat. Hehehe. Oh yaa, kalau mana mana link terdouble ke ataupon kami lupa masukkan, tolong inform ke kami semula ye. Last but not least , all the best :D







Adios.


Giveaway TAMAT

Ahad, September 07, 2014

Assalamualaikum





alhamdulillah. akhirnya tamat sudah first mini merdeka giveaway. sambutan amat menggalakkan. terima kasih bagi mereka yang sudi join and support first giveaway kami ni. inshaallah dalam masa terdekat ni , apis and ajan akan list down semua participant and buat satu list baru. kami akan buat semakan terakhir untuk make sure semua peserta follow semua rules yang dah kami sediakan. kemudian kami akan buat official list participant berserta no masing masing. dan memilih pemenang menggunakan random.org. so harap bersabar sebab pengumuman pemenang mungkin boleh dibuat esok lusa atau pon tulat. so stay tune :D



Mini Merdeka Giveaway

Isnin, Ogos 25, 2014

Assalamualaikum.


klik pada banner atas untuk copy banner.


Tadaaa. First ever GA dari saya dan partner untuk GA ni. The sempoi blogger ever Ajan. Termeterainya nak buat GA ni masa sembang dengan dia dekat Telegram. and Alhamdulillah, finally berjalan juga GA kami ni. Banner yang comel tu dia yang buat. Memandangkan saya ni langsung tak kreatif. Jangan risau, takde syarat yang panjang berjela untuk join GA ni . Berikut adalah syarat syarat nya ;


Syarat penyertaan:
1. Warganegara Malaysia yang mempunyai blog.
2. WAJIB Follow:-

3. Like :

4. Follow our sponsor: Instagram: @hudapunya -- jika ada instagram, wajib follow
5. Buat satu entry yang bertajuk "Mini Merdeka Giveaway"
6. Letak banner dalam entry dan backlink ke entry ini. Jika anda dari blog saya, maka linkkan ke blog saya. Jika anda dari blog ajan, maka backlinkkan ke blog beliau.
7. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu.
8. Hantar link entry anda pada entry ini SAHAJA. Jika dari blog saya. Maka hantar ke saya. Sebaliknya jika anda dari blog ajan.



Okay tak berat mana kan syarat syaratnya kan. Apa yang menanti korang semua kalau korang join this GA? berikut adalah senarai hadiah hadiah untuk GA kami ni ;



1X Pineng Powerbank - Sponsored By hudapunya . Boleh ke blog dia untuk lihat model powerbank lain yang dia jual. Trusted seller and seller favorite saya kalau nak cari powerbank.



2X Monopod



3X RM10 topup.


Maaf sebab mengenangkan bajet kami tak berapa besar maka kami mencari 6 orang pemenang bertuah untuk GA kami. Nak kami topup hadiah? Mohon rajin rajin klik nuffnang kami berdua. Hehehe.  Jadi mohon para peserta sentiasa alert dengan entry kami selepas ini.


TAMAT SUDAH ;)









Kenapa jadi macam ni ?

Ahad, Ogos 24, 2014

assalamualaikum.


and hai semua. maaf ini bukan entry giveaway seperti yang dijanjikan sebelum ni. hehehe. ini cuma entry pertanyaan. bedasarkan seperti tajuk diatas. kenapa jadi macam ni? apa yang jadi macam ni? okay jujur aku kata. aku dah lama gila tak buka nuffnang aku. sebab earning aku yang naik sangat slow tahap lebih slow dari siput. maka aku jarang sangat buka. tapi semalam nak dijadikan cerita sebab nak launching giveaway tak lama lagi, maka aku nak check berapa earning tabung online aku ni. total earning yang sedikit sangat tak memeranjatkan sebab dah biasa sangat.




kenapa tiba tiba nuffnang aku tukar kepada non-glitterati? sebelum ni glitterati je. tapi kenapa sekian lama tak buka dia jadi macam ni? katanya glitterati hanya diberi kepada nuffnanger yang tak pasang iklan lain dalam blog mereka selain dari nuffnang semata mata. macam tu kan? aku mana ada pasang apa apa iklan lain selain nuffnang T^T. ada sesiapa tau macam mana nak dapatkan semula glitterati tu?


kbai.


Keep calm and lets join our upcoming Mini Giveaway

Jumaat, Ogos 22, 2014

Assalamualaikum.


Last entry ada ura ura nak buat giveaway kan? hahaha. alhamdulillah. kalau takde aral melintang kami akan buat Mini GA ni pada 25/8/14. kami? yes kami. sebab tak mampu nak buat sorang sorang. kekurangan dari segi kewangan. jadi mencari partner. kebetulan ada yang sudi nak tolong. hahaha. tapi siapa partner tu? hahaha. tunggu dan lihat. harap sangat hadiah yang tak seberapa kami ni ada yang nak join Mini GA ni. jom pakat ajak ramai ramai meriahkan lagi first Mini GA kami ni. okay takde benda nak cakap dah. ohh grand prize Mini GA kami ni disponsored sebenarnya. alhamdulillah. moga Allah murahkan rezeki dia. amin.




teaser banner kami. HAHAHA.


kbye.


Hai

Khamis, Ogos 21, 2014

assalamualaikum.



this is so trueee. 


hai *waving awkwardly*

yeah. dua bulan blog tak ber-update. dua bulan tu bukan lama mana pon aku rasa. pejam celik pejam celik. dah dua bulan. haha. mohon tampar manusia bengong yang tengah mengarut ni. to be very honest, nak update entry ni pon aku rasa awkward. lama tak menaip. aku cuma mampu ubah design blog. itu je.


aku nak cuba edit atau design blog ni biar nampak macam blog orang tua lol sedar diri dah tua. jangan bagi nampak macam blog budak budak, macam blog perempuan atau macam blog sampah. tapi aku sendiri taktau macam mana nak design blog supaya blog tu nampak matured. macam macam aku cuba buat. at last macam ni lah jadi. aku rasa lah bagi pandangan mata aku. cukup nampak matured dah kot rupa blog. ke macam mana korang rasa? ahh lantak ah situ.


actually dalam hati ni ada hajat sebenarnya. ada rasa macam nak buat mini giveaway. hahaha. dah tak aktif blogging tapi still ada hati nak buat giveaway. hehehe. so kalau lah aku buat jugak giveaway ni, korang rasa hadiah apa yang sesuai and korang nak hadiah tu jadi hadiah utama? jangan lah kome minta hadiahnya iPhone 6 and yang sama waktu dengan harganya. since mini GA ni nak buat dengan partner and both of us are still studying so suggest something yang harga relevance tapi berbaloi untuk dimiliki. haaa cepat lempar idea kome kome sekalian. sebab rasa macam nak buat dalam bulan ni juga. sebab masing masing tengah cuti semester, tak nak kalut bila dah mula semester nanti.

kbye.

Tutorial : Download Youtube Video Using ClipConverter

Rabu, Jun 25, 2014

assalamualaikum

banyak sebenar cara nak download video dari youtube . tapi den prefer this one . sebab dekat sini ada converter . dekat sini senang . tak complicated . wait , sini tu dekat mana ? sini hah .




berminat nak download dekat sini ? ayuh saya ajarkan . LOL


1. Buka link di atas .


2. Maka akan terpampang interface begini . paste-kan URL video youtube yang korang nak download di tempat yang tertera pada gambar dibawah :-




3. Lepas dah paste , klik button continue . tunggu sebentar , kemudian akan keluar sebegini rupa :-




4. Dalam kotak merah pertama tu , resolution video yang available untuk korang pilih . buat pilihan . kemudian klik next dalam kotak ke-dua , tunggu sebentar , maka akan jadi begini pula :-




5. Klik download tu . kemudian , siap and dah boleh tengok .


harap 5 step ni tak memening kan , kalau ada yang blur and tak paham , jangan malu nak tanya . okay ? kbai .



Tutorial : Navigation #11

Selasa, Jun 24, 2014

assalamualaikum.




dapat request ni lama dah . maaf buat tertunggu . navigation yang dia maksudkan tu macam yang den pakai before template sekarang . actually den adaptasi dari code tutorial yang ini ; http://hafizzulkafly.blogspot.com/2013/07/tutorial-navigation-with-hover-7.html . bila dah adaptasi maka jadinya begini ;




tutorial ni untuk pengguna template designer , simple template sahaja . yang lain den taktau jadi ke tidak . okay so nah amek codenya , paste dekat Layout > Add a gadget > HTML/JavaScript ;


<style>
.navig a{
display:inline-block;
width:80px;
background:;
padding:8px 7px 7px 7px;
color:#fff;
-webkit-transition: all 0.4s ease-in-out;
-moz-transition: all 0.4s ease-in-out;
-o-transition: all 0.4s ease-in-out;
transition: all 0.4s ease-in-out;
font:12px georgia;
font-style:italic;
text-decoration:none;
text-transform:lowercase;
letter-spacing:1.5px;
margin:3px 5px 1px 5px;
border:1px solid #fff;
border-left:none;
border-right:none;
}
</style>
<div style="width:890px; background:; text-align:center; padding:0px 5px 5px 5px; margin-left:-30px; margin-top:-90px; color:#fff;"><div class="navig">
● <a href="" title="">dashboard</a> ●
<a href="" title="">tutorial </a> ●
<a href="" title="">affiliates</a> ●
<a href="" title="">instagram</a> ●
<a href="" title="">vscogrid</a> ●
<a href="" title="">refresh</a> ●
</div></div>


ohh ya , sebelum terlupa , make sure paste dekat ruangan HTML bawah header macam yang den tunjuk dekat gambar bawah ni . kalau tidak tak jadi ;




Save and Siap . Mana mana code yang den bold-kan , make sure ubah ikut kesusaian blog korang . sebab yang den bagi tu width den punya blog . anything nak tanya tak paham , jangan segan nak tanya . boleh shout dekat ask.fm atau tinggal komen dekat ruangan komen . maaf , lama dah tak update tutor . sumpah awkward . kbai .

Someone Please

Isnin, Jun 23, 2014

assalamualaikum.

hari demi hari , bosan . sesungguhnya . shortsem ni , sangat membosankan . satu hari , satu kelas . kalau kelas batal, maknanya cuti lah hari tersebut . duduk bilik , mati akal taktau nak buat apa and patut buat apa . sekian .


CPUV (Cost-per-unique-visit) Champaign.

disebabkan terlalu lama dah tak buka page nuffnang . so harini buka sesaja nak pantau tabung online tu . and suddenly terkejut sebab ada earning dari CPUV . sebab kebiasaannya aku dapat earning dari CPC (Cost-per-click) . itu paling mudah nak earning dekat nuffnang . tapi bila buka tadi . and tengok ade earning dari CPUV , terkejut . sebab kenapa sekarang ? kenapa sebelum ni tak pernah ada earning dari situ . pelik .






persoalannya disini yang buat aku tertanya tanya , apa beza kedua kedua tu ? and kenapa sekarang baru ada earning dekat CPUV ni ? mohon blogger blogger otai yang lebih arif pasal nuffnang ni share jawapan dengan saya ;; saya budak baru belajar , cashout nuffnang pon belum pernah , forever noobies ;; jasa baik anda anda yang sudi share pasal benda ni dengan saya sangat and ter-amat lah saya hargai


adios

Bosan.

Sabtu, Jun 21, 2014




assalamualaikum.


makin lama , aku rasa makin janggal . makin pelik . makin yang sama waktu dengannya setiap kali nak update blog . tutorial ? otak jemm . dah tak boleh nak generate or provide tutorial baru . lama dah tak asah otak dengan code code ni . tumpul . tak berhenti , tapi cuma berhenti untuk seketika . siapa tau akan datang , tajam balik . ahh , nevermind .


bosan . define bosan ; sila google . aku mudah bosan . yeah itu aku . aku taktau sama ada benda ni bagus and patut ada dalam diri atau benda ni langsung tak bagus and tak patut serta tak elok kalau ada pada diri . aku tak tahu . aku cepat bosan dalam macam macam benda . paling ketara yang korang mungkin boleh nampak . design blog . mana pernah tahan lama . kalau idea tu bertimbun dalam kepala , tiap tiap hari mau aku tukar design blog . macam design sekarang , design separuh jalan . tengah syok edit , boleh takde idea and mood and bosan . so stop kan sampai macam ni je =='


aku mudah bosan . even berkawan pon , aku mudah rasa bosan . aku bukan jenis yang boleh nak berkepit dengan orang tu 24/7 . tak boleh nak terlalu rapat . sebab aku mudah bosan . ada masa , aku jadi rimas . rimas dengan semua benda yang membosankan aku . yeah , aku tak paham dengan diri aku sendiri . bukan aku main main kan kawan , atau guna kan kawan atau seangkatan dengan benda benda yang tak patut wujud dalam satu persahabatan . bukan and bukan . cuma memang itu aku . mudah bosan .


aku lebih suka habiskan masa dengan masa bersendiri . tapi bila duduk sorang sorang pon , ada masa aku akan rasa bosan . aku jumpa sorang hamba Allah . sekepala dengan aku , dan yang paling penting . dia pon cepat bosan macam aku . ada juga lah buat sesi talk dengan dia pasal ni . and dia sendiri takde jawapan . so kami tiada jawapan untuk tu . aku taktau macam mana cara nak tangani benda ni . serious tak tahu . sebab aku takut . takut bila fikir masa depan . 


adios.

New Look dan Tahniah

Isnin, Mei 19, 2014

assalamualaikum.


random update. lama dah tak blogwalking. lama sangat. tadi tetiba rajin, blogwalking sekejap. macam biasa, bila proses blogwalking sedang berjalan, aku akan mula rasa macam blog aku adalah blog paling buruk pernah wujud dekat muka bumi ni. blog aku paling sepah. blog aku paling tah apa apa. bila dah macam macam aku fikir, mula aku rasa kena edit blog ni. kebetulan mood okay and idea boleh lah sikit sikit dia datang. so siap edit blog. ketandusan idea. aku sendiri dah bosan guna ayat tu. blog aku design makin lama makin bosan.




harap jangan marah aku tempek gambar mamat korea dekat header aku. sesungguhnya aku malas nak cari gambar HD dekat google. dan selalunya jugak gambar tak kena dengan citarasa aku. so maafkan saya pada golongan haters dan antis. kalau tak suka jangan cemuh, hina atau kutuk saya. you may take your leave with my pleasure. hehehe. ini bukan blog kpoppers. bukan blog antis. bukan blog siapa siapa. sekadar blog personal. tutorial pon sangat sangat jarang update. busy memanjang mengalahkan datuk bandar.


final exam around the corner. and guess what? aku tak start study lagi. hahaha. mood nak study tak sampai lagi. bila nak sampai aku taktau. tapi nak taknak memang aku kena paksa. kalau tak paksa, aku rasa maybe lepas abes final pon mood nak study tu tak sampai sampai lagi. teruk perangai ni. ingat masa degree ni dah ubah or buang perangai masa diploma dulu. rupanya sama and tak diubah lagi. aigoo =='


ohh ya btw aku nak ucap tahniah dekat semua student lepasan SPM dekat luar sana yang dapat further study ke peringkat seterusnya. yang tak berjaya jangan lupa buat rayuan. rezeki Allah tu ada dekat mana mana. cuma atas kita je rajin nak mencarinya atau tidak. tahniah ni jugak tak lupa untuk adik aku sendiri yang dapat sambung ke Politeknik Nilai. nampak gaya dia pon terjebak dalam bidang sama macam aku. dia dapat course Diploma Kewangan dan Perbankan Islam. dan aku macam, okay kenapa kau harus sama bidang dengan aku? HAHA. apa apa pon alhamdulillah, hajat ayah nak tengok sorang lagi anak dia sambung belajar tercapai. so here i'm wishing you all the best untuk tempuh hidup baru dekat sana. study molek. inshaallah boleh punya. :D


mana mana readers yang student or ex-student poli nilai, boleh lah share apa apa yang menarik dekat sana or pasal course ni dekat sini. boleh lah sikit sikit ambe kongsi ke adik ambe ^^



last but not least, nak share islamic-quotes punya picture, here we go ;




kbai. adios.

Penat

Rabu, Mei 07, 2014

assalamualaikum.

blog tersangat sangat lama tidak berupdate. tiada masa, tiada ruang, tiada hati, tiada idea nak di-updatekan dengan entry apa. tangan ada jugak gatal gatal nak buat skins baru, tapi macam biasa. separuh jalan. sepanjang tak berupdate, banyak sangat benda jadi. tak sangka semester dua ni sangat sangat menguji. sampai tahap hampir gila. hampir gila okay. buat benda yang bahaya dekat diri sendiri. konon nak cakap ada masalah lah ni. nevermind, lupakan.




pejam celik pejam celik semester dua dah nak habis. to be very yang terlampau honest, banyak lagi yang aku rasa macam tak belajar satu benda pon. this semester, aku macam lost. subjek banyak, tapi yang belajar nya rasa macam takde apa apa langsung. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. busy-nya pon, jangan cakap. sampai letih sangat otak nak kena handle semua benda. tak cukup tangan habaq hang. campur masalah. okay tahniah, kerana berjaya menempatkan diri anda ke hospital bahagia berdekatan. haih.




jadual exam sem ni pon. membunuh. selama belajar sini dari diploma lagi, ini pertama kali dalam sejarah jadual exam yang macam pfft. ini draft terakhir. kalau first draft haritu, mati. yang ini pon alhamdulillah dah longgar sikit walaupun pada aku masih sangat padat, tapi bersyukur jelah dari first draft yang boleh buat semua orang sesak nafas. aku tak expect pointer yang tinggi menggunung semester ni sebab aku banyak main and lost. subjek pon susah. masalah pon banyak. cuma minta Allah kuatkan diri ni nak hadap semua dugaan yang DIA bagi pada aku. mudah mudahan DIA permudahkan segala urusan aku bila final exam makin dekat ni. kbai.

adios.


minta maaf tak dapat jadi kawan yang terbaik, dah cuba untuk jadi yang terbaik untuk korang. :'(


Short Update. New Look.

Ahad, April 13, 2014

Assalamualaikum.


Yeah, midsem break just ended . To be honest , im not even ready to face any single thingy that related with assignment, midterm test and etc . Im not ready yet . Still in holiday mood . Bila lah nak ready-nya pon aku taktau . And kenapa dengan tiba tiba aku menaip dalam bahasa inggeris ? Buang tebiat . 


Esok kelas pagi batal . So aku ambil kesempatan ni untuk edit blog buruk aku ni . Baguskan ? Bukannya ambil kesempatan untuk study ke , siapkan mana mana assignment yang tak siap ke . Edit blog and update blog . Bagus . Sikap yang harus diikut . Actually tak ambil masa yang banyak pon untuk aku edit blog and update . Sebab tak banyak benda yang aku edit . Macam yang korang tengah tengok sekarang ni . Makin simple .



Aku dah mula selesa dengan blog yang berwarna putih . Bersih . Hahaha . Tak perlu komen pasal rupa yang tak berapa nak baru . Sebab aku bukannya aktif sangat dengan blog sekarang ni . Masa menghadap laptop agak kurang sikit sekarang ni . Bukan sebab busy buat assignment atau any thingy yang berkait dengan ilmiah . Tapi entoh lah . Lupakan . Lupakan . 


kbye.

Obsession, Addiction & Midsem Break

Isnin, April 07, 2014

Assalamualaikum




yeah , itu dia current addiction . obsession dan seangkatan dengan nya . wallpaper tu sebab aku malas . so aku buat ala ala collage yang tak berapa nak siap . itu semua gambar saif yang aku amek dari instagram dena bahrin . siapa dia dena bahrin ? boleh tanya pakcik google . aku boleh cakap yang aku ni a big fans of him . sumpah ini budak tersangat comel . subhanallah . geram to the max kalau tengok instavid saif ni . lock screen wallpaper dekat phone aku letak gambar dia jugak . see , macam dah gila bayangkan aku ni . nasib . harap dena tak marah sebab aku ciplak gambar saif banyak banyak ye . tak buat apa apa . sekadar nak buat tatapan mata . eh ayat pelik . lupakan . aku memang suka budak kecik yang comel comel ni >_<


midsem break yang tak berapa nak break sangat . cuti seminggu . kerja tak banyak . memang ler tak banyak . sikit itu lah yang payah . assignment banyak tertunggak . sila padan muka pada diri sendiri . sem ni kelam kabut sikit sebab semua subjek ada group assignment . sumpah pening sebab lain subjek , lain group members . lepas tu assignment banyak kena keluar . itu belum kira yang gabung dengan senior . stress . tapi takpe , nak belajar punya pasal kan . jangan salahkan lecturer yang bagi banyak kerja . tapi salahkan diri sendiri yang tak pandai nak manage semua benda tu . sekian . selamat bercuti bagi yang tengah bercuti and selamat bersekolah/berkerja bagi mereka yang sama waktu dengannya .


adios.

14. Come Back Home

Khamis, Mac 13, 2014

assalamualaikum.


SANGAT lama aku tak buat skin . haritu terdetik nak buat skin . so aku terus buat . macam biasa , buat separuh jalan , stop . idea hilang entah kemana . lepas tu sambung balik buat bila idea dah datang . makin lama makin ketandusan idea . tapi kali ni aku gagahkan diri untuk siapkan skin ni walaupun aku rasa skin ni simple gila . aku rindu nak buat skin macam dulu , tapi tu semua dulu .


skin ni aku rasa sesuai untuk perempuan . aku rasa lah kot . sebab aku buat warna pink . pink sinonim dengan perempuan . haha . takde special features dalam skin ni . tapi entah lah , aku suka buat skin simple simple . tapi entah lah . lupakan . nah amek bawah ni ;




sumpah takde idea nak cakap apa . buat skin ni pon sekadar nak bagi blog ber-update . please someone request tutor . aku dah lama tak buat tutor . kbai .

adios.

Kelmarin Punya Cerita, Lata Tembakah & La Hot Spring

Ahad, Februari 16, 2014

Assalamualaikum.

Sepatutnya entry ini di-update kelmarin . Tapi disebabkan busy macam YB kekononnya , jadi terpaksa tunda ke hari ni . Entry penuh gambar sebenarnya . Trip ke La Hot Spring , Besut and Lata Tembakah . Ini pertama kali den pergi ke dua dua tempat ni . Selama 3 tahun duduk sini , ini baru first time . Kesian . Tapi memang enjoyed gila ! Sebab puas hati . Tempat lawa dan paling penting SERONOK . Konvoi 10 motor , 1 kereta . Perjalanan dalam 2 jam dari Gong Badak . Sakit pinggang sebab naik motor . Balik semua lunyai kepenatan . Here we go ; first destination , kolam air panas La ~












Second destination , Lata Tembakah .









Banyak lagi gambar nak dimasukkan , tapi cukup ah kot banyak ni . Memang best . Terbaik dua dua tempat ni . Nak masuk kena bayar sebab dua dua tempat ni terjaga . Tak mahal pon . Dalam RM1 ~ RM2 jee . Gambar den langsung takde dalam gambar , sebab den yang menangkap gambar . Tsk . Kbai .


*Picture taken using Sony Xperia M with a little help from Vscocam .
© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED