Hafiz Zulkafly
Memaparkan catatan dengan label Android. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Android. Papar semua catatan

Open Signal

Sabtu, Februari 11, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Harini aku nak share satu very useful app dengan korang. Mungkin ramai yang dah tau atau mungkin juga tak ramai yang taktau. Open Signal. Sebenarnya aku kenal and dapat tahu tentang kewujudan applikasi ni lepas baca blog Yuyu satu tika dahulu. Tapi masa tu aku cari di Play Store tak jumpa and ternyata masa tu hanya di tawarkan untuk pengguna iOS sahaja. So mereput lah aku pakai Speedtest.net by Ookla je. 



So apa yang menarik dengan Open Signal ni?



1. Dari dashboard ni dia sediakan satu arrow yang akan bergerak seakan akan kompas. Tujuan dia nak bagitau if korang follow arah yang dia tunjuk tu, besar kemungkinan signal telefon korang akan lebih baik. 





2. Menu tab kedua pulak speedtest. Sini korang boleh test speed download and upload network korang. Kalau tak salah aku, kalau nilai ping korang rendah, maknanya lagi bagus.





3. Tab ketiga ni macam ala ala stats macam diblog kita. Dia akan bagitau in detail berapa percent kita guna network 4G, berapa percent kita guna network 3G and etc.





4. Last but not least yang paling aku suka. Kita boleh check coverage network kita! Maxis, Digi, Umobile, dan Celcom. Tak perlu susah susah korang nak buka laman web telco korang untuk tengok coverage telco korang. Mudah kann.


Sebenarnya aku baru je lagi install app ni. Belum sempat nak explore kesemuanya sekali. So far aku suka sebab user interface yang simple dan kemas. Dan yang paling penting user-friendly. Aku install pon sebab nak update blog dengan entry review ni. Sesungguhnya aku langsung takde idea nak update blog dengan apa lagi. Kalau tidak berhabuk lah blog aku.


Sekian.

Android 7.0 Nougat

Jumaat, November 04, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera



Seperti mana yang korang tahu, selepas marshmallow, Nougat adalah versi terbaru bagi sistem operasi smartphone android. So mesti ramai tertanya tanya, model mana yang bakal menerima kemas kini terbaru ini? Jadi bagi menjawab persoalaan korang, berikut aku listkan senarai awal model yang bakal menerima kemas kini Android 7.0 Nougat ni


Google
  • Nexus 6P
  • Nexus 5X
  • Nexus 9
  • Nexus 6
  • Pixel C
  • Android One



Samsung
  • Samsung Galaxy S7
  • Samsung Galaxy S7 Edge
  • Samsung Galaxy S6 
  • Samsung Galaxy S6 Edge
  • Samsung Galaxy S6 Edge +
  • Samsung Galaxy Note 5



Sony
  • Xperia X Performance
  • Xperia XZ
  • Xperia X
  • Xperia X Compact
  • Xperia XA
  • Xperia XA Ultra
  • Xperia Z5 Premium
  • Xperia Z5
  • Xperia Z5 Compact
  • Xperia Z3+
  • Xperia Z4 Tablet



Oneplus 
  • OnePlus 3
  • OnePlus 2
  • OnePlus X



Motorola
  • Moto G (4th Gen)
  • Moto G Plus (4th Gen)
  • Moto G Play (4th Gen)
  • Moto X Pure Edition (3rd Gen)
  • Moto X Style
  • Moto X Play
  • Moto X Force
  • Moto Z
  • Moto Z Droid
  • Moto Z Force Droid
  • Moto Z Play
  • Moto Z Play Droid
  • Droid Maxx 2
  • Droid Turbo 2



Xiaomi
  • Mi 5
  • Mi 4
  • Mi Note
  • Mi Max



HTC
  • HTC10
  • One M10
  • One M9
  • One A9




Asus
  • Zenfone 3
  • Zenfone 3 Deluxe
  • Zenfone 3 Ultra
  • Zenfone 2



Huawei
  • Mate 8
  • P9
  • P9 Plus
  • P9 Lite
  • Nova
  • Nova Plus



Lenovo
  • Zuk Z2
  • Z2 Pro
  • Zuk Z1
  • K4 Note
  • K5 Note



LG
  • V20
  • V10
  • G5
  • G4



Phone anda tiada dalam senarai? Jangan risau ye sebab ini cuma senarai awal. Mungkin jugak ada setengah model akan dapat cuma maybe lambat bergantung kepada keputusan pengeluar brand masing masing. Pernah jadi, pengeluar keluarkan list phone yang bakal terima update, tapi ditarik balik atas sebab sebab tertentu. Jadi, stay tuned XD

Sekian

Tips Pengurusan Memori dan Sistem Smartphone Anda!

Ahad, Ogos 28, 2016

Assalamualaikum

Lai lai, ini hari aku nak kongsi salah satu petua untuk mengekalkan prestasi optimum smartphone android anda. Bila cakap pasal penjagaan smartphone ni, pada aku satu topik yang agak luas dan umum. Boleh jadi pasal penjagaan bateri smartphone, pengurusan memori dan sistem dalaman dan juga data. Hari ni aku cuma nak fokuskan pada Pengurusan Memori dan Sistem.


Pengurusan Memori dan Sistem.

Jangan pernah sesekali sama kan smartphone dan juga pc sebab ianya totally berbeza. Hal ini kerana, jumlah kuasa pemprosesan yang tidak sama. Atas sebab itu juga smartphone lebih cenderung untuk menjadi tidak responsif oleh kerana pemprosesan aplikasi yang terlalu banyak. Jadi apa yang perlu korang buat ?

Meng-nyah aktifkan aplikasi dari terus aktif di dalam proses background. Hal ini dapat mengurangkan pengunaan kuasa pemprosesan. 

Kemudian kita sentuh kepada bahagian memori. Pernah dengar tentang cache, and cookies? Fail cache ni sebenarnya fail sementara yang mengambil ruangan dalam memori korang. fail fail tidak aktif ni seharusnya dibersihkan secara terus menerus dan berkala. So bagi mengurusan kan segala perngurusan yang macam aku mention atas tadi, korang boleh download aplikasi aplikasi pengurusan smartphone untuk bantu korang menyelesaikan masalah ini.


So cadangan aku install aplikasi Boost+ by HTC Corporation.






Antara muka aplikasi Boost+ by HTC Corporation




Pilihan setting yang mudah dan user friendly.




Boost sedang dijalankan bagi mengoptimumkan smartphone kita.



Sesi menghapuskan junk!



Selain itu korang juga boleh uruskan aplikasi yang terkandung dalam smartphone korang di ruangan Manage Apps dan bagi mereka yang sukakan privacy, boleh lah korang protect aplikasi tertentu di ruangan Lock Apps. Mudah kan? Pada aku all in one, dan paling paling penting aplikasi ini sangat sangat user-friendly. Haa apa tunggu lagi. Cepat lah install. Mudah mudahan sedikit sebanyak dapat optimum kan prestasi smartphone korang. Selamat Mencuba!


Sekian.



Android 6.0 Marshmallow

Ahad, November 08, 2015


Assalamualaikum.




Versi terbaru android dikenali sebagai Android M ataupun Android 6.0 Marshmallow telahpun didedahkan umum oleh pihak google pada bulan mei yang lepas. Dua devices pertama yang running dengan android terbaru ni tak lain tak bukan mesti lah devices dari pihak google iaitu Google Nexus 5X dan jugak Google Nexus 6P. Untuk dua model nexus terbaru ni google telah bekerjasama dengan LG dan juga pertama kali bersama Huawei.


Mesti ramai yang tertanya tanya model phone korang support tak update 6.0 Marshmallow ni? Bawah ni aku sediakan list mengikut brand model model yang buat masa sekarang ni confirm akan terima update android terbaru ni. Model model lain mungkin akan terima mungkin tidak. So nahh :


Samsung

  • Note 5
  • Note 4
  • Note 4 Duos
  • Note Edge
  • Galaxy S6 Edge+
  • Galaxy S6
  • Galaxy S6 Duos
  • Galaxy S6 Edge
  • Galaxy S5
  • Galaxy Alpha
  • Galaxy A8
  • Galaxy A7
  • Galaxy Tab A



HTC

  • One M9
  • One M9+
  • One M8
  • One M8 EYE
  • One E9
  • One E9+
  • One E8
  • One ME
  • Butterfly 3
  • Desire 826
  • Desire 820
  • Desire 816



Motorola

  • Moto X Pure 2015
  • Moto X Style 2015
  • Moto X Play 2015
  • Moto G 3rd Gen
  • Moto X Pure 2014
  • Moto G LTE 2nd Gen
  • Moto MAXX 2014
  • Moto Turbo 2014



Sony

  • Xperia Z5
  • Xperia Z5 Compact
  • Xperia Z5 Premium
  • Xperia Z4 Tablet
  • Xperia Z3+
  • Xperia Z3v
  • Xperia Z3 Compact
  • Xperia Z3 Tablet Compact
  • Xperia Z3
  • Xperia Z2 (Yeay my phone on the list :DD)
  • Xperia Z2 Tablet
  • Xperia Z Ultra GPE
  • Xperia M5
  • Xperia M4 Aqua
  • Xperia C5 Ultra
  • Xperia C4



LG

  • G4
  • G3
  • Flex 2



Asus

  • Zenfone 2
  • Zenfone 2 Deluxe
  • Zenfone 2 Laser
  • Zenfone Selfie



Xiaomi

  • Mi4
  • Mi 4i
  • Mi Note
  • Mi Note Pro
  • Redmi Note 2
  • Redmi 2
  • Redmi 2 Prime



Huawei

  • P8
  • Mate S
  • Ascend Mate7
  • P8max
  • Ascend G7
  • G7 Plus
  • G8
  • Honor 7
  • Honor 7i
  • Honor 6 Plus
  • Honor 6
  • MediaPad X2
  • Honor 4X 
  • Honor 4C


Lenovo

  • K3 Note
  • ZUK Z1
  • Vibe Shot



So far baru banyak ni yang confirm. Bila akan dapat bergantung kepada syarikat pengeluar smartphone korang nak hantar update tersebut. So selamat meng-update bagi mereka yang phonenya ada dalam list XD


Bye.

Tutorial : Remove Folder Picasa Dari Galeri Smartphone

Selasa, Januari 27, 2015

Assalamualaikum.




Pernah tak folder folder picasa macam ni menyemak dalam gallery or album korang? and bila buka gambar tu, nak delete takde delete punya function. Lepas tu taktau macam mana nak lenyapkan benda tu dari phone korang? Okay kepada sesiapa yang taktau macam mana cara nak remove tu meh sini den ajor kann. Follow step bawah ni slow slow deh. Harap tak memeningkan :D


 Setting > General > Account.


Pilih google.


Klik pada email anda.


Scroll sampai jumpa seperti diatas. Kemudian untick.


Keluar dan cari Application Manager


Akses ke tab All. Kemudian cari aplikasi gallery. Contoh jika anda pengguna sony , cari album. Jika anda pengguna samsung cari gallery.


Done buka semula gallery and tadaaaa.



Tutorial ni hanya untuk pengguna peranti android sahaja.  Cara cara nya juga mungkin berbeza beza mengikut brand dan juga jenis model phone anda dan juga version android anda. Kalau tak paham boleh tanya. Inshaallah mana yang saya boleh tolong saya tolong, Selamat mencuba :D

Segmen #5ApplikasiAndroidPilihanSaya

Sabtu, Disember 13, 2014

Assalamualaikum.


Maaf segmen tiada banner atau seumpamanya. Rasa macam nak buat segmen. Terfikir secara tiba-tiba. Segmen simple , tak banyak songeh , tak perlu follow sana sini and tak perlu keluarkan duit . Hahaha . Tujuan buat segmen ni , nak pengguna Android luar sana , kita sama sama kongsi applikasi android pilihan korang yang korang install dalam smartphone korang. Doesn't matter from which category apps tersebut. Yang penting korang pakai apps tersebut and korang rasa apps tersebut harus and tak rugi untuk di-install. Mudah kan? So here #5ApplikasiAndroidPilihanSaya ;



1) Google Drive


2) Google Keep


3) VSCO Cam


4) Instagram


5) Insta Square Maker



Here some details about the apps ;

1. Google Drive - Online storage . Mudah untuk diguna . Storage yang diprovide lebih besar dari dropbox . and dari segi keselamatan untuk sharing file pon lebih selamat :D

2. Google Keep - Note tepek sana tepek sini . App yang simple . Ringan and customize-able . Tersedia dengan widget . and korang boleh buat note by check list , gambar and etc.

3. VSCO Cam - This one favorite . Photo editor . Support android 4.0 and above . Actually app ni pada mulanya hanya terdapat di iOS , sejak tak ingat bila . dah available untuk android user . Edit pakai app ni serious gambar lawaaa.

4. Instagram - Yang ni semua orang tau right ? So tak payah futher detail kot . Hehe .

5. Insta Square Maker - App ni sama macam insta size . Cuma aku prefer install yang ini , sebab size kecik , mudah guna . Kalau rasa rasa malas nak crop gambar untuk upload dekat insta , highly recommend this app .



Done. Nak join tak? Jom lah join. Nanti den akan update satu list perserta, then boleh blogwalking untuk intai intai apps yang menarik yang dicadangkan oleh mereka yang lain. Btw , berikut syarat syarat untuk segmen ni ;


1. Mempunya blog dan pengguna android.
2. Tajuk entry adalah seperti berikut "Segmen #5ApplikasiAndroidPilihanSaya".
3. Wajib masukkan screenshot applikasi tersebut seperti contoh di atas.
4. Post entry link anda di ruangan komen post segmen ini.
5. Tag at least 3 orang and make sure mereka tahu mereka ditag.
6. Selesai.


Mudahkan? Tiada tarikh tutup. So bila bila masa kalau ternampak entry ni , boleh join. List akan di-update dari semasa ke semasa. Sekian.


Aplikasi Android untuk Pelajar

Sabtu, November 15, 2014

Assalamualaikum.


Tadi menggeladah Play Store . Tengah geladah play store tu , terjumpa beberapa aplikasi yang eden sendiri rasa ianya sedikit sebanyak berguna bagi mereka yang bergelar student . So izinkan tuan hamba menge-list-kan beberapa aplikasi yang telah tuan hamba jumpa sebentar tadi .




1. RealCalc Scientific Calculator.

Dengan adanya aplikasi ni , tak perlu risau lagi kalau kalau tertinggal kalkulator . Jarang kita dengar orang lupa nak bawak phone kan ? Kalkulator ? Selalu sangat dalam kelas berlaku proses pinjam meminjam . Sebabnya ? Lupa nak bawak kalkulator sendiri . LOL .




2. Timetable

To be honest , aku tak sempat nak belek habis aplikasi ni . Sebab aku tak suka . Tapi tak bermakna kalau aku tak suka korang pon tak suka kan ? Hahaha . Buat jadual sendiri , boleh letak nama pengajar kepada subjek , tempat , durasi masa and lain lain nota . Bukan itu je , after habis kelas , korang juga boleh masukkan task yang korang kena buat after kelas tersebut . and kalau tak silap juga , aplikasi ni ada function reminder sekali .



3. Google Translate

Okay aplikasi ni tak perlu cakap banyak . Rasanya semua orang tau . And so far this one sangat sangat membantu . Aplikasi memang ade dalam phone aku dah .



4. My Study Life

Aplikasi ni tak jauh beza dengan aplikasi no 2 tadi . Cuma yang ini nampak lebih tersusun and friendly user sikit kot ? Yang paling penting aplikasi ni bukan sesuai untuk pelajar sahaja , untuk cikgu and pensyarah pon sesuai .




5. Periodic Table

Ini sesuai untuk science stream student . Memandangkan aku budak business , so aku tak install aplikasi ni . Tapi based on feedback dari orang dia kata aplikasi ni sangat membantu . So apa salahnya kalau kita cuba kan?




6. Lingua.ly

Aplikasi ni boleh cari maksud perkataan yang korang tak paham dalam bahan bacaan korang dengan cara click pada perkataan tersebut sahaja . Mudah kan ? Yang menariknya , aplikasi ni support macam macam bahasa , antaranya French , English , Spanish , German , Arabic , Italian and banyak lagi .



Sebenarnya banyak lagi aplikasi yang berguna dekat Play Store ni . Tapi biasa ah , kena bayar baru boleh guna . =='



Android 5.0 Lollipop

Selasa, Oktober 21, 2014

Assalamualaikum


Pada tarikh 15 Oct 2014 haritu , pihak Google secara rasminya dah pon menamakan android terbaru mereka sebagai Android Lollipop version 5.0. Actually dah lama berita pasal android baru ni keluar , cuma masih belum ada nama rasmi and pihak Google cuma menamakan ia sebagai Android L . Masih banyak sebenarnya pasal android Lollipop yang saya sendiri pon belum ketahui sebab ianya masih terlalu baru .





Dari apa yang saya nampak , android lollipop ni nampak macam lebih simple dari android yang sebelum sebelum ni . Untuk bagi korang lebih nampak apa pembaharuan yang pihak Google dah buat dekat android Lollipop ni , korang semua boleh usha dekat laman web SINI.



Persoalannya disini , model phone apa yang bakal terima update Android Lollipop ni ? hahaha . bawah ni ada saya sediakan list antara model model awal yang confirmed akan terima update Lollipop buat masa ni . Kepada yang smartphone nya tiada dalam list , jangan kecewa . Mungkin akan dapat atau mungkin takkan dapat . Keep calm and lets waiting ^^


Motorola ;


  • Moto X
  • Moto X 2nd Gen.
  • Moto G
  • Moto G 4G LTE
  • Moto G 2nd Gen.
  • Moto E
  • Droid Ultra
  • Droid Maxx
  • Droid Mini

Sony ;

  • Xperia Z
  • Xperia ZL
  • Xperia ZR
  • Xperia Z1
  • Xperia Z1s
  • Xperia Z Ultra
  • Xperia Z1 Compact
  • Xperia Z2
  • Xperia Z2 Tablet
  • Xperia Z3
  • Xperia Z3v
  • Xperia Z3 Compact
  • Xperia Z3 Tablet Compact

Google ;

  • Nexus 4
  • Nexus 5
  • Nexus 7 (2012)
  • Nexus 7 (2013)
  • Nexus 10

HTC ;

  • One (M7)
  • One (M8)
  • One mini
  • One mini 2

Samsung ;

  • Samsung Galaxy S4
  • Coming soon

Lain lain model belum ada official statement pasal model mana yang akan terima update Lollipop ni . Btw yeay phone den ada dalam list yang bakal terima update Lollipop . Hahaha , sumpah tak sabar . Kbye .

Tutorial : Download Youtube Video Using TubeMate (Android)

Isnin, Oktober 28, 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni nak share satu tutorial macam mana nak download video direct terus dari smartphone anda. Kalau sebelum ni mungkin bagi mereka yang taktau (termasuk aku) akan download guna laptop dulu, kemudian convert and masukkan dalam phone. Now dah tau cara mudah untuk download direct dari phone terus so aku pon share this tutor. Mungkin ramai yang dah tau, tapi takpe, ini untuk mereka yang taktau. Ayuh follow gambar dibawah ;



Pergi ke setting dan cari Unknown sources . Make sure tick benda tu . Kalau tak tick , tak boleh install apps tubemate ni . Lain android version , lain tempat unknown sources ni . Biasa nya ada dekat Setting > Application.




Buka laman web tubemate.net dekat browser phone korang. Kemudian akan keluar sebijik macam aku punya ni cuma mungkin version berbeza sebab dorang selalu ade update baru . Pilih je mana mana link download yang ada , kemudian download and install .




Search video yang korang nak download dekat lambang kanta atas belah kanan tu , kemudian enter sahaja .




Selepas klik video yang korang nak , akan keluar button download dekat atas yang warna hijau . Biasanya button tu akan shaking gitu . So klik saja pada button tersebut .




Akan keluar popup sebegini . Pilih size yang korang nak , for the best quality aku suggest download 1280X720 , sebab gambar lawa , tapi tak semua phone support . Dah pilih size , tekan je download dalam kotak yang merah tu .




Then akan keluar lah download punya estimated time dekat notification korang . So apa yang korang kena buat sila tunggu sampai download korang selesai .




Siap dan play .


Mudah sahaja kan . Ha , ape tunggu lagi . Siapa guna android dan masih tak pernah cuba cara yang aku ajar ni boleh lah cuba sekarang . Mana mana yang tak faham boleh tanya je , inshaallah aku akan cuba tolong korang .


Sebarang kerosakan atau apa apa masalah lain yang terjadi kepada telefon pintar anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri . Jadi sila follow tutorial ini sebaik mungkin . Tiada sebarang paksaan untuk ikuti tutorial ini . Sekian disclaimer dari saya.

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED