Hafiz Zulkafly

Bosan.

Sabtu, Jun 21, 2014




assalamualaikum.


makin lama , aku rasa makin janggal . makin pelik . makin yang sama waktu dengannya setiap kali nak update blog . tutorial ? otak jemm . dah tak boleh nak generate or provide tutorial baru . lama dah tak asah otak dengan code code ni . tumpul . tak berhenti , tapi cuma berhenti untuk seketika . siapa tau akan datang , tajam balik . ahh , nevermind .


bosan . define bosan ; sila google . aku mudah bosan . yeah itu aku . aku taktau sama ada benda ni bagus and patut ada dalam diri atau benda ni langsung tak bagus and tak patut serta tak elok kalau ada pada diri . aku tak tahu . aku cepat bosan dalam macam macam benda . paling ketara yang korang mungkin boleh nampak . design blog . mana pernah tahan lama . kalau idea tu bertimbun dalam kepala , tiap tiap hari mau aku tukar design blog . macam design sekarang , design separuh jalan . tengah syok edit , boleh takde idea and mood and bosan . so stop kan sampai macam ni je =='


aku mudah bosan . even berkawan pon , aku mudah rasa bosan . aku bukan jenis yang boleh nak berkepit dengan orang tu 24/7 . tak boleh nak terlalu rapat . sebab aku mudah bosan . ada masa , aku jadi rimas . rimas dengan semua benda yang membosankan aku . yeah , aku tak paham dengan diri aku sendiri . bukan aku main main kan kawan , atau guna kan kawan atau seangkatan dengan benda benda yang tak patut wujud dalam satu persahabatan . bukan and bukan . cuma memang itu aku . mudah bosan .


aku lebih suka habiskan masa dengan masa bersendiri . tapi bila duduk sorang sorang pon , ada masa aku akan rasa bosan . aku jumpa sorang hamba Allah . sekepala dengan aku , dan yang paling penting . dia pon cepat bosan macam aku . ada juga lah buat sesi talk dengan dia pasal ni . and dia sendiri takde jawapan . so kami tiada jawapan untuk tu . aku taktau macam mana cara nak tangani benda ni . serious tak tahu . sebab aku takut . takut bila fikir masa depan . 


adios.

4 ulasan

  1. dah jumpa da spesis yang sama.. geng! Tapi bab design blog tu.. bole tahan lagi. Yang lain , spesis..

    BalasPadam
  2. Try sesuatu yg baru. Out of your box, out of your safe zone. Pergi jalan2, bukak minda dgn perkara yg selama ni hang tak pernah ambil kisah. Insyaallah bosan tu akan hilang...
    Bermusafirlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih!
      yeah saya suka part bermusafir.
      terima kasih sekali lagi :D
      inshaallah saya cuba.

      Padam

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED