Hafiz Zulkafly

Penat

Rabu, Mei 07, 2014

assalamualaikum.

blog tersangat sangat lama tidak berupdate. tiada masa, tiada ruang, tiada hati, tiada idea nak di-updatekan dengan entry apa. tangan ada jugak gatal gatal nak buat skins baru, tapi macam biasa. separuh jalan. sepanjang tak berupdate, banyak sangat benda jadi. tak sangka semester dua ni sangat sangat menguji. sampai tahap hampir gila. hampir gila okay. buat benda yang bahaya dekat diri sendiri. konon nak cakap ada masalah lah ni. nevermind, lupakan.




pejam celik pejam celik semester dua dah nak habis. to be very yang terlampau honest, banyak lagi yang aku rasa macam tak belajar satu benda pon. this semester, aku macam lost. subjek banyak, tapi yang belajar nya rasa macam takde apa apa langsung. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. busy-nya pon, jangan cakap. sampai letih sangat otak nak kena handle semua benda. tak cukup tangan habaq hang. campur masalah. okay tahniah, kerana berjaya menempatkan diri anda ke hospital bahagia berdekatan. haih.




jadual exam sem ni pon. membunuh. selama belajar sini dari diploma lagi, ini pertama kali dalam sejarah jadual exam yang macam pfft. ini draft terakhir. kalau first draft haritu, mati. yang ini pon alhamdulillah dah longgar sikit walaupun pada aku masih sangat padat, tapi bersyukur jelah dari first draft yang boleh buat semua orang sesak nafas. aku tak expect pointer yang tinggi menggunung semester ni sebab aku banyak main and lost. subjek pon susah. masalah pon banyak. cuma minta Allah kuatkan diri ni nak hadap semua dugaan yang DIA bagi pada aku. mudah mudahan DIA permudahkan segala urusan aku bila final exam makin dekat ni. kbai.

adios.


minta maaf tak dapat jadi kawan yang terbaik, dah cuba untuk jadi yang terbaik untuk korang. :'(


2 ulasan

  1. Good luck. You can do it ! Selalu doa dan solat hajat. Jangan lupa minta restu ibu dan ayah :)

    BalasPadam
  2. Slip exam? whoa cepat doh. Aku belum lagi.

    BalasPadam

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED