Hafiz Zulkafly
Memaparkan catatan dengan label Islamic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islamic. Papar semua catatan

Untuk Menjadi Orang Yang Mulia

Jumaat, Februari 05, 2016


Assalamualaikum.

Haritu masa on the first week aku internship. Aku berkesempatan solat jumaat dekat masjid sg.choh. Disebabkan masjid yang tak terlalu besar and padat dengan penduduk sebelum dapat solat tu aku terpaksa mendengar khutbah sambil berdiri. Tengah mata ni meliar meliar. Terpandang notice board masjid yang penuh dengan ilmu ilmu and pesanan serta tazkirah pendek. Tapi dalam banyak banyak tu  Aku suka yang satu ni and aku nak kongsi sama untuk semua blogger dekat luar sana.


Nasihat Saidina Umar Al-Khatab

"Untuk Menjadi Orang Yang Mulia."

Hendaklah kamu:


Meninggalkan ucapan yang lara/perkara yang sia sia. lebih baik berdiam diri. (Insya Allah akan diberi ilmu hikmah/ilmu laduni iaitu ilmu terus dari Allah, Allah akan pimpin kita kejalan yang benar.)


Meninggalkan penglihatan yang tidak perlu/pandangan yang haram. (Insya Allah akan diberi kekhusyukan dalam solat)


Meninggalkan makan berlebihan. (Insya Allah akan diberi kenikmatan dalam beribadah)


Meninggalkan ketawa yang banyak. (Insya Allah Allah akan beri kita kewibawaan/kita akan dihirmati.)


Meninggalkan hiburan. (Insya Allah Allah akan beri kehormatan)


Meninggalkan kecintaan dunia. (Insya Allah akan diberi kecintaan akhirat)


Meninggalkan menceritakan keaiban orang lain. (Insya Allah, Allah akan perbaiki aib kita)


Ha itu lah antara nasihat daripada Saidina Umar Al-Khatab yang aku sempat salin masa singgah masjid dekat sg.choh haritu. Ringkas, Padat dan Penuh Makna. So harini aku kongsi sama untuk semua blogger luar sana. Mana ada salah tu mohon tegur ye.


Sekian.

New Look dan Tahniah

Isnin, Mei 19, 2014

assalamualaikum.


random update. lama dah tak blogwalking. lama sangat. tadi tetiba rajin, blogwalking sekejap. macam biasa, bila proses blogwalking sedang berjalan, aku akan mula rasa macam blog aku adalah blog paling buruk pernah wujud dekat muka bumi ni. blog aku paling sepah. blog aku paling tah apa apa. bila dah macam macam aku fikir, mula aku rasa kena edit blog ni. kebetulan mood okay and idea boleh lah sikit sikit dia datang. so siap edit blog. ketandusan idea. aku sendiri dah bosan guna ayat tu. blog aku design makin lama makin bosan.




harap jangan marah aku tempek gambar mamat korea dekat header aku. sesungguhnya aku malas nak cari gambar HD dekat google. dan selalunya jugak gambar tak kena dengan citarasa aku. so maafkan saya pada golongan haters dan antis. kalau tak suka jangan cemuh, hina atau kutuk saya. you may take your leave with my pleasure. hehehe. ini bukan blog kpoppers. bukan blog antis. bukan blog siapa siapa. sekadar blog personal. tutorial pon sangat sangat jarang update. busy memanjang mengalahkan datuk bandar.


final exam around the corner. and guess what? aku tak start study lagi. hahaha. mood nak study tak sampai lagi. bila nak sampai aku taktau. tapi nak taknak memang aku kena paksa. kalau tak paksa, aku rasa maybe lepas abes final pon mood nak study tu tak sampai sampai lagi. teruk perangai ni. ingat masa degree ni dah ubah or buang perangai masa diploma dulu. rupanya sama and tak diubah lagi. aigoo =='


ohh ya btw aku nak ucap tahniah dekat semua student lepasan SPM dekat luar sana yang dapat further study ke peringkat seterusnya. yang tak berjaya jangan lupa buat rayuan. rezeki Allah tu ada dekat mana mana. cuma atas kita je rajin nak mencarinya atau tidak. tahniah ni jugak tak lupa untuk adik aku sendiri yang dapat sambung ke Politeknik Nilai. nampak gaya dia pon terjebak dalam bidang sama macam aku. dia dapat course Diploma Kewangan dan Perbankan Islam. dan aku macam, okay kenapa kau harus sama bidang dengan aku? HAHA. apa apa pon alhamdulillah, hajat ayah nak tengok sorang lagi anak dia sambung belajar tercapai. so here i'm wishing you all the best untuk tempuh hidup baru dekat sana. study molek. inshaallah boleh punya. :D


mana mana readers yang student or ex-student poli nilai, boleh lah share apa apa yang menarik dekat sana or pasal course ni dekat sini. boleh lah sikit sikit ambe kongsi ke adik ambe ^^



last but not least, nak share islamic-quotes punya picture, here we go ;




kbai. adios.
© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED