Hafiz Zulkafly

Pencarian Blog Terkemas 2015

Selasa, Disember 08, 2015

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

Mangsa Tag :

http://lalarahim.blogspot.my/
http://budaksukavanilla.blogspot.my/
http://www.wanaseoby.com/

Selamat Maju Jaya ;)


Kena Tag.

Isnin, Disember 07, 2015


Assalamualaikum

Dah lama tak kena game macam ni sampai sorang sis yang mempunyai masalah dalam mengenal gender seseorang tag aku. Hahaha bunyi macam jahat sebab kata dia ade masalah kenal gender. Padan muka dia. Siapa suruh tag aku. Hahaha. Nih soalan dia:


  • Taip nama panjang korang tanpa melihat keyboard.
  • Mars or Snickers?
  • Tengah basuh muka, lepas tu buka mata sikit tengok cermin ternampak lipas terbang. Korang....
  • Tempat korang taip entry ni.
  • Social account pertama korang?
  • Mention kawan blogger korang (letak link sekali)
  • Current favorite song.
  • Benda yang korang menyesal beli.
  • Recommand a movie.
  • Animal that resemble you guys.
  • Promote your social account (contoh: Instagram, vine, snapchat, twitter, wechat, line and banyak lagi lah)

Okay ayuh jawab!

1. Taip nama panjang korang tanpa melihat keyboard.

mohd hafiz zulkaflt


2. Mars or Snickers?

Boost! hahaha


3. Tengah basuh muka, lepas tu buka mata sikit tengok cermin ternampak lipas terbang. Korang....

Buat dont know sebab tak takut lipas ><


4. Tempat korang taip entry ni.

Dekat bawah lantai tepi meja kipas.


5. Social account pertama korang?

Myspace. Tapi dah delete akaun myspace :(


6. Mention kawan blogger korang (letak link sekali)

Aku malas jawab soalan ni boleh? HAHA.


7. Current favorite song.

Stitches - Shawn Mendes & When I Miss You - Beast


8. Benda yang korang menyesal beli.

Banyak benda. Tapi paling terasa masa kena tipu beli phone sony xperia Z2. :'(


9.  Recommand a movie.

Kenapa lah soalan kau payah payah ni weh TT_____TT 


10. Animal that resemble you guys.

Soalan ni pon aku taktau nak jawab apa. Kau tolong decide boleh?


11. Promote your social account (contoh: Instagram, vine, snapchat, twitter, wechat, line and banyak lagi lah)

Aku suka soalan ni ! hahahaha

Instagram : https://www.instagram.com/mhxfizz/
Wechat : hafizzulkafly
Twitter : https://twitter.com/mhxfizz



Sekian. Aku jawab sebab kalau tak jawab nanti aku kena marah. Maaf lah, dah cuba jawab dengan sebaik mungkin. Tapi takat ni je mampu.


Bye.


Buka Akaun Wechat

Jumaat, Disember 04, 2015


Assalamualaikum.

Final around the corner. Cuma berbaki dalam 2 minggu kuliah lagi. Cuma berbaki 3 minggu lagi duduk di bumi Terengganu. Haih pejam celik pejam celik dah 5 tahun duduk dekat bumi pantai timur ni. Okay bukan ini yang aku nak cerita dalam entry ni.




Aku dah install balik ask.fm dekat phone. Sebelum ni tak terdetik untill bila ada orang nak tanya pasal blog through email. So aku rasa macam ada baik kalau dapat berkomunikasi dengan soalan soalan berkenaan blog melalui ask.fm kan? Bukan itu je ...




Aku juga buat wechat baru. Semata mata sebab nak keep in touch dengan mana mana blogger yang sudi nak keep in touch dengan aku. Kalau nak sembang pasal blog dekat wechat pon sangat sangat dialu alukan. Do add me. CONFIRMED aku akan accept :D Before buat akaun wechat ni, aku ada tanya sorang kawan blogger aku ni apa pendapat dia. Memandangkan aku sangat sangat jarang dapat online. Kengkonon busy final year puiih sana. Then dia kata ok kalau nak buat macam ni. Eh yeke dia cakap macam tu? Aku lupa. 

Sekian.

Sayang Zalora

Khamis, November 12, 2015


Assalamualaikum.

Zalora. Siapa yang tak kenal zalora? Aku jamin lebih ramai yang tau daripada taktau. Gedung online fashion terkenal tu siapa yang taktau. Kalau taktau boleh terjah laman web zalora. Apa yang aku suka dengan zalora ni.

1. Banyak pilihan barangan.
2. Range harga yang affordable.
3. Service penghantaran yang tiptop.
4. Pemulangan semula (jika salah size, barang rosak and etc.)


Alhamdulillah untuk kali pertama, kedua dan ketiga aku dapat voucher bernilai RM100 (total RM300) daripada zalora. Murah rezeki blog ni. Aku harap zalora pon lebih kerap ajak aku collaborating dengan diorang. Hehehe. Semalam barang yang aku beli guna voucher tu sampai. Memang kebetulan nak cari seluar duit pulak takde. So guna that voucher beli seluar untuk dipakai masa intern nanti. Masa nak cuba tu agak risau takut besar sangat or kecik sangat. Tapi alhamdulillah muat muat. So korang tak perlu risau kalau nak beli baju atau seluar atau kasut dekat zalora sebab diorang dah sediakan ukuran sekali dan paling penting korang akan dapat refund kalau salah size atau barang tak elok.













Haa nampak tak siap ada security sealed lagi untuk make sure barang korang terjaga. Dalam tu punya protection jangan cakap memang bagus. Aku lupa nak amek gambar sebab belum sempat aku nak amek gambar semua ;




Dia dah amek kotak tu jadi rumah dia. And bubble plastik and plastik plastik lain lagi dua ekor sebat. Takleh buat apa. Hahaha. Terima kasih zalora. Lain kali sila bagi. For those yang tak pernah shopping dekat zalora sebab ragu ragu ke apa sila pergi shopping sekarang. In Shaa Allah service bagus and quality barang terjamin. :DD


Sekian.

Finally Banner Sendiri.

Rabu, November 11, 2015


Assalamualaikum.

Haritu ada sekali aku berbunyi dekat entry blog yang sebelum sebelum ni pasal aku nak banner untuk blog aku tapi aku tak reti nak buat. So aku tanya ada yang sudi ke tak nak buat untuk aku. Tapi malang nasib aku sebab no one yang willing nak buat untuk aku. Baru nak belanja cikedis untuk siapa yang buatkan. Hahaha.


Memandangkan aku bukan someone yang terlalu cerewet sebab aku lebih fikir pasal effort and usaha yang cuba orang tu buat so memang aku tak kisah siapa siapa tolong buatkan. At least hasil kerja dorang jauh lebih baik dari aku punya kan? Jadi mengapa perlu complain lelebih. Nak itu ini buat sendiri. Maka dengan muka tak malu favicon aku minta Nana buatkan, untuk banner kali ni aku ingat nak suruh dia buatkan juga. Tapi cukup lah sekali aku susahkan dia.


Terima kasih nana untuk favicon ni :D


Ajan. At first dia refuse untuk buat banner untuk aku. Tapi aku cakap aku suka idea dia. Sebab dah pernah collaborate dengan dia masa buat GA bersama dia. Banner banner yang dia buat semua kreatif. I like the way she think to design something. Pendek kata, taste design dia selalu kena dengan aku. And untuk banner GA haritu dia cuma buat guna phone ok, guna phone sahaja. Aku rasa LOSER gila. Nahh tak caya tengok sini ;




Amacam, nice kan? hahaha. Aku suka benda yang simple and tak serabut. So same goes to her. (i guess). Lepas beberapa hari. Maka siaplah banner dia buat. Bukan satu dua. Tapi ada dalam 5 yang dia buat sampai aku taktau nak pilih yang mana. Tapi nak taknak malam ni aku kena decide and finally aku pilih yang ini ;



Tadaaa. Aku dah edit and tambah color sikit. So kalau korang rasa buruk tu memang salah aku. Hahaha. So lepas ni aku rasa macam nak tambah page baru. Nak buat banner exchange pulak. Ada yang sudi nak exchange banner dengan aku tak? HAHAHAHA.

Entry ni aku update memang khas untuk promote si AJAN (http://hafzhanrauf.blogspot.my/) ni tanda terima kasih. Ha apa kata korang serbu blog dia. Pi bodek dia untuk buat banner blog korang pulak. Mana tau dia baik hati nak tolong buatkan ke ><

Bye.

Android 6.0 Marshmallow

Ahad, November 08, 2015


Assalamualaikum.




Versi terbaru android dikenali sebagai Android M ataupun Android 6.0 Marshmallow telahpun didedahkan umum oleh pihak google pada bulan mei yang lepas. Dua devices pertama yang running dengan android terbaru ni tak lain tak bukan mesti lah devices dari pihak google iaitu Google Nexus 5X dan jugak Google Nexus 6P. Untuk dua model nexus terbaru ni google telah bekerjasama dengan LG dan juga pertama kali bersama Huawei.


Mesti ramai yang tertanya tanya model phone korang support tak update 6.0 Marshmallow ni? Bawah ni aku sediakan list mengikut brand model model yang buat masa sekarang ni confirm akan terima update android terbaru ni. Model model lain mungkin akan terima mungkin tidak. So nahh :


Samsung

  • Note 5
  • Note 4
  • Note 4 Duos
  • Note Edge
  • Galaxy S6 Edge+
  • Galaxy S6
  • Galaxy S6 Duos
  • Galaxy S6 Edge
  • Galaxy S5
  • Galaxy Alpha
  • Galaxy A8
  • Galaxy A7
  • Galaxy Tab A



HTC

  • One M9
  • One M9+
  • One M8
  • One M8 EYE
  • One E9
  • One E9+
  • One E8
  • One ME
  • Butterfly 3
  • Desire 826
  • Desire 820
  • Desire 816



Motorola

  • Moto X Pure 2015
  • Moto X Style 2015
  • Moto X Play 2015
  • Moto G 3rd Gen
  • Moto X Pure 2014
  • Moto G LTE 2nd Gen
  • Moto MAXX 2014
  • Moto Turbo 2014



Sony

  • Xperia Z5
  • Xperia Z5 Compact
  • Xperia Z5 Premium
  • Xperia Z4 Tablet
  • Xperia Z3+
  • Xperia Z3v
  • Xperia Z3 Compact
  • Xperia Z3 Tablet Compact
  • Xperia Z3
  • Xperia Z2 (Yeay my phone on the list :DD)
  • Xperia Z2 Tablet
  • Xperia Z Ultra GPE
  • Xperia M5
  • Xperia M4 Aqua
  • Xperia C5 Ultra
  • Xperia C4



LG

  • G4
  • G3
  • Flex 2



Asus

  • Zenfone 2
  • Zenfone 2 Deluxe
  • Zenfone 2 Laser
  • Zenfone Selfie



Xiaomi

  • Mi4
  • Mi 4i
  • Mi Note
  • Mi Note Pro
  • Redmi Note 2
  • Redmi 2
  • Redmi 2 Prime



Huawei

  • P8
  • Mate S
  • Ascend Mate7
  • P8max
  • Ascend G7
  • G7 Plus
  • G8
  • Honor 7
  • Honor 7i
  • Honor 6 Plus
  • Honor 6
  • MediaPad X2
  • Honor 4X 
  • Honor 4C


Lenovo

  • K3 Note
  • ZUK Z1
  • Vibe Shot



So far baru banyak ni yang confirm. Bila akan dapat bergantung kepada syarikat pengeluar smartphone korang nak hantar update tersebut. So selamat meng-update bagi mereka yang phonenya ada dalam list XD


Bye.

Segmen Kembara Misteri Burung Hantu

Sabtu, November 07, 2015


Assalamualaikum.




Segmen simple. Tak banyak syarat dan mudah untuk diikuti. Kepada yang berminat boleh klik banner diatas untuk join. Segmen berlangsung selama 7 hari starting from 6/11 till 13/11. Pemenang akan diumum pada 15/11 so stay alert. Buat reminder dekat phone ye. Takut miss nanti. Jom pakat ajak ramai ramai join. Mana tahu rezeki menang hadiah misteri kan kan? Selamat bersegmen semua :D


Bye

"Izzat Azhar buat Review Blog"


Assalamualaikum.




Bismillahirahmannirahim. Lama dah rasa tak join mana mana contest or giveaway. Tuan blog invited me personally through cbox. At first rasa macam nak join tapi tak jadi sebab aku tak reti nak promote blog aku. Hahaha. Harini buka tengok syarat tu dah dilupuskan, maka dengan itu aku join. Hahaha. For those yang nak join, boleh klik banner dekat atas dengan kadar segera sebab contest tamat harini! All the best semua.


Bye.

Tips Fesyen Lelaki

Selasa, November 03, 2015


Assalamualaikum.

Being old is not a bad thing. Dan jangan risau kerana umur bagi lingkungan 30-an masih belum jatuh dalam kategori tua. Lelaki dalam lingkungan 30-an adalah kategori lelaki dewasa yang lebih matang dan mempunyai perwatakan yang serious berbanding ketika mereka berumur dalam lingkungan 20-an. Oleh kerana itu, citarasa berfesyen jugak sedikit berubah dan golongan lelaki dalam lingkungan umur ini harus lebih berhati-hati dalam mengenakan fesyen yang bersesuaian. Berikut merupakan beberapa tips fesyen lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an;


1. Jangan pakai grafik t-shirt

T-shirt grafik or graphic tees sememangya ‘cool’ dipakai jika anda berumur awal 20-an atau terutama sekali golongan pelajar kolej. Namun untuk lelaki yang berumur 30-an dan ke atas, pemakain fraphic tees akan membuatkan anda kelihatan tidak matang. Pakai koleksi t-shirt yang tidak bercorak seperti berikut sebagai pakaian kasual anda. Atau jika anda ingin memakai t-shirt yang bercorak, pilih corak yang solid seperti jalur atau petak.



2. Straight cut jeans

Anda juga harus tahu bahawa pada peringkat ini, pemakaian skinny jeans adalah tidak bersesuaian lagi. Juga elakkan daripada memakai jeans yang terlalu fancy. Cukup dengan pemakaian straight cut jeans seperti berikut untuk penampilan yang menarik dan ringkas.


3. Consider Khakis

Selain jeans, anda juga boleh memadankan t-shirt polo anda dengan padanan seluar khakis. Seluar khakis ini sesuai dipakai sebagai pakaian kasual atau pakaian formal ke pejabat.



4. Pakai kasut yang sesuai

Dan seterusnya adalah ucapkan selamat tinggal kepada koleksi sneakers anda. Pakai koleksi kasut yang bersesuaian imej anda seperti koleksi kasut loafers, brogues atau boat shoes.




Sekian sahaja antara tips tips fesyen lelaki yang lingkungan umur 30-an. Ha apa tunggu lagi, bagi yang tercari cari pakaian yang sesuai boleh serbu dekat zalora ye sebab dekat zalora macam macam fesyen ada :D


Bye.

Wahh!

Sabtu, Oktober 31, 2015


Assalamualaikum.





Kali ni entry salah menyalah sedang berlangsung. Hahaha. Tadi aku check stats blog. And WAHH! terperanjat sebab ada some blogger datang ke blog aku dari blog Wanaseoby. Well pengguna tegar blogskins mana yang tak kenal dengan dia kan? hahaha. Menjadi tanya tanya jugak kenapa and apa yang dia buat? So dengan rasa tak sabar aku pon klik link tersebut.





Masha Allah. Blog dia bertukar wajah lagi. Hahahaha. Dalam entry tersebut dia ada kata lepas dia singgah blog aku and blog ajan, terus tak dapat tahan nafsu untuk tukar design blog. Hahaha. Actually semalam aku baru je tukar design blog. Tapi lepas visit blog wana ni. Terus aku rasa nak tukar lagi. So kali ni aku salahkan dia sebab kenapa blog aku bertukar wajah lagi. HAHAHA





LOL tak banyak yang aku ubah. Cuma kali ni aku rasa macam taknak pakai header buat sementara. Ada sesiapa willing nak buatkan header untuk aku tak? HAHAHA. And aku pon ada rasa macam nak buat watermark sendiri. Tapi tak expert nak buat sendiri. Anyone interested nak tolong buat? Dasar pemalas.

Entah bila aku nak baiki skill penulisan aku, aku sendiri taktau sebab makin lama makin teruk TT____TT

Bye

Newbie Back

Jumaat, Oktober 30, 2015


Assalamualaikum.

Hai (wave awkwardly). Im back with another new look. I put all the blame on HER. Sebab dia aku nak tukar design blog. Kira kalau ada sesi interview dengan wartawan sambil wartawan bertanya "apakah yang faktor utama en mengubah design blog en?" dengan yakin tanpa sebarang hesitation aku akan jawab "dia. sememangnya dia lah yang buat saya nak tukar design blog saya. sila laporkan dia ke pihak berkuasa agak tindakan diambil segera." - okay ini bukan akasia ataupon sinetron. Aku over. Maaf.  Aku cuma susun sikit sikit. Tapi aku rasa serupa macam tak edit apa apa pon =='. Masih bersepah and cincai, isn't? Nevermind arghhh.




By the way, tajuk entry ni takde kena mengena dengan entry pasal new look ni. Tajuk atas tu untuk ni ha ;




Few day, week, month ago. Aku dah delete insta lama aku. So atas sebab tangan yang gatal, maka aku buat insta baru. Jangan tanya kenapa aku delete yang lama sebab before this pon memang banyak kali aku update entry acah acah nak delete instagram kan? Finally berjaya delete and berjaya buka yang baru. HAHA.


To be honest, aku masih serabut dengan internship ni. Siapa tak serabut kalau kawan kawan kau dah dapat sana, dah dapat sini while kau satu email pon tak berbalas? Haih. Doakan supaya Allah permudahkan urusan aku untuk internship sebab rasa rasa macam i dont have much time left sebab bulan 1/2016 nak start intern dah TT_______TT and doakan supaya dapat tempat internship secepat mungkin.

Bye.

Tutorial : Read More Post Blog

Jumaat, September 18, 2015


Assalamualaikum.




12 hari lepas. Sorry sebab im pretty busy awal sem ni. Bila final year ni serious semacam sikit feeling dia walaupun masih di awal semester. Nevermind, thanks by the way sebab sudi request. So macam ni caranya ;

1. Dashboard > Layout > Blog Post




2. Tukar number yang arrow tu tunjuk kepada bilangan yang korang suka and perkataan read more tu pon boleh tukar ke perkataan yang korang nak.




3. Save. Kemudian karang entry korang sampai habis. Lepas dah habis , sila pilih sampai mana je entry yang korang nak di tunjuk. Klik pada penghujung entry yang nak di display macam step 1. Kemudian tekan Insert Jump Break macam dekat step 2. Kemudian akan jadi macam ni.





4. Publish post korang. and the result will come out like this ;




5. Siap. So each post korang kena buat macam ni. Kalau tak tak jadi read more tu. So far macam ni je cara yang aku tau. Taktau kalau kalau ada cara lain.


Sekian.

Back To Basic

Isnin, September 07, 2015


Assalamualaikum.

Ambil kesempatan dengan berbekalkan internet super "laju" untuk edit blog sekejap. A usual aku memang susuah nak stick dengan satu design tu lama lama. So i've changed my blog back to the very basic design. Memandangkan aku pon sangat jarang update blog. 




Minta maaf kalau tak balas mereka mereka yang tinggalkan jejak dekat cbox. In Sha Allah kalau ada masa and internet okay, akan ku redah semua link blog dekat cbox tu.


Final year. Yes sekarang dah masuk final year. Rasa macam tak caya je dah jadi final year student. So aku assume mungkin a little bit busy memandangkan sem ni ada academic project which is Seminar to be exact. Haih. Nevermind. Aku rancang nak bagi kupon diskaun shopping wideshawl untuk 10 orang pegunjung blog bertuah. Ada yang nak tak? In Shaa Allah, ada kelapangan masa aku update entry tu. 


Kbai.

Tutorial : Beli Domain di NetKL

Ahad, Ogos 23, 2015


Assalamualaikum.

Sorry bagi yang menunggu sebab janji lama dah nak ajar korang semua macam mana nak beli domain dekat NetKL. Sebenarnya ingat ingat lupa gak sebab haritu beli guna phone. So follow gambar dibawah and mana mana step tak paham jangan malu nak tanya. Inshaallah den tolong semana mampu.


1. Buka laman web NetKL

2. Klik pada Order Now




3. Domain Registration





4. Masukkan url yang korang nak. Kemudian check availability.





5. Proceed to checkout.






6. Daftar akaun dulu. Kemudian pilih payment method.




7. Settle satu step. Tunggu dapat email dari netkl kemudian follow instruction by netkl. Make sure masa daftar tu email yang sah and korang boleh buka email tersebut. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh email ke netkl. Service yang bagus and cepat.


Step ni bagi mereka yang tak reti nak apply domain ke blog sendiri macam den so boleh pakai service pasang domain yang disediakan oleh netkl dengan harga serendah rm3 sahaja.

1. Back to homepage netkl. Kemudian tekan order now.

2. Pilih Blogging.



3. Follow macam gambar bawah ni ;



4. Masukkan detail seperti berikut.



Add to cart. Kemudian buat pembayaran. Tunggu dalam masa beberapa jam (not sure) kemudian pihak netkl akan pasangkan domain baru korang ke blogspot korang. Siap.


Sorry tutor clumsy sikit. Harap korang boleh follow slow slow. Jangan risau kalau lost ke apa ke sebab service netkl memang tak mengecewakan. Korang boleh contact diorang by email ;

Sales and Billing Department
sales@netkl.com
atau
Technical Support Department
support@netkl.com


Sekian.

Let's Convert To Magic Sim

Selasa, Ogos 18, 2015


Assalamualaikum

Pengguna celcom yang teringin nak guna magic sim tapi taknak beli no baru ? Jangan risau. Korang boleh convert pelan korang dengan mudah tanpa perlu korang membawa diri korang ke celcom center atau ke mana mana kedai berdekatan. Apa yang korang perlu ada cuma simkad celcom yang masih aktif dan juga kredit didalamnya minima RM5.


Bagaimana cara nya?

1) Taip MIG MAGIC kemudian Hantar ke 28882.

2) Tunggu mesej dari pihak celcom. Kemudian balas MIG YES ke 28882.

3) RM5 akan dicaj sebagai kos pertukaran. Tunggu mesej pengesahan and pop siap.




Actually magic sim ni sama je macam pelan maxis free basic internet tu. Cumanya kalau tak silap maxis free basic tu kini dah ada quota kan sebab few of my friends dah reached quota and tak boleh nak access internet lagi. So far magic sim ni tak pernah buat hal even aku tak pakai magic sim but positive feedback dari kawan kawan yang guna plan ini semua berpuas hati. So apa tunggu lagi moh lah convert :3

Sekian

Throwback Smartphone.

Khamis, Ogos 13, 2015


Assalamualaikum.

Harini, aku rasa macam nak buat sesi throwback semula semua smartphone aku yang pernah aku guna since first time membuat keputusan untuk menjadi one of the smartphone user pada penghujung tahun 2011. Hahaha mohon jangan terkejut bila aku listkan kesemua smartphone aku pernah guna dari tahun 2011 hingga 2015. Aku takkan nyatakan tempoh penggunaan sebab aku sendiri tak ingat sebab ada yang pakai tak sampai sebulan dah tukar ;D


1. Samsung Galaxy Mini 2


Phone ni sampai sekarang masih sihat wal-afiat. Performance masih tak mengecewakan.


2. Blackberry Bold 9700


Masa zaman ni. Ramai sangat yang dok ber-bbm. Sana sini minta pin. So aku pon apa lagi. Terus cari model BB yang aku rasa nampak compact and yang ni paling kena dengan budget aku masa tu yang tak besar. Hahaha.


3. Blackberry Curve 9380


Antara model BB yang paling aku suka sebab tak besar. Camera lawa. Performance battery okay and smooth tak mudah hang.


4. Samsung Galaxy Wonder



Haruk nak main insta sampai sanggup tukar BB dengan kawan. Lepas tu nyesal tak sudah sebab rasa phone macam kena downgrade. Hahaha


5. Alcatel One Touch Magic



Phone ni beli sebab main main beli ==' Alasan boleh terima pakai tak?


6.  Sony Xperia M


Antara model yang agak lama aku pakai. Tapi still tak cecah setahun ;DD


7. Motorola Moto G


Hahaha tak ramai yang tau pasal kehebatan smartphone keluaran motorola ni. Sanggup aku turun ke Lowyat semata mata nak cari model ni sebab dekat lowyat ada Brightstar center. Sekali dapat memang puas hati (Y)


8. Samsung Galaxy Grand 2


Beli sebab warna gold. Lepas tu tak sampai sebulan JUAL. HAHAHA


9. Samsung Galaxy Note 2


Huaaa rindu dekat note 2 ni. Sebab warna ni lawa gila kot masa tu. Tapi sebab nak merasa pakai product dari Apple pulak. So jual lagi.


10. Apple iPhone 5



Okay. Hanya satu sebab kenapa aku pakai iphone hanya sementara. Sebab ketahanan battery yang tak tahan lama. Aku kaki game. Kaki dengar lagu. Kaki surfing internet. Kadang sehari sampai 5 kali charge. So aku decide nak cari device baru yang battery tahan lama.


11. Sony Xperia M4 Aqua




Last but not least. Battery superb. Camera awesome dan paling penting, WATERPROOF. Design seakan akan Z3. Nak beli Z3 memang tak lepas budget. So beli model alternative Z3. So far takde plan nak tukar phone lagi. Cuma lately ni rasa macam Oppo menggoda pulak. Haha.


Ha, korang punya macam mana? Kalau rajin boleh lah update entry macam ni, lepas tu jangan lupa share dekat aku. Hahaha nak buat macam mana. Aku memang jenis mudah bosan dengan gadget. So memang kerap kali tukar. Oh yaa, nanti aku share beberapa tips yang aku rasa korang patut tahu before nak beli smartphone. Tapi that tips aku tak ciplak dari mana mana sebab aku buat research aku sendiri. Hahaha.


Sekian.


© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED