Assalamualaikum.
Being old is not a bad thing. Dan jangan risau kerana umur bagi lingkungan 30-an masih belum jatuh dalam kategori tua. Lelaki dalam lingkungan 30-an adalah kategori lelaki dewasa yang lebih matang dan mempunyai perwatakan yang serious berbanding ketika mereka berumur dalam lingkungan 20-an. Oleh kerana itu, citarasa berfesyen jugak sedikit berubah dan golongan lelaki dalam lingkungan umur ini harus lebih berhati-hati dalam mengenakan fesyen yang bersesuaian. Berikut merupakan beberapa tips fesyen lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an;
1. Jangan pakai grafik t-shirt
T-shirt grafik or graphic tees sememangya ‘cool’ dipakai jika anda berumur awal 20-an atau terutama sekali golongan pelajar kolej. Namun untuk lelaki yang berumur 30-an dan ke atas, pemakain fraphic tees akan membuatkan anda kelihatan tidak matang. Pakai koleksi t-shirt yang tidak bercorak seperti berikut sebagai pakaian kasual anda. Atau jika anda ingin memakai t-shirt yang bercorak, pilih corak yang solid seperti jalur atau petak.
2. Straight cut jeans
Anda juga harus tahu bahawa pada peringkat ini, pemakaian skinny jeans adalah tidak bersesuaian lagi. Juga elakkan daripada memakai jeans yang terlalu fancy. Cukup dengan pemakaian straight cut jeans seperti berikut untuk penampilan yang menarik dan ringkas.
3. Consider Khakis
Selain jeans, anda juga boleh memadankan t-shirt polo anda dengan padanan seluar khakis. Seluar khakis ini sesuai dipakai sebagai pakaian kasual atau pakaian formal ke pejabat.
4. Pakai kasut yang sesuai
Dan seterusnya adalah ucapkan selamat tinggal kepada koleksi sneakers anda. Pakai koleksi kasut yang bersesuaian imej anda seperti koleksi kasut loafers, brogues atau boat shoes.
Bye.
Tiada ulasan
Catat Ulasan