Hafiz Zulkafly
Memaparkan catatan dengan label New Design. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label New Design. Papar semua catatan

Come Back Home.

Selasa, Ogos 15, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hai guys. I know, its been a while tapi seriously, nak menaip balik ni super freaking awkward lepas dah berbulan blog terdampar sepi. Banyak kali dah mood nak berblog ni On/Off. Sampai satu tahap, rasa macam tak lama lagi maybe blog ni akan RIP. Hahaha. *Still Awkward* Tolong lah bagi idea macam mana nak bagi blog ni hidup balik macam dulu ;(



Okay kali ni aku makeover blog untuk kali ke berapa aku tak ingat. Template kali ni inspired by Trendy Blogger Template. Tapi coding 100% made by myself. Tak banyak pon yang berubah dari template lama. Especially dari segi susun atur widget. Memang exactly sama. Cuma aku dah alihkan cbox ke navigation atas tu ya. And finally, aku dah tambah page About. Thanks kepada anon yang tolong shoutkan pasal page tersebut. Cumanya, page about tu still under construction.


Untuk footer social icon tu boleh tengok SINI. Blog Archive pulak boleh tengok dekat SINI. Untuk font ditaja sepenuhnya oleh Google Fonts. For those yang berminat nak guna Google Fonts, tapi taktahu bagaimana caranya, boleh tengok sini : Tutorial Google Font. Okay apa lagi yang aku tertinggal. Kalau ada benda yang aku tak credit secara proper, do tell me nicely okay. Kalau ada apa apa error dalam blog ni pon sila inform pada saya dengan sepantas kilat okay!


Best view using Google Chrome, Maxthon and Opera ya. Kalau bukak ikut browser lain taktau macam mana jadi TT^TT


For those yang ada any request or nak minta apa apa boleh directly email aku, atau bagi mereka yang mempunyai akaun twitter, boleh dm dekat twitter ye. Sebab ask.fm aku jarang bukak sekarang. Kbye


Blog Re-Open. Slightly Changes.

Ahad, Januari 22, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

First of all, minta maaf sebab tutup blog untuk beberapa hari. Walaupun aku tau tiada siapa yang nak datang jenguk blog aku selama aku tutup blog, tapi aku masih nak minta maaf. Hahaha. 




Ini result lepas beberapa hari private blog. Aku cepat rimas. Jadi aku cuba something new. Tapi aku taktau ada nampak something new atau tidak. Ahh nevermind. Untuk best view, sila buka menggunakan Chrome, Safari dan Opera sahaja. Kalau guna Mozilla , Internet Explorer ataupun Edge, view dia agak suck sikit. =='


Cbox aku dah tak letak lagi di sidebar. So kalau kalau nak tinggal jejak, korang boleh klik dekat navigation atas tu under "Chatbox" Tab. Aku ingat nak aktif balik sesi soal jawab dekat ask.fm, jadi aku dah install semula ask.fm aku pada phone aku. Kalau nak tanya apa apa soalan boleh click here dekat short bio di sidebar aku.


Followers box aku taktau kenapa still error. Ada masa dia nak keluar, dia keluar. Ada masa taknak dia akan kekal menyorok. Pfft. Aku tersangat malas nak mencari apa sebab dan punca widget followers tu selalu bermasalah. Honestly, aku suka followers widget yang lama. Kalau sesiapa tahu macam mana nak fix followers box tu please ajarkan. TT____TT. Aku nak tambah satu lagi menu dekat tab tu. Tab About. Macam about me atau about blog ke. Tapi masih under construction. Kalau nak tunggu semua siap, mau hampir berbulan juga aku tutup blog. Ada sesiapa sudi nak ajar atau share ruangan about yang awesome awesome?


Last but not least. Nahh full credit untuk new look kali ini :




Sekian.

My Obsession

Isnin, Disember 26, 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Semalam seharian aku buat proses pembasmian serta pembersihan ke semua entry entry lama aku. Total entry sebelum sekitar 463 something. Tapi lepas dah tapis, saring dan delete akhirnya tinggal 304 sahaja. Dalam proses men-delete tu sempat aku baca balik apa semua yang pernah aku merepek dekat blog dulu. Rasa macam tak kenal diri aku yang dulu. Hahaha.


Ok berbalik semula kepada tajuk entry. Habit aku dulu setiap kali edit blog, aku akan screenshot new look and update blog pasal new look. So here antara screenshot yang sempat aku selamatkan. Banyak lagi sebenarnya, tapi yang aku sekalikan screenshot cuma yang ini. So lets check it out :-


2013



2014






2015







2016






Haa tu dia. Dah boleh buat satu album aku rasa. Kekerapan edit blog lebih kerap berbanding update blog. Evolusi punya evolusi tapi warna blog memang tak boleh lari dari warna hitam, kelabu and putih and design macam biasa, semua membosankan. Hahaha. Ok sekian entry throwback. Kalau ada antara design design lama tu korang berkenan bagitau ye. Kot boleh aku bagi sebagai freebies ke. Hehehe.


Wasalam.

Short Update

Isnin, September 19, 2016

Assalamualaikum



Yeay. Another new terrible look. Jangan tanya bila aku nak stop dari terus memburukan blog aku. Kali ni tukar atas beberapa sebab. Nak kasi bersih sebersihnya blog ni. Header dari web https://unsplash.com/ . Malas nak buat header sendiri. Thanks to Sya sebab share laman web yang awesome untuk HD photos. Font semua ciplak dari sini https://www.google.com/fonts#. Gambar dekat atas kanan tu curi dekat http://weheartit.com/. Lain lain coding semua made by myself. If berminat dengan any code dalam blog ni. Do ask me ok? Jangan risau. Tak rugi pon kalau kita jadi pemurah. Ingat, 1 kita bagi 10 Allah akan balas. Cara yang tak proper sangat tak digalakkan ye. Just in case kalau anything dalam blog ni kalian kalian punya, bagitau juga ye supaya i can credit yours properly. Terima kasih.


Sekian.

Beberapa Perkara

Khamis, Julai 28, 2016

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera

Bedasarkan tajuk diatas, harini ada beberapa perkara nak aku taip selepas entry terakhir yang bertarikh 17 July 2016 aku taip. Jadi bagi memudahkan proses untuk aku menaip serta bercerita, mari mulakan dengan numbering.


1. Blog Wajah Baru

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya edit blog aku berubah kepada yang lain sikit. Aku masih tak boleh move on dengan template yang lain selain daripada simple template, so nahh. Aku cakap dekat ajan yang kali ni aku berjaya buat perubahan ketara pada blog aku. Tapi end up dengan design macam ni. Sorry ajan ^^v. By the way nak say thanks to Anis Diyana. Sebab macam mana tercetusnya idea nak design blog macam ni lepas singgah blog dia. Aku contact dia atas dasar aku taknak kena kecam orang kata aku tiru dia. Ada setengah code aku curi dari Wana dan selebihnya aku guna tutorial aku sendiri. Cuma untuk kali ni tak banyak yang aku tambah atau ubah. Hampir 70% coding asal template designer.




2. Domain Expired

Email dari netKL berpusu pusu masuk bagitau domain nak expired. Memandangkan aku sekarang tengah kaya, maka aku buat keputusan untuk stop dari guna domain. Mungkin untuk seketika ataupun selamanya. Wahh., ayat tak boleh blah. Cumanya nak cakap yang aku masih tak rancang untuk terus guna domain unless ada insan yang bernama kekasih nak sponsor domain selama setahun. Hehehe.


3. Busy

Memandangkan aku sekarang tengah final year. final sem. final month sebelum tamat pengajian, so semester ni memang super duper awesome dia punya busy. Aku tak pernah expect short semester will be this freaking busy. Nak spend masa bersama blog pon sampai tak sempat. Doa kan mudah mudahan hujung hujung semester apa semua ni, Allah permudahkan segala urusan aku. Aminn.



4. Tamat.

Aku rasa aku dah takde benda nak diceritakan cuma nak cakap. Minta maaf if kunjungan korang tak dibalas. I really wish yang one day aku ada masa yang bebetul lapang untuk aku blogwalking and balas semua kunjungan korang. Aku dah lama jugak tak buat tutor, tak update tips and etc. Ahhh banyak gila benda tertangguh. Bila masa nak fokus dekat blog. Oh ya, do drop your comment pasal new look blog aku ye. LOL


Sekian.


Demam YouTube

Sabtu, Mei 21, 2016

Assalamualaikum.



Tadaa. Coming back with new look. LOL. Takde lah rupa baru sangat. Masih guna tema warna yang sama. Design yang sama. Dan tiada apa yang berubah kot. Hehehehe. Cumanya aku ubah style navigation aku. Macam mana navigation aku kali ni. Kalau nak tau sila main scroll keatas kebawah banyak kali untuk melihat perbezaannya. Lama dah aku cari tutorial nak buat navigation macam ni. Punca sebab aku taktau keyword navigation macam ni. Thanks to wanaseoby sebab tolong cari and tolong share link nak buat navigation tersebut. Lain lain takdak special. Semua sama. HAHAHA.


Aku masih dalam mood demam youtube. Aku rasa Video Onz by Umobile ni sedikit sebanyak buat aku meroyan. Hahaha. Like seriously kau boleh tengok Youtube 24jam tiap tiap hari tanpa sebarang charge dan tanpa sebarang penolakan kuota data dikenakan. Makanya memang aku pon menggunakan se-optima yang mungkin lah kan.





Tu dia. Aku rasa sikit lagi penggunaan aku tu. Kena kasi dia reach more than 10gb baru aku rasa banyak. Hahaha untuk Play Store tu pon banyak jugak penggunaan. Makin banyak applikasi yang kau install, maka makin banyak lah update yang kau akan dapat. Tapi yang aku sakit hati. Facebook hari hari ada update baru =..=' apa yang deme update aku taktau. Annoying rasa, dan atas sebab tu penggunaan data aku untuk bulan ni agak heavy sikit.





Haa tak kisah lah. Asalkan aku puas hati. Mohon sesiapa bagitau kepada pihak Umobile, kasi lah aku sikit ganjaran. Aku rasa dah berbuih mulut aku puji betapa AWESOME nya Umobile hari ini. Hahaha. Okay feel free ya untuk komen macam mana ghupe baru blog aku ni.


Sekian. Adios.

Dah Bosan

Rabu, Februari 03, 2016


Assalamualaikum

Baik kau update blog dari kau edit blog.
Aku rasa kalau edit blog ni macam update entry. Mau bersepah entry aku kan? Hahaha aku taktau nak cakap apa. Cuma rasa bosan dah mula mengusai diri aku. So aku edit lagi blog. Back to basic. Dah malas nak semakkan blog. Sebab stats blog makin lama makin berkurang. Kalau stop from blogging pon okay jugakkan?

Nanti lah aku fikirkan.


Bye.

Wahh!

Sabtu, Oktober 31, 2015


Assalamualaikum.





Kali ni entry salah menyalah sedang berlangsung. Hahaha. Tadi aku check stats blog. And WAHH! terperanjat sebab ada some blogger datang ke blog aku dari blog Wanaseoby. Well pengguna tegar blogskins mana yang tak kenal dengan dia kan? hahaha. Menjadi tanya tanya jugak kenapa and apa yang dia buat? So dengan rasa tak sabar aku pon klik link tersebut.





Masha Allah. Blog dia bertukar wajah lagi. Hahahaha. Dalam entry tersebut dia ada kata lepas dia singgah blog aku and blog ajan, terus tak dapat tahan nafsu untuk tukar design blog. Hahaha. Actually semalam aku baru je tukar design blog. Tapi lepas visit blog wana ni. Terus aku rasa nak tukar lagi. So kali ni aku salahkan dia sebab kenapa blog aku bertukar wajah lagi. HAHAHA





LOL tak banyak yang aku ubah. Cuma kali ni aku rasa macam taknak pakai header buat sementara. Ada sesiapa willing nak buatkan header untuk aku tak? HAHAHA. And aku pon ada rasa macam nak buat watermark sendiri. Tapi tak expert nak buat sendiri. Anyone interested nak tolong buat? Dasar pemalas.

Entah bila aku nak baiki skill penulisan aku, aku sendiri taktau sebab makin lama makin teruk TT____TT

Bye

Newbie Back

Jumaat, Oktober 30, 2015


Assalamualaikum.

Hai (wave awkwardly). Im back with another new look. I put all the blame on HER. Sebab dia aku nak tukar design blog. Kira kalau ada sesi interview dengan wartawan sambil wartawan bertanya "apakah yang faktor utama en mengubah design blog en?" dengan yakin tanpa sebarang hesitation aku akan jawab "dia. sememangnya dia lah yang buat saya nak tukar design blog saya. sila laporkan dia ke pihak berkuasa agak tindakan diambil segera." - okay ini bukan akasia ataupon sinetron. Aku over. Maaf.  Aku cuma susun sikit sikit. Tapi aku rasa serupa macam tak edit apa apa pon =='. Masih bersepah and cincai, isn't? Nevermind arghhh.




By the way, tajuk entry ni takde kena mengena dengan entry pasal new look ni. Tajuk atas tu untuk ni ha ;




Few day, week, month ago. Aku dah delete insta lama aku. So atas sebab tangan yang gatal, maka aku buat insta baru. Jangan tanya kenapa aku delete yang lama sebab before this pon memang banyak kali aku update entry acah acah nak delete instagram kan? Finally berjaya delete and berjaya buka yang baru. HAHA.


To be honest, aku masih serabut dengan internship ni. Siapa tak serabut kalau kawan kawan kau dah dapat sana, dah dapat sini while kau satu email pon tak berbalas? Haih. Doakan supaya Allah permudahkan urusan aku untuk internship sebab rasa rasa macam i dont have much time left sebab bulan 1/2016 nak start intern dah TT_______TT and doakan supaya dapat tempat internship secepat mungkin.

Bye.

Another New Look And Zalora Lagi

Jumaat, Julai 10, 2015


Assalamualaikum.

Alhamdulillah dalam 10 malam terakhir. Ambil masa sekejap untuk edit blog ni. Nak cuba update dengan entry bermanfaat, tapi tiada idea. So last sekali edit blog lagi. Ingat nak buat single column punya blog. Tapi entah kenapa mata ni sakit bila tengok blog sendiri satu column. Bila tengok orang lain punya rasa jealous tahap gaban. Bila sendiri buat, sendiri tak suka. Hahahaha.




Bila tengok blog sendiri. Rasa macam tengah buka twitter pulak. Hahahaha. Tak banyak benda pon yang aku edit. Usik situ sikit. Usik sana sikit. Jadi lah rupa ala kadar yang macam korang tengah view sekarang ni.




Macam tak percaya. Bila zalora menjenguk blog aku satu lagi. Serious aku memang takde apa apa perancangan langsung nak update blog tu. Mana taknya, blog ni pon tersadai macam tu je apatah lagi blog satu lagi kann. Tapi alhamdulillah, kalau Allah dah kata rezeki, memang takkan kemana. Semalam update and dapat code voucher tu pon semalam. Harini barang dah sampai. Tapi sayang sekali aku takde dekat rumah. Masih meneruskan perjuangan menghadapi kelas dekat bumi Terengganu ni. Terima kasih zalora. Lain kali bagi lagi tau. :D


Bye.

Holla

Khamis, Jun 11, 2015

Assalamualaikum.

1. Tukar design - Disebabkan sangat lama dah aku tak update blog and all of sudden aku terasa macam nak update blog , macam biasa , untuk kasi mood tu datang , aku kena edit semula blog aku . And macam biasa juga , bila aku cakap aku nak edit maka-nya entah apa apa lah yang aku edit . To be very honest , aku sakit mata (read as jealous) bila buka blog Wana. HAHAHA. Tak tahu apa masalah , tapi pada aku design blog dia yang sekarang is perfect. Sangat kena dengan citarasa simple and sedap mata memandang. Lepas stalk blog dia maka baru datang lah idea idea nak edit blog. SO current design is inspired by Her blog okay. Coding 100% by diri sendiri walaupun dah sedikit nyanyuk pasal coding ni.




2. Affiliates - I think that im going to make the new affies page. Sebab yang sedia ada ni banyaknya mereka yang dah tukar link blog mereka without inform first. and ada sesetengahnya private blog dari dulu hingga sekarang. Taktau apa statusnya. So later, akan buat affies baru. Do tell me kalau kalau korang still aktif and tak buang den dari affies page korang. Okay?


3. Ask.fm - Haritu ada sediakan link untuk tutorial request. Rasa macam jadikan twitter sebagai media perantaraan macam tak berapa sesuai sebab kerap kali tukar username and akaun protected. So decide untuk buka semua akaun Ask.fm lama. Anything nak tanya pasal blog or else, boleh shout dekat ask.fm. Especially for those yang nak tanya pasal blog. Den tak berapa prefer sangat melalui cbox.


4. Nuffnang - Mohon sangat sangat. Kepada nuffnangers luar sana. Kalau singgah mai blog den, Jangan spam klik iklan nuffnang bertubi tubi. Cukup lah sekali dua klik dalam satu hari. Jawapan kepada masalah haritu dah terjawab. So here is the full explanation by nuffnang :-




5. Tamat - Sekian entry kali ni. Inshaallah ada masa nak update percutian 6H5M di Perlis and Langkawi. Itu pon kalau kerajinan ini menggunung. So bye.


© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED