Hafiz Zulkafly
Memaparkan catatan dengan label Umobile. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umobile. Papar semua catatan

Perang Telco

Sabtu, Oktober 29, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Semenjak menjadi pengguna tegar postpaid since 2015, aku mula rajin update-kan diri aku ni dengan meng-usha telco mana yang da best offer postpaid plan mereka. Start dengan Celcom kemudian port out, tukar ke Umobile and at last tukar ke Digi. Tak tau lah kalau port sekali lagi mau kena ban number aku. Hahaha.


Secara peribadi, aku memang suka kan Umobile P70. Sebab apa? Masa tu Video Onz untuk P70 masih unlimited. So boleh tengok youtube tanpa sikit punya risau pasal quota pon. Gempak kan? Tapi lepas P98 diperkenalkan, Video Onz untuk P70 tak lagi unlimited, dah di quota ke 7gb sahaja. But, still not bad kan? Tapi kenapa aku tukar? Sebab coverage dekat rumah tiba tiba jadi sangat tak okay. Hahaha.


So currently aku pengguna Digi Postpaid. Buat masa ni memang yes, Digi tak pernah lagi mengecewakan aku. Pergi mana mana steady line maintain 4G. Hehehe. So walaupun telco lain bagi macam macam promotion, so far aku tak rasa nak tukar lagi. So nahh kepada sesiapa ada plan nak tukar ke postpaid atau masih keliru, ini masa terbaik untuk korang pilih and buat keputusan baik baik.


Celcom



Umobile



Digi


Maxis.



Mana Maxis? Hahaha. Aku tak ambil cakna sangat pasal plan postpaid Maxis, sebab pada aku, plan postpaid dia mahal. Tunggu aku kaya raya dulu baru habiskan duit kat Maxis. Hahaha, Yes pon dia punya offer not bad. Tapi aku tak berminat sebab tak boleh nak kekalkan no. Plus, coverage dia aku masih taktau lagi macam mana dia punya condition. So tak berani nak amek risiko >.<.

Adios.

Demam YouTube

Sabtu, Mei 21, 2016

Assalamualaikum.



Tadaa. Coming back with new look. LOL. Takde lah rupa baru sangat. Masih guna tema warna yang sama. Design yang sama. Dan tiada apa yang berubah kot. Hehehehe. Cumanya aku ubah style navigation aku. Macam mana navigation aku kali ni. Kalau nak tau sila main scroll keatas kebawah banyak kali untuk melihat perbezaannya. Lama dah aku cari tutorial nak buat navigation macam ni. Punca sebab aku taktau keyword navigation macam ni. Thanks to wanaseoby sebab tolong cari and tolong share link nak buat navigation tersebut. Lain lain takdak special. Semua sama. HAHAHA.


Aku masih dalam mood demam youtube. Aku rasa Video Onz by Umobile ni sedikit sebanyak buat aku meroyan. Hahaha. Like seriously kau boleh tengok Youtube 24jam tiap tiap hari tanpa sebarang charge dan tanpa sebarang penolakan kuota data dikenakan. Makanya memang aku pon menggunakan se-optima yang mungkin lah kan.





Tu dia. Aku rasa sikit lagi penggunaan aku tu. Kena kasi dia reach more than 10gb baru aku rasa banyak. Hahaha untuk Play Store tu pon banyak jugak penggunaan. Makin banyak applikasi yang kau install, maka makin banyak lah update yang kau akan dapat. Tapi yang aku sakit hati. Facebook hari hari ada update baru =..=' apa yang deme update aku taktau. Annoying rasa, dan atas sebab tu penggunaan data aku untuk bulan ni agak heavy sikit.





Haa tak kisah lah. Asalkan aku puas hati. Mohon sesiapa bagitau kepada pihak Umobile, kasi lah aku sikit ganjaran. Aku rasa dah berbuih mulut aku puji betapa AWESOME nya Umobile hari ini. Hahaha. Okay feel free ya untuk komen macam mana ghupe baru blog aku ni.


Sekian. Adios.

Video Onz

Selasa, Mei 17, 2016


Assalamualaikum.


Woo lama tak update blog. Sepanjang praktikal ni, peluang nak buka laptop sangat tipis. Harapkan hari minggu. Tapi hari minggu lah masa nak spend dengan family, keluar dengan kawan kawan. Bila dah keluar apa semua. Baliknya memang penat ler jawabnya.




Aku dah lupa bila the exact date umobile sekali lagi buat kerja gila ni dan sekali lagi buat aku tersengih ala ala senyum kambing. HAHA. Haritu aku almost port out dari umobile dek kerana pelan celcom macam menarik. Tapi aku fikir balik yang aku ni suka stream video youtube. Masa tu umobile kasi free streaming dari pukul 2.00 am hingga 10.00 am. So tak jadi, and tiba tiba ada terbaca artikel yang umobile kini buat free streaming 24 jam. Aku terus WOW, WOW, and WOW. Apa lagi aku nak aku taktau. Data 15gb, Call unlimited ke semua rangkaian, Streaming video UNLIMITED jugak. bulan bulan bayar RM70++ (GST). Tu diaaa.





Video Onz unlimited ni hanya untuk pengguna yang menggunakan Plan Hero P70, i90 dan i30. Selain dari plan ni jangan kecewa sebab umobile turut menyediakan free 100% extra data untuk Video Onz ni jugak. So selama aku dapat menggunakan service percuma ni, memang aku balun and lenjan sampai pengsan. Habis semua Blind Audition The Voice aku tengok. Hahaha. Sekali cerita cerita kartun lama aku buka >..<


So korang apa tunggu lagi, tak rasa plan umobile ni paling berbaloi ke kalau nak dicomparekan dengan yang lain. Hehehe. Kbye.


Sekian. Adios.


Umobile buat kerja GILA!

Jumaat, April 01, 2016

Assalamualaikum.

Ya ya ya. Tajuk entry tu memang bukan sengaja aku cipta reka atau sama waktu dengan nya. Memang aku benar benar memaksudkannya ( I mean it). Hahahaha. Tapi, apa kerja GILA yang Umobile dah buat?


Dipendekkan cerita. Pertengahan bulan March haritu, kawan aku bertanyakan pasal pelan postpaid mana yang terbaik untuk dia pakai. Memandangkan aku guna Umobile P70, for sure lah aku akan promote apa yang aku pakai. Tak gitu? hahaha. Lepas explain sedalam mampu pasal Postpaid Umobile P70, selang berapa hari dia dah pon pakai pelan tu! Tahniah kawan, anda buat pilihan yang bijak. Hahaha.


Okay itu bukan kerja gila yang aku nak cerita. Ini baru kerja gila.


Seperti mana yang aku explain dekat dia. P70 akan bagi internet sebanyak 7GB/month. Tapi dalam hujung bulan March dia whatsapp aku. Bagitau kenapa baki internet dia ada dalam 12GB lagi sedangkan dia dah guna 3GB lebih. Aku masa tu tak tahu menahu langsung yang Umobile akan menjadi segila ini. Maka dengan muka tak malu aku cakap yang orang umobile salah key-in GB dekat dia. HAHAHAHA. and aku suruh dia call umobile bagi mengelakkan charge tambahan. Bila dia rasa jawapan aku kurang memberansangkan, maka dia tanya orang lain, and finally bila dia dapat jawapan maka dia share pada aku, and baru lah aku tau apa sebabnya.


So memandangkan harini 1st day bulan baru maka aku pon check quota internet aku. So nahh ini hasilnya. Senyum sampai ke telinga. :D




Tu diaaa promosi 15GB internet cuma dengan RM70. Promosi ni sampai bulan 6 je tau! Cepat sebat sebelum terlambat. Bukan senang senang nak dapat 8GB for free. Biar lah sampai bulan 6 je pon , siapa nak bagi kan? Untuk maklumat lanjut just in case kalau tak percaya, boleh BACA SINI. 


Sekian.

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED