Hafiz Zulkafly

Umobile buat kerja GILA!

Jumaat, April 01, 2016

Assalamualaikum.

Ya ya ya. Tajuk entry tu memang bukan sengaja aku cipta reka atau sama waktu dengan nya. Memang aku benar benar memaksudkannya ( I mean it). Hahahaha. Tapi, apa kerja GILA yang Umobile dah buat?


Dipendekkan cerita. Pertengahan bulan March haritu, kawan aku bertanyakan pasal pelan postpaid mana yang terbaik untuk dia pakai. Memandangkan aku guna Umobile P70, for sure lah aku akan promote apa yang aku pakai. Tak gitu? hahaha. Lepas explain sedalam mampu pasal Postpaid Umobile P70, selang berapa hari dia dah pon pakai pelan tu! Tahniah kawan, anda buat pilihan yang bijak. Hahaha.


Okay itu bukan kerja gila yang aku nak cerita. Ini baru kerja gila.


Seperti mana yang aku explain dekat dia. P70 akan bagi internet sebanyak 7GB/month. Tapi dalam hujung bulan March dia whatsapp aku. Bagitau kenapa baki internet dia ada dalam 12GB lagi sedangkan dia dah guna 3GB lebih. Aku masa tu tak tahu menahu langsung yang Umobile akan menjadi segila ini. Maka dengan muka tak malu aku cakap yang orang umobile salah key-in GB dekat dia. HAHAHAHA. and aku suruh dia call umobile bagi mengelakkan charge tambahan. Bila dia rasa jawapan aku kurang memberansangkan, maka dia tanya orang lain, and finally bila dia dapat jawapan maka dia share pada aku, and baru lah aku tau apa sebabnya.


So memandangkan harini 1st day bulan baru maka aku pon check quota internet aku. So nahh ini hasilnya. Senyum sampai ke telinga. :D




Tu diaaa promosi 15GB internet cuma dengan RM70. Promosi ni sampai bulan 6 je tau! Cepat sebat sebelum terlambat. Bukan senang senang nak dapat 8GB for free. Biar lah sampai bulan 6 je pon , siapa nak bagi kan? Untuk maklumat lanjut just in case kalau tak percaya, boleh BACA SINI. 


Sekian.

10 ulasan

  1. banyaknya.. sekarang saya guna broadband u mobile.. setakat sekarang ok laa, bolh guna untuk update blog dan kerja simple yang tak dapat siapkan kat opis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. broadband dia mahal tak?
      setakat ni tak pernah tau lagi pasal harga broadband dia.

      Padam
  2. wahh untungnyaaa. kenapalah digi tak buat macamnie haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa lah.
      strategik marketing setiap telco berbeza beza.
      hehe

      Padam
  3. untungnya.. 15GB siang dan malam or dia asingkan siang dan malam?

    BalasPadam
  4. banyak gilaaaaa ah, kalau tak habis balance nya tu boleh bawak ke bulan depan pulak tak?

    BalasPadam
  5. Tuan. Saya pun agak berminat dengan plan postpaid p70 ni. Tapi teragak2 nak subscribe sbb takut ada charge tambahan or tersembunyi. Bagaimana pengalaman bayaran bil bulanan tuan? Ada tak charge yang mengejutkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa first month saya kena charge dalam 90++ sebab saya tukar plan. so maybe charge penukaran plan and bil tertunggak sebelum sebelum. untuk bulan kedua and seterusnya so far tak pernah lebih dari RM80. so memang best lah pelan umobile ni.

      Padam

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED