Hafiz Zulkafly

Tutorial : Download Youtube Video Using TubeMate (Android)

Isnin, Oktober 28, 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni nak share satu tutorial macam mana nak download video direct terus dari smartphone anda. Kalau sebelum ni mungkin bagi mereka yang taktau (termasuk aku) akan download guna laptop dulu, kemudian convert and masukkan dalam phone. Now dah tau cara mudah untuk download direct dari phone terus so aku pon share this tutor. Mungkin ramai yang dah tau, tapi takpe, ini untuk mereka yang taktau. Ayuh follow gambar dibawah ;



Pergi ke setting dan cari Unknown sources . Make sure tick benda tu . Kalau tak tick , tak boleh install apps tubemate ni . Lain android version , lain tempat unknown sources ni . Biasa nya ada dekat Setting > Application.




Buka laman web tubemate.net dekat browser phone korang. Kemudian akan keluar sebijik macam aku punya ni cuma mungkin version berbeza sebab dorang selalu ade update baru . Pilih je mana mana link download yang ada , kemudian download and install .




Search video yang korang nak download dekat lambang kanta atas belah kanan tu , kemudian enter sahaja .




Selepas klik video yang korang nak , akan keluar button download dekat atas yang warna hijau . Biasanya button tu akan shaking gitu . So klik saja pada button tersebut .




Akan keluar popup sebegini . Pilih size yang korang nak , for the best quality aku suggest download 1280X720 , sebab gambar lawa , tapi tak semua phone support . Dah pilih size , tekan je download dalam kotak yang merah tu .




Then akan keluar lah download punya estimated time dekat notification korang . So apa yang korang kena buat sila tunggu sampai download korang selesai .




Siap dan play .


Mudah sahaja kan . Ha , ape tunggu lagi . Siapa guna android dan masih tak pernah cuba cara yang aku ajar ni boleh lah cuba sekarang . Mana mana yang tak faham boleh tanya je , inshaallah aku akan cuba tolong korang .


Sebarang kerosakan atau apa apa masalah lain yang terjadi kepada telefon pintar anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri . Jadi sila follow tutorial ini sebaik mungkin . Tiada sebarang paksaan untuk ikuti tutorial ini . Sekian disclaimer dari saya.

21 ulasan

  1. wow,,nice entry .. selama nie tak tau pun care nk install tubemate nie..thanks :)

    BalasPadam
  2. tapikan kalau dia ada "this type of file may harm your device" boleh ke kita teruskan?

    BalasPadam
  3. thank you..tutorial ini sgt membantu saya.. sblm ni tercari2 mcm mana nk buat..

    BalasPadam
  4. thank you..sgt membantu saya..sblm ni asyik tercari2 mcm mana nk buat

    BalasPadam
  5. Siap ada pesanan lg tu.huhu...takut dipersalahkan nampaknya..thanx alot....

    BalasPadam
  6. Kenapa sya punya tak boleh tgk spi habis...separuh je dh tak boleh tgk...sorry this video cannot played...padahal download completed..boleh tolong saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah cuba download semula? sebab tak pernah pulak jadi macam tu dekat saya. tapi kebiasaannya kalau macam tu sebab line terputus.

      Padam
  7. Knp sye nk pegi download kat link tu x dpt? Android tukan.? Sye x dpt nk download... Die kte fail... Pastu sye tekan link yg opera tu pon x dpt... Mcm mne nk buat. Sye nk download video... Waaaa!!! Tolong Apis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik, peliknya? awak kena cuba klik semua link yang dia bagi. kalau still tak boleh saya tak pasti kenapa. awak pakai data or wifi?

      Padam
  8. Satu persatu tubemate trbaik dan termudah hilang dlm android market,,,,

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..terima kasih hafiz..akhirnya pencarian selama ni terjawab..smoga Allah memberi rezeki yg luas bt hafiz, kerana memberi ilmu dgn iklas...amin..

    BalasPadam
  10. terima kasih hafiz..sy dah berjaya

    BalasPadam
  11. Alhamdullilah berjaya. Tp, kenapa saya punya vid ta de subtitle sedangkan saya download vid yg ade subtitle..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau subtitle pulak, bergantung pada player yang awak pakai. kalau macam saya dulu pakai note 2. so dia memang support subtitle.

      Padam

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED