Hari ni nak share satu tutorial macam mana nak download video direct terus dari smartphone anda. Kalau sebelum ni mungkin bagi mereka yang taktau (termasuk aku) akan download guna laptop dulu, kemudian convert and masukkan dalam phone. Now dah tau cara mudah untuk download direct dari phone terus so aku pon share this tutor. Mungkin ramai yang dah tau, tapi takpe, ini untuk mereka yang taktau. Ayuh follow gambar dibawah ;
Pergi ke setting dan cari Unknown sources . Make sure tick benda tu . Kalau tak tick , tak boleh install apps tubemate ni . Lain android version , lain tempat unknown sources ni . Biasa nya ada dekat Setting > Application.
Buka laman web tubemate.net dekat browser phone korang. Kemudian akan keluar sebijik macam aku punya ni cuma mungkin version berbeza sebab dorang selalu ade update baru . Pilih je mana mana link download yang ada , kemudian download and install .
Search video yang korang nak download dekat lambang kanta atas belah kanan tu , kemudian enter sahaja .
Selepas klik video yang korang nak , akan keluar button download dekat atas yang warna hijau . Biasanya button tu akan shaking gitu . So klik saja pada button tersebut .
Akan keluar popup sebegini . Pilih size yang korang nak , for the best quality aku suggest download 1280X720 , sebab gambar lawa , tapi tak semua phone support . Dah pilih size , tekan je download dalam kotak yang merah tu .
Then akan keluar lah download punya estimated time dekat notification korang . So apa yang korang kena buat sila tunggu sampai download korang selesai .
Siap dan play .
Mudah sahaja kan . Ha , ape tunggu lagi . Siapa guna android dan masih tak pernah cuba cara yang aku ajar ni boleh lah cuba sekarang . Mana mana yang tak faham boleh tanya je , inshaallah aku akan cuba tolong korang .
Sebarang kerosakan atau apa apa masalah lain yang terjadi kepada telefon pintar anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri . Jadi sila follow tutorial ini sebaik mungkin . Tiada sebarang paksaan untuk ikuti tutorial ini . Sekian disclaimer dari saya.