Hafiz Zulkafly

MEN FASHION MISTAKE THAT YOU SHOULD NEVER REPEAT

Rabu, April 27, 2016

Assalamualaikum.


Fashion is a fast changing trends which trends go in and out without us realizing it. Due to this some of us tend to make a few fashion mistakes along the way. We always focus on the fashion mistakes that women make (which are a lot) but how about men. Not only women, men also get trapped as a fashion victim as well. So what are the men fashion mistakes? If you have no idea, check them out below as these fashion mistakes should never be repeated.



1. Sandals + Socks

Men who wear socks with sandals are not a great combination. This trend looks extremely silly as it brings down your style. Some men do not realize that this is a no-no fashion mistake. If you do not to expose your toes, keep it classy and by the book by only wearing those socks with sneakers, leather shoes or loafers. Sandals are to be worn freely and comfortably with NO socks on.





2.   Wrinkled  clothing

Wrinkled clothing is always the obvious fashion mistake that anyone can make. Men who think that it is a ‘style’ should definitely think again. Why? Because wrinkled clothes just show that you are lazy and sloppy. Iron your shirt nicely and feel that extra boost of confidence everywhere you go. Ladies love watching smart looking men with a great sense of style.





3.    3. Stubborn stain

Stubborn stains are those stains you get on your clothes and very hard to get off even after a few washes. To some men, it does not matter as your garment is already clean and has no smell. Wrong as the stain will make others start noticing especially if you have a conversation with the. You may get away with it once or twice but if you do not want to get known as someone sloppy, you better avoid wearing those stubborn stain clothes.





Sekian.

Upcoming Event

Ahad, April 24, 2016

Assalamualaikum.

Kemaafan dipinta kerana lama tidak meng-update blog. Alhamdulillah ada rezeki online guna laptop adik aku. Laptop aku tengah nazak dekat ICU bawah katil. Mohon sama sama doa agar laptop dan tuan laptop diberi kesihatan yang cepat ya.


Haritu aku ada invite sorang admin instashop ni untuk berkolabrasi dengan blog aku untuk upcoming event. Alhamdulillah, cadangan and invitation aku disambut baik dia. Dan yang paling best, aku offer dekat satu instashop, tapi dua instashop yang sudi nak berkolabrasi dengan aku. Syukur alhamdulillah. Rezeki.


Apa dia upcoming event yang aku nak buat? InshaaAllah dalam awal bulan 5 atau pertengahan bulan 5 aku akan update dekat blog ni. Buat masa terdekat ni masih tak habis berbincang lagi. First time deal jarak jauh and kami cuma menggunakan media whatsapp sahaja. So agak payah sikit. This week kalau takde aral melintang, aku sendiri akan ke Terengganu untuk jumpa direct terus dengan owner instashop tersebut. Moga Allah permudahkan segalanya. Aminn.


By the way, doakan aku cepat sembuh and doakan laptop aku pon cepat baik. Rindu dekat laptop sendiri TT______TT

Tambah Jangka Hayat Bateri Dengan WALLPAPER HITAM

Ahad, April 10, 2016

Assalamualaikum.


I bet tak ramai yang tahu paparan skrin dekat phone yang paling banyak menggunakan kuasa bateri. Tapi tahukan anda, pemilihan wallpaper sedikit sebanyak mempengaruhi ketahanan bateri korang? Skrin gelap terutamanya yang berwarna HITAM mampu memberikan smartphone korang bertahan lebih lama berbanding dengan wallpaper biasa. Sebelum tu jom kita kenal jenis skrin yang paling banyak digunakan oleh mana mana syarikat pengeluar smartphone.


LCD bermaksud Liquid Crystal Display dan teknologi ini banyak digunakan pada alat elektronik seperti TV dan Monitor. LCD menggunakan medium crystal yang menerima pancaran cahaya dari sumber yang berada di belakangnya, crystal tersebut hanya bertindak sebagai medium pancaran cahaya.  Ini bermakna apabila anda melihat paparan berwarna hitam, cahaya dari sumber masih dipancarkan lantas menyebabkan teknologi ini menelan kuasa yang banyak kerana semua pixel dikuasakan apabila skrin aktif. Antara model smartphone terbaru yang menggunakan teknologi LCD adalah iphone 6, Xperia Z5 dan HTC M9s.


AMOLED bermaksud Active-Matrix Organic Light-Emitting Diode dan ia juga digunakan pada kebanyakan smartphone dan TV terbaru. Samsung merupakan salah satu pengeluar yang terkenal dengan teknologi paparan ini. AMOLED menggunakan bahan organic yang akan menghasilkan cahaya apabila terdapat arus yang mengalir pada setiap sel, tekonologi ini juga dikenali dengan nama electroluminescence. Ianya lebih tenaga kerana warna hitam terhasil dengan memutus kuasa yang diterima pada paparan dan sekaligus menghasilkan warna hitam yang lebih jitu. Model smartphone terbaru yang hadir dengan skrin AMOLED terdiri daripada Samsung S6, Nexus 6P, Blackberry Priv dan Microsoft Lumia 950XL. 


Berdasarkan penjelasan diatas korang dah boleh mengenalpasti jenis paparan manakah yang lebih mesra tenaga. AMOLED adalah jauh lebih efektif dalam pengurusan tenaga dan apa yang lebih baik adalah terdapat tips dan cara untuk korang memanjangkan lagi jangka hayat kuasa bateri. Tip yang bakal dikongsikan hanya berkesan pada paparan AMOLED sahaja.



1. Wallpaper Hitam atau Gelap

Oleh kerana AMOLED mematikan arus kuasa pada paparan berwarna hitam, anda akan mendapat lebih jangka hayat bateri sekiranya anda menggunakan wallpaper hitam ataupon bertemakan gelap pada paparan smartphone korang. Terdapat satu eksperimen yang dijalankan XDA Developer dimana mereka mendapati anda mampu menjimatkan sebanyak 8% kuasa bateri dalam masa sejam penggunaan yang aktif. Terdapat juga satu eksperimen yang mencapai kadar penjimatan kuasa hingga 18%.


2. Tema Gelap

Kebanyakkan pengeluaran smartphone memberikan pilihan tema gelap didalam ruangan tetapan smartphone. Aktifkan fungsi ini jika korang nak kan kuasa bateri yang lebih lama. Jika smartphone korang tidak mempunyai pilihan tema gelap, korang boleh download aplikasi launcher dan menggunakan pelbagai tema yang terdapat didalam Play Store dengan melalukan carian menggunakan keyword "Dark Theme". Adalah disyorkan korang memuat turun NOVA Launcher dan Radioactive Dark Themes.


3. Pendekkan masa screen aktif.

Pergi ke setting dan pendekkan masa skrin anda aktif bila tidak digunakan, ini secara tidak langsung akan menjimatkan penggunaan kuasa secara drastik. Setting > Display > Sleep dan pilih 15 seconds.


4. Bukti

Terdapat pelbagai eksperimen yang boleh dijalankan untuk mengenal pasti impak paparan gelap terhadap penggunaan kuasa bateri. Gambar dibawah hasil eksperimen penggunaan bateri oleh salah seorang peserta forum reddit, anda dapat lihat dengan jelas bahawa paparan warna hitam atau gelap mampu memberikan impak yang besar terhadap penjimatan kuasa bateri. Warna hitam pada paparan AMOLED adalah 41% lebih jimat kuasa berbanding paparan warna warni, jadi bila korang seorang yang kerap menggunakan smartphone dan inginkan kuasa bateri yang lebih lama, adalah disarankan anda mencuba tips yang telah dikongsikan.






Perkongsian kali ni aku kongsi lepas baca dari majalah E-Ring keluaran Februari edisi 130. Penggunaan bahasa agak sedikit skema. Tapi who cares? HAHA. Yang penting aku cuma nak kongsi tips yang mungkin berguna pada korang semua.


Sekian.

Tutorial : Download Video Di Facebook Guna Smartphone

Isnin, April 04, 2016

Assalamualaikum.

Dalam entry sebelum ni. Aku ada ajar macam mana nak download video dekat facebook guna PC korang kan? So kali ni aku nak ajar download video di facebook menggunakan smartphone korang.


1. Buka Play Store dan cari app "MYVideo Downloader for Facebook". Jumpa sila install.




2. Dah siap install boleh buka app tersebut dan login seperti biasa.




3. Selesai sesi login. Cari video yang korang nak download. Kemudian klik pada video tersebut dan klik button download.




4. Korang boleh check progress download. Bila dah settle dia akan masuk ke downloaded.




5. Untuk pengetahuan korang. Korang jugak boleh download video yang korang dah like, video yang korang dah share or saved and etc. Dengan cara swipe app tersebut dari kiri ke kanan untuk ke menu, dan klik pada my video.






6. Semua video yang korang dah download tadi akan dia save dalam gallery korang atau album atau video atau sama waktu dengannya.


Settle dan selamat menonton.


Sekian.

Tutorial : Muat Turun Video Di Facebook Menggunakan PC.

Ahad, April 03, 2016

Assalamualaikum.


Cara mudah download video di facebook menggunakan PC anda. Cara ni tak memerlukan korang untuk download apa apa software tambahan. Mungkin ada orang dah tahu cara ni atau mungkin ada orang punya cara lain. Aku sendiri baru belajar method ni and terus nak kongsi dengan korang.


1. Log in Facebook. 

2. Cari video yang korang nak download.

3. Right click pada video yang ingin didownload. Kemudian pilih show video URL




4. Copy video URL yang telah dipaparkan atas video tersebut.




5. Tukar kan yang dihighlight merah itu dari www ke m sahaja. Macam gambar rajah dibawah.



TO



6. Hit enter. Kemudian anda right click pada video tersebut dan anda akan lihat option Save Video as. Rename file and save!





Semudah kicap ABC kan? Mohon klik pada gambar untuk proses tumbesaran. Haa apa lagi. Sila lah download segala video facebook yang selama ni korang nak download sebanyak yang korang nak. Hehehe. Later aku akan update macam mana nak download video difacebook guna smartphone pulak ye.


Sekian.

Umobile buat kerja GILA!

Jumaat, April 01, 2016

Assalamualaikum.

Ya ya ya. Tajuk entry tu memang bukan sengaja aku cipta reka atau sama waktu dengan nya. Memang aku benar benar memaksudkannya ( I mean it). Hahahaha. Tapi, apa kerja GILA yang Umobile dah buat?


Dipendekkan cerita. Pertengahan bulan March haritu, kawan aku bertanyakan pasal pelan postpaid mana yang terbaik untuk dia pakai. Memandangkan aku guna Umobile P70, for sure lah aku akan promote apa yang aku pakai. Tak gitu? hahaha. Lepas explain sedalam mampu pasal Postpaid Umobile P70, selang berapa hari dia dah pon pakai pelan tu! Tahniah kawan, anda buat pilihan yang bijak. Hahaha.


Okay itu bukan kerja gila yang aku nak cerita. Ini baru kerja gila.


Seperti mana yang aku explain dekat dia. P70 akan bagi internet sebanyak 7GB/month. Tapi dalam hujung bulan March dia whatsapp aku. Bagitau kenapa baki internet dia ada dalam 12GB lagi sedangkan dia dah guna 3GB lebih. Aku masa tu tak tahu menahu langsung yang Umobile akan menjadi segila ini. Maka dengan muka tak malu aku cakap yang orang umobile salah key-in GB dekat dia. HAHAHAHA. and aku suruh dia call umobile bagi mengelakkan charge tambahan. Bila dia rasa jawapan aku kurang memberansangkan, maka dia tanya orang lain, and finally bila dia dapat jawapan maka dia share pada aku, and baru lah aku tau apa sebabnya.


So memandangkan harini 1st day bulan baru maka aku pon check quota internet aku. So nahh ini hasilnya. Senyum sampai ke telinga. :D




Tu diaaa promosi 15GB internet cuma dengan RM70. Promosi ni sampai bulan 6 je tau! Cepat sebat sebelum terlambat. Bukan senang senang nak dapat 8GB for free. Biar lah sampai bulan 6 je pon , siapa nak bagi kan? Untuk maklumat lanjut just in case kalau tak percaya, boleh BACA SINI. 


Sekian.

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED