Assalamualaikum
Hey , lama dah tak update tutor . hari ni update gak . okay , apis malas nak intro panjang panjang sebab apis jangka yang tutor ni akan panjang sebab banyak gambar . sebelum mula , terima kasih banyak banyak dekat
Qay sebab ajar apis . die expert buat benda ni , apis belajar dari die la . tak paham tutor apis , korang boleh refer tutor die ^^ . okay mula ~ haha . ni apis ajar buat gif dari video .
1. Korang mesti ada
Video to JPG Converter . mana nak dapat ?
SINI .
2. Drag je video yang korang nak dalam software tu , lepas tu
Extract .
3. Okay bukak sekarang PS korang . Then follow gambar gambar dekat bawah ni .
A. copy gambar dalam PS macam yang apis tunjuk ni . copy satu je dulu .
B. okay , lepas dah copy , make sure korang punya jadi macam apis punya .
C. kemudian korang masukkan gambar kedua guna cara A tadi . lepas tu die akan jadi macam gambar atas ni . then korang klik tanda yang apis kotakkan tu . so garis garis tadi akan hilang . okay , then tarik satu satu gambar yang korang nak ke dalam PS . pasti kan masa korang masukkan die jadi macam atas ni , lepas tu click tanda yang apis kotakkan tu , garis garis tu akan hilang . begitu la korang ulang sampai gambar terakhir yang korang nak , masuk dalam PS . kiranya korang tindih gambar gambar tuh semua .
D. lepas dah masuk , dah tanda . korang tengok PS korang akan jadi sebijik macam apis punya . kalau sebijik , maknanya betul la cara korang buat tadi .
E. kemudian pergi dekat window , klik pada Animation .
F. korang punya PS akan keluar macam ni .
G. okay yang ni nak set speed gif kita . apis suggest pilih 0.2 second , sebab tak terlalu laju . tapi korang boleh pilih ikut citarasa korang sendiri .
H. okay , sekarang tengok pada layer korang . nampak tak mata mata tu ? korang klik mata mata tu semua bagi hilang .
I. bile dah klik mata tu semua . die jadi macam ni . tinggal 1 je mata yang ada .
J. korang klik no 1 yang apis tunjuk dalam gambar tuh . kemudian klik pulak no 2 .
K. so die jadi macam ni . step J tuh namanya , add frame . frame korang dekat ruang animation dekat bawah tu pon dah bertambah . so korang ulang step J sampai semua gambar yang korang nak tu dah ade dekat frame bahagian animation and dah bermata semula . hehe
L. so jadi macam ni . pastikan korang pon jadi sama macam apis punya .
M. nampak tak button Play dekat animation tu ? cube korang tekan play . tengok jadi tak ? kalau jadi . tahniah , korang dah berjaya ! sekarang tinggal nak save je . kalau yang tak jadi tu , korang cube ulang semula .
N. nak save pulak bukan boleh save macam biase . pergi dekat File > Save for Web & Devices .
O. die akan keluar macam ni . dekat sini korang boleh resize gif korang . lepas dah resize , ape lagi . save la ^^ and inilah hasilnya :
okay , jadi tak ? kalau jadi , komen lah bagitau hehe . kalau tak jadi atau tak paham , jangan malu malu nak tanya , apis sedia membantu . kalau korang tak paham tutor apis yang ini , korang boleh rujuk qay punya tutor dekat
SINI . sebab apis pon belajar dari die . hehe . adios o/
nak re-tutor ? boleh . tapi minta kebenaran dulu and link kan ke apis okay . make sure creditkan apis .
*macam mana nak letak copyright dalam gif ? ----->
SINI