Assalamualaikum.
Haritu masa on the first week aku internship. Aku berkesempatan solat jumaat dekat masjid sg.choh. Disebabkan masjid yang tak terlalu besar and padat dengan penduduk sebelum dapat solat tu aku terpaksa mendengar khutbah sambil berdiri. Tengah mata ni meliar meliar. Terpandang notice board masjid yang penuh dengan ilmu ilmu and pesanan serta tazkirah pendek. Tapi dalam banyak banyak tu Aku suka yang satu ni and aku nak kongsi sama untuk semua blogger dekat luar sana.
Nasihat Saidina Umar Al-Khatab
"Untuk Menjadi Orang Yang Mulia."
Meninggalkan ucapan yang lara/perkara yang sia sia. lebih baik berdiam diri. (Insya Allah akan diberi ilmu hikmah/ilmu laduni iaitu ilmu terus dari Allah, Allah akan pimpin kita kejalan yang benar.)
Meninggalkan penglihatan yang tidak perlu/pandangan yang haram. (Insya Allah akan diberi kekhusyukan dalam solat)
Meninggalkan makan berlebihan. (Insya Allah akan diberi kenikmatan dalam beribadah)
Meninggalkan ketawa yang banyak. (Insya Allah Allah akan beri kita kewibawaan/kita akan dihirmati.)
Meninggalkan hiburan. (Insya Allah Allah akan beri kehormatan)
Meninggalkan kecintaan dunia. (Insya Allah akan diberi kecintaan akhirat)
Meninggalkan menceritakan keaiban orang lain. (Insya Allah, Allah akan perbaiki aib kita)
Ha itu lah antara nasihat daripada Saidina Umar Al-Khatab yang aku sempat salin masa singgah masjid dekat sg.choh haritu. Ringkas, Padat dan Penuh Makna. So harini aku kongsi sama untuk semua blogger luar sana. Mana ada salah tu mohon tegur ye.
Sekian.
TQ Hafiz atas ingatan dan perkongsian. Nampak semua mudah2 tapi yang tu juga selalu kita semua buat. :(
BalasPadamnice apis (y) sama sama mengingatkan sbb kita sering terlupa. :')
BalasPadamnice one. thanks a lot for reminder. manusia nie mudah lupa :')
BalasPadamit has been a while tak singgah sini. such a nice reminder. thank you :)
BalasPadamnice reminder bang.... tq.. :')
BalasPadamsinggah + follow sini.. ^^
jemput join segmen shawal.. :)
http://www.mohdnoorshawals.com/2016/03/SegmenBlogwalkingBloglist3.html