Hafiz Zulkafly

Sayang Zalora

Khamis, November 12, 2015


Assalamualaikum.

Zalora. Siapa yang tak kenal zalora? Aku jamin lebih ramai yang tau daripada taktau. Gedung online fashion terkenal tu siapa yang taktau. Kalau taktau boleh terjah laman web zalora. Apa yang aku suka dengan zalora ni.

1. Banyak pilihan barangan.
2. Range harga yang affordable.
3. Service penghantaran yang tiptop.
4. Pemulangan semula (jika salah size, barang rosak and etc.)


Alhamdulillah untuk kali pertama, kedua dan ketiga aku dapat voucher bernilai RM100 (total RM300) daripada zalora. Murah rezeki blog ni. Aku harap zalora pon lebih kerap ajak aku collaborating dengan diorang. Hehehe. Semalam barang yang aku beli guna voucher tu sampai. Memang kebetulan nak cari seluar duit pulak takde. So guna that voucher beli seluar untuk dipakai masa intern nanti. Masa nak cuba tu agak risau takut besar sangat or kecik sangat. Tapi alhamdulillah muat muat. So korang tak perlu risau kalau nak beli baju atau seluar atau kasut dekat zalora sebab diorang dah sediakan ukuran sekali dan paling penting korang akan dapat refund kalau salah size atau barang tak elok.













Haa nampak tak siap ada security sealed lagi untuk make sure barang korang terjaga. Dalam tu punya protection jangan cakap memang bagus. Aku lupa nak amek gambar sebab belum sempat aku nak amek gambar semua ;




Dia dah amek kotak tu jadi rumah dia. And bubble plastik and plastik plastik lain lagi dua ekor sebat. Takleh buat apa. Hahaha. Terima kasih zalora. Lain kali sila bagi. For those yang tak pernah shopping dekat zalora sebab ragu ragu ke apa sila pergi shopping sekarang. In Shaa Allah service bagus and quality barang terjamin. :DD


Sekian.

Finally Banner Sendiri.

Rabu, November 11, 2015


Assalamualaikum.

Haritu ada sekali aku berbunyi dekat entry blog yang sebelum sebelum ni pasal aku nak banner untuk blog aku tapi aku tak reti nak buat. So aku tanya ada yang sudi ke tak nak buat untuk aku. Tapi malang nasib aku sebab no one yang willing nak buat untuk aku. Baru nak belanja cikedis untuk siapa yang buatkan. Hahaha.


Memandangkan aku bukan someone yang terlalu cerewet sebab aku lebih fikir pasal effort and usaha yang cuba orang tu buat so memang aku tak kisah siapa siapa tolong buatkan. At least hasil kerja dorang jauh lebih baik dari aku punya kan? Jadi mengapa perlu complain lelebih. Nak itu ini buat sendiri. Maka dengan muka tak malu favicon aku minta Nana buatkan, untuk banner kali ni aku ingat nak suruh dia buatkan juga. Tapi cukup lah sekali aku susahkan dia.


Terima kasih nana untuk favicon ni :D


Ajan. At first dia refuse untuk buat banner untuk aku. Tapi aku cakap aku suka idea dia. Sebab dah pernah collaborate dengan dia masa buat GA bersama dia. Banner banner yang dia buat semua kreatif. I like the way she think to design something. Pendek kata, taste design dia selalu kena dengan aku. And untuk banner GA haritu dia cuma buat guna phone ok, guna phone sahaja. Aku rasa LOSER gila. Nahh tak caya tengok sini ;




Amacam, nice kan? hahaha. Aku suka benda yang simple and tak serabut. So same goes to her. (i guess). Lepas beberapa hari. Maka siaplah banner dia buat. Bukan satu dua. Tapi ada dalam 5 yang dia buat sampai aku taktau nak pilih yang mana. Tapi nak taknak malam ni aku kena decide and finally aku pilih yang ini ;



Tadaaa. Aku dah edit and tambah color sikit. So kalau korang rasa buruk tu memang salah aku. Hahaha. So lepas ni aku rasa macam nak tambah page baru. Nak buat banner exchange pulak. Ada yang sudi nak exchange banner dengan aku tak? HAHAHAHA.

Entry ni aku update memang khas untuk promote si AJAN (http://hafzhanrauf.blogspot.my/) ni tanda terima kasih. Ha apa kata korang serbu blog dia. Pi bodek dia untuk buat banner blog korang pulak. Mana tau dia baik hati nak tolong buatkan ke ><

Bye.

Android 6.0 Marshmallow

Ahad, November 08, 2015


Assalamualaikum.




Versi terbaru android dikenali sebagai Android M ataupun Android 6.0 Marshmallow telahpun didedahkan umum oleh pihak google pada bulan mei yang lepas. Dua devices pertama yang running dengan android terbaru ni tak lain tak bukan mesti lah devices dari pihak google iaitu Google Nexus 5X dan jugak Google Nexus 6P. Untuk dua model nexus terbaru ni google telah bekerjasama dengan LG dan juga pertama kali bersama Huawei.


Mesti ramai yang tertanya tanya model phone korang support tak update 6.0 Marshmallow ni? Bawah ni aku sediakan list mengikut brand model model yang buat masa sekarang ni confirm akan terima update android terbaru ni. Model model lain mungkin akan terima mungkin tidak. So nahh :


Samsung

  • Note 5
  • Note 4
  • Note 4 Duos
  • Note Edge
  • Galaxy S6 Edge+
  • Galaxy S6
  • Galaxy S6 Duos
  • Galaxy S6 Edge
  • Galaxy S5
  • Galaxy Alpha
  • Galaxy A8
  • Galaxy A7
  • Galaxy Tab A



HTC

  • One M9
  • One M9+
  • One M8
  • One M8 EYE
  • One E9
  • One E9+
  • One E8
  • One ME
  • Butterfly 3
  • Desire 826
  • Desire 820
  • Desire 816



Motorola

  • Moto X Pure 2015
  • Moto X Style 2015
  • Moto X Play 2015
  • Moto G 3rd Gen
  • Moto X Pure 2014
  • Moto G LTE 2nd Gen
  • Moto MAXX 2014
  • Moto Turbo 2014



Sony

  • Xperia Z5
  • Xperia Z5 Compact
  • Xperia Z5 Premium
  • Xperia Z4 Tablet
  • Xperia Z3+
  • Xperia Z3v
  • Xperia Z3 Compact
  • Xperia Z3 Tablet Compact
  • Xperia Z3
  • Xperia Z2 (Yeay my phone on the list :DD)
  • Xperia Z2 Tablet
  • Xperia Z Ultra GPE
  • Xperia M5
  • Xperia M4 Aqua
  • Xperia C5 Ultra
  • Xperia C4



LG

  • G4
  • G3
  • Flex 2



Asus

  • Zenfone 2
  • Zenfone 2 Deluxe
  • Zenfone 2 Laser
  • Zenfone Selfie



Xiaomi

  • Mi4
  • Mi 4i
  • Mi Note
  • Mi Note Pro
  • Redmi Note 2
  • Redmi 2
  • Redmi 2 Prime



Huawei

  • P8
  • Mate S
  • Ascend Mate7
  • P8max
  • Ascend G7
  • G7 Plus
  • G8
  • Honor 7
  • Honor 7i
  • Honor 6 Plus
  • Honor 6
  • MediaPad X2
  • Honor 4X 
  • Honor 4C


Lenovo

  • K3 Note
  • ZUK Z1
  • Vibe Shot



So far baru banyak ni yang confirm. Bila akan dapat bergantung kepada syarikat pengeluar smartphone korang nak hantar update tersebut. So selamat meng-update bagi mereka yang phonenya ada dalam list XD


Bye.

Segmen Kembara Misteri Burung Hantu

Sabtu, November 07, 2015


Assalamualaikum.




Segmen simple. Tak banyak syarat dan mudah untuk diikuti. Kepada yang berminat boleh klik banner diatas untuk join. Segmen berlangsung selama 7 hari starting from 6/11 till 13/11. Pemenang akan diumum pada 15/11 so stay alert. Buat reminder dekat phone ye. Takut miss nanti. Jom pakat ajak ramai ramai join. Mana tahu rezeki menang hadiah misteri kan kan? Selamat bersegmen semua :D


Bye

"Izzat Azhar buat Review Blog"


Assalamualaikum.




Bismillahirahmannirahim. Lama dah rasa tak join mana mana contest or giveaway. Tuan blog invited me personally through cbox. At first rasa macam nak join tapi tak jadi sebab aku tak reti nak promote blog aku. Hahaha. Harini buka tengok syarat tu dah dilupuskan, maka dengan itu aku join. Hahaha. For those yang nak join, boleh klik banner dekat atas dengan kadar segera sebab contest tamat harini! All the best semua.


Bye.

Tips Fesyen Lelaki

Selasa, November 03, 2015


Assalamualaikum.

Being old is not a bad thing. Dan jangan risau kerana umur bagi lingkungan 30-an masih belum jatuh dalam kategori tua. Lelaki dalam lingkungan 30-an adalah kategori lelaki dewasa yang lebih matang dan mempunyai perwatakan yang serious berbanding ketika mereka berumur dalam lingkungan 20-an. Oleh kerana itu, citarasa berfesyen jugak sedikit berubah dan golongan lelaki dalam lingkungan umur ini harus lebih berhati-hati dalam mengenakan fesyen yang bersesuaian. Berikut merupakan beberapa tips fesyen lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an;


1. Jangan pakai grafik t-shirt

T-shirt grafik or graphic tees sememangya ‘cool’ dipakai jika anda berumur awal 20-an atau terutama sekali golongan pelajar kolej. Namun untuk lelaki yang berumur 30-an dan ke atas, pemakain fraphic tees akan membuatkan anda kelihatan tidak matang. Pakai koleksi t-shirt yang tidak bercorak seperti berikut sebagai pakaian kasual anda. Atau jika anda ingin memakai t-shirt yang bercorak, pilih corak yang solid seperti jalur atau petak.



2. Straight cut jeans

Anda juga harus tahu bahawa pada peringkat ini, pemakaian skinny jeans adalah tidak bersesuaian lagi. Juga elakkan daripada memakai jeans yang terlalu fancy. Cukup dengan pemakaian straight cut jeans seperti berikut untuk penampilan yang menarik dan ringkas.


3. Consider Khakis

Selain jeans, anda juga boleh memadankan t-shirt polo anda dengan padanan seluar khakis. Seluar khakis ini sesuai dipakai sebagai pakaian kasual atau pakaian formal ke pejabat.



4. Pakai kasut yang sesuai

Dan seterusnya adalah ucapkan selamat tinggal kepada koleksi sneakers anda. Pakai koleksi kasut yang bersesuaian imej anda seperti koleksi kasut loafers, brogues atau boat shoes.




Sekian sahaja antara tips tips fesyen lelaki yang lingkungan umur 30-an. Ha apa tunggu lagi, bagi yang tercari cari pakaian yang sesuai boleh serbu dekat zalora ye sebab dekat zalora macam macam fesyen ada :D


Bye.
© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED