Tambah Jangka Hayat Bateri Dengan WALLPAPER HITAM

Sunday, April 10, 2016

Assalamualaikum.


I bet tak ramai yang tahu paparan skrin dekat phone yang paling banyak menggunakan kuasa bateri. Tapi tahukan anda, pemilihan wallpaper sedikit sebanyak mempengaruhi ketahanan bateri korang? Skrin gelap terutamanya yang berwarna HITAM mampu memberikan smartphone korang bertahan lebih lama berbanding dengan wallpaper biasa. Sebelum tu jom kita kenal jenis skrin yang paling banyak digunakan oleh mana mana syarikat pengeluar smartphone.


LCD bermaksud Liquid Crystal Display dan teknologi ini banyak digunakan pada alat elektronik seperti TV dan Monitor. LCD menggunakan medium crystal yang menerima pancaran cahaya dari sumber yang berada di belakangnya, crystal tersebut hanya bertindak sebagai medium pancaran cahaya.  Ini bermakna apabila anda melihat paparan berwarna hitam, cahaya dari sumber masih dipancarkan lantas menyebabkan teknologi ini menelan kuasa yang banyak kerana semua pixel dikuasakan apabila skrin aktif. Antara model smartphone terbaru yang menggunakan teknologi LCD adalah iphone 6, Xperia Z5 dan HTC M9s.


AMOLED bermaksud Active-Matrix Organic Light-Emitting Diode dan ia juga digunakan pada kebanyakan smartphone dan TV terbaru. Samsung merupakan salah satu pengeluar yang terkenal dengan teknologi paparan ini. AMOLED menggunakan bahan organic yang akan menghasilkan cahaya apabila terdapat arus yang mengalir pada setiap sel, tekonologi ini juga dikenali dengan nama electroluminescence. Ianya lebih tenaga kerana warna hitam terhasil dengan memutus kuasa yang diterima pada paparan dan sekaligus menghasilkan warna hitam yang lebih jitu. Model smartphone terbaru yang hadir dengan skrin AMOLED terdiri daripada Samsung S6, Nexus 6P, Blackberry Priv dan Microsoft Lumia 950XL. 


Berdasarkan penjelasan diatas korang dah boleh mengenalpasti jenis paparan manakah yang lebih mesra tenaga. AMOLED adalah jauh lebih efektif dalam pengurusan tenaga dan apa yang lebih baik adalah terdapat tips dan cara untuk korang memanjangkan lagi jangka hayat kuasa bateri. Tip yang bakal dikongsikan hanya berkesan pada paparan AMOLED sahaja.



1. Wallpaper Hitam atau Gelap

Oleh kerana AMOLED mematikan arus kuasa pada paparan berwarna hitam, anda akan mendapat lebih jangka hayat bateri sekiranya anda menggunakan wallpaper hitam ataupon bertemakan gelap pada paparan smartphone korang. Terdapat satu eksperimen yang dijalankan XDA Developer dimana mereka mendapati anda mampu menjimatkan sebanyak 8% kuasa bateri dalam masa sejam penggunaan yang aktif. Terdapat juga satu eksperimen yang mencapai kadar penjimatan kuasa hingga 18%.


2. Tema Gelap

Kebanyakkan pengeluaran smartphone memberikan pilihan tema gelap didalam ruangan tetapan smartphone. Aktifkan fungsi ini jika korang nak kan kuasa bateri yang lebih lama. Jika smartphone korang tidak mempunyai pilihan tema gelap, korang boleh download aplikasi launcher dan menggunakan pelbagai tema yang terdapat didalam Play Store dengan melalukan carian menggunakan keyword "Dark Theme". Adalah disyorkan korang memuat turun NOVA Launcher dan Radioactive Dark Themes.


3. Pendekkan masa screen aktif.

Pergi ke setting dan pendekkan masa skrin anda aktif bila tidak digunakan, ini secara tidak langsung akan menjimatkan penggunaan kuasa secara drastik. Setting > Display > Sleep dan pilih 15 seconds.


4. Bukti

Terdapat pelbagai eksperimen yang boleh dijalankan untuk mengenal pasti impak paparan gelap terhadap penggunaan kuasa bateri. Gambar dibawah hasil eksperimen penggunaan bateri oleh salah seorang peserta forum reddit, anda dapat lihat dengan jelas bahawa paparan warna hitam atau gelap mampu memberikan impak yang besar terhadap penjimatan kuasa bateri. Warna hitam pada paparan AMOLED adalah 41% lebih jimat kuasa berbanding paparan warna warni, jadi bila korang seorang yang kerap menggunakan smartphone dan inginkan kuasa bateri yang lebih lama, adalah disarankan anda mencuba tips yang telah dikongsikan.






Perkongsian kali ni aku kongsi lepas baca dari majalah E-Ring keluaran Februari edisi 130. Penggunaan bahasa agak sedikit skema. Tapi who cares? HAHA. Yang penting aku cuma nak kongsi tips yang mungkin berguna pada korang semua.


Sekian.

5 comments:

  1. saya lah tu salah seorang pengguna dark theme. Taksuka sangat guna light theme sebab sakit mata terutamanya bila main phone dlm gelap XD

    ReplyDelete
  2. BV pun suka guna wallpaper n theme yg gelap2. selalunya hitam lah. :D

    ReplyDelete
  3. eh baru je baca haritu, tp yg ni mmg menyeluruh punya pemahaman! tq ^^

    ReplyDelete
  4. sy slalu pki tips no 3 tu..lepas tu setting skli offkn wireless @ data bila screen off lebih 3 minit..

    ReplyDelete

Template Designer. Full Edit by Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.