Throwback Smartphone.

Thursday, August 13, 2015


Assalamualaikum.

Harini, aku rasa macam nak buat sesi throwback semula semua smartphone aku yang pernah aku guna since first time membuat keputusan untuk menjadi one of the smartphone user pada penghujung tahun 2011. Hahaha mohon jangan terkejut bila aku listkan kesemua smartphone aku pernah guna dari tahun 2011 hingga 2015. Aku takkan nyatakan tempoh penggunaan sebab aku sendiri tak ingat sebab ada yang pakai tak sampai sebulan dah tukar ;D


1. Samsung Galaxy Mini 2


Phone ni sampai sekarang masih sihat wal-afiat. Performance masih tak mengecewakan.


2. Blackberry Bold 9700


Masa zaman ni. Ramai sangat yang dok ber-bbm. Sana sini minta pin. So aku pon apa lagi. Terus cari model BB yang aku rasa nampak compact and yang ni paling kena dengan budget aku masa tu yang tak besar. Hahaha.


3. Blackberry Curve 9380


Antara model BB yang paling aku suka sebab tak besar. Camera lawa. Performance battery okay and smooth tak mudah hang.


4. Samsung Galaxy Wonder



Haruk nak main insta sampai sanggup tukar BB dengan kawan. Lepas tu nyesal tak sudah sebab rasa phone macam kena downgrade. Hahaha


5. Alcatel One Touch Magic



Phone ni beli sebab main main beli ==' Alasan boleh terima pakai tak?


6.  Sony Xperia M


Antara model yang agak lama aku pakai. Tapi still tak cecah setahun ;DD


7. Motorola Moto G


Hahaha tak ramai yang tau pasal kehebatan smartphone keluaran motorola ni. Sanggup aku turun ke Lowyat semata mata nak cari model ni sebab dekat lowyat ada Brightstar center. Sekali dapat memang puas hati (Y)


8. Samsung Galaxy Grand 2


Beli sebab warna gold. Lepas tu tak sampai sebulan JUAL. HAHAHA


9. Samsung Galaxy Note 2


Huaaa rindu dekat note 2 ni. Sebab warna ni lawa gila kot masa tu. Tapi sebab nak merasa pakai product dari Apple pulak. So jual lagi.


10. Apple iPhone 5



Okay. Hanya satu sebab kenapa aku pakai iphone hanya sementara. Sebab ketahanan battery yang tak tahan lama. Aku kaki game. Kaki dengar lagu. Kaki surfing internet. Kadang sehari sampai 5 kali charge. So aku decide nak cari device baru yang battery tahan lama.


11. Sony Xperia M4 Aqua




Last but not least. Battery superb. Camera awesome dan paling penting, WATERPROOF. Design seakan akan Z3. Nak beli Z3 memang tak lepas budget. So beli model alternative Z3. So far takde plan nak tukar phone lagi. Cuma lately ni rasa macam Oppo menggoda pulak. Haha.


Ha, korang punya macam mana? Kalau rajin boleh lah update entry macam ni, lepas tu jangan lupa share dekat aku. Hahaha nak buat macam mana. Aku memang jenis mudah bosan dengan gadget. So memang kerap kali tukar. Oh yaa, nanti aku share beberapa tips yang aku rasa korang patut tahu before nak beli smartphone. Tapi that tips aku tak ciplak dari mana mana sebab aku buat research aku sendiri. Hahaha.


Sekian.


17 comments:

  1. Lebih kurang jugak ya pe'el kita ni. Tapi fara tukar2 phone sbb fara jenis lasak la. Phone asyik rosak je, masuk air lah, jatuh lah. Apa2 pon phone lates Apis mmg nampak cun sgt. Tak pernah pakai Sony pon... heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha apis semua phone still elok. Cuma gatal tukar tukar hahaha

      Delete
  2. byknya phone. =..=' apa jd kat sebelum2 tu, jual o bagi adk beradik o hilang o rosak dan buang o? o?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang masih ada pada aku cuma 3 je dari yang atas. Lain semua dah jual.

      Delete
  3. wahhh, serius banyak. BV cuma pernah tukar phone 4 kali. 3 kali tu, zaman tak canggih masih guna keypad. yg sekarang boleh je canggih2 sikit walaupun guna lenovo je. hahahaha. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lenovo pon okayy. Tak berkesempatan nak guna lenovo lagi. Hehehe

      Delete
  4. yang latest tu berapa harga? teringin nak beli sony ah =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli masa baru sampai Malaysia. Masa tu harga RM969. Tapi sekarang tak sure.

      Delete
  5. Perghhh banyaknya hafiz tukar phone. hehehe. Perangai lebih kurang Fatin je. Jenis cepat bosan dengan gadget. Ada rezeki duit lebih boleh la kerap tukar, kalau tak, memang Fatin pasang angan-angan jelah nak tukar phone. Hehehe. Sony lawa la :) Susah la nak cari smartphone yang battery nya tahan lama. Kebanyakannya cepat sangat drain battery =.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Mudah bosan? Okay sepp kita memang ada habit yang sama. Hehehe. Buat masa ni dalam banyak banyak phone dekat atas motorola and sony battery power. Hehe

      Delete
  6. samsung is the best for me hahahaha first samsung pakai was Note 1 yang gedabak tu. banyak kali jatuh tangga tapi still tak mampus lol walaupun selalu hang. pastu bateri dia kong sebab selalu main phone time charging. then tukar Note 3 Neo. orang kedai samsung tu kata note 3 neo is actually better than note 4 walaupun function dia takdelah banyak. (basically mcm alternative for note 3 with harga bawah 2k) tapi sekarang dah susah nak cari neo sebab dorang dah tak produce (katanya) hahahah. teringin gak nak ipong tapi selalu duk baca kawan bising pasal bateri dengan usb selalu nak kena beli baru soooo byebye ipong hahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi panjangnya komen. hahaha. yes agreed pasal iphone. memang cable mudah putus and battery sangat cepat drain. hahaha. kalau nak pakai iphone boleh. kena bawak sekali powerbank kemana mana.

      Delete
  7. My first my smartphone was Sony XPeria V and now currently using Sony XPeria Z3. Sony FTW HAHAHAHAHAHAHA (Sony tak bayar aku untuk komen kat blog kau macam ni) --Saje je nak mention current device aku kat sini. Nak kacau kau HAHAHAHA

    Seems like i have a very high loyalty level or sony device are just too powerful (ok sony tak bayar aku ok)


    WTF KENAPA AKU KENA KOMEN ABOUT THIS. YOUVE ALREADY KNOW HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAH WHAT AM I DOING HERE HAHAHAHAHAHAHAH

    P.S: Ampunkan patik XD

    ReplyDelete
  8. Saya dari dulu dulu lagi peminat Sony. Sekarang pun pakai Sony. Always daebak ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh kakak tiri cinderella pakai sony apa?

      Delete

Template Designer. Full Edit by Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.