Hai ?

Tuesday, March 10, 2015

Assalamualaikum.


Nuffnang.

Lepas berkurun lama aku ada nuffnang. Sekali pon aku tak pernah merasa cash out nuffnang. Hahaha, macam mana nak cash out kalau dah nilai nuffnang kau bawah RM50? Minima untuk keluar RM50. So nak taknak kena juga lah aku tunggu. Berapa minggu lepas, alhamdulillah CPUV bersepah mengunjung. Lepas dah RM50 something. Merasa lah nak cash out nuffnang. Yes aku amateur, dipersilakan gelak. Hahaha.



Lepas cash out maka bermula lah semula derita aku nak kena start dari awal hahaha. Haih, tak senang duduk tengok sen sen lagi. Tapi takpe, mohon kawan kawan rajin rajin klik nuffnang aku. Nanti aku payback double triple dekat korang.


Berat

Serious aku ada masalah besar pasal berat ni. Beberapa hari lepas, ada buat mini reunion dengan geng ex-diploma yang masih futher study dekat sini (Read:UniSZA). Then someone tegur aku "eh pis, aku kurus dah, tapi kurus lagi mu dari aku". Aku rasa this sem memang dah macam jerangkung kot? Padahal aku makan sangat banyak sampai kawan kawan aku panggil aku "membela". Yela mana taknya, makan banyak tapi badan tetap sama. Bukan tambah berat badan. Makin turun ada ah. Last timbang, 52.5KG. Turun 3KG. Sedih. Taktau nak buat apa dah :'( Ade sesiapa boleh cipta mesin transfer lemak tak? TT_____TT


Degree.

Aku taknak apa apa dah dalam dunia degree ni. Pada mula macam macam yang manis aku fikir. Tapi yang aku dapat semuanya pahit masam kelat payau dan seangkatan. Aku cuma nak habiskan degree ni secepat yang mampu. Busuk simpan lama lama. Penat nak jaga itu ini. Sekarang dah sampai masa untuk aku utamakan diri aku dulu. LOL. Bunyi macam selfish kan? Tapi nak buat macam mana, Kalau tak selfish sikit orang pijak kepala kita.


Kbye.

6 comments:

  1. Replies
    1. setuju sangat.
      ada masa kena utamakan diri sendiri dulu.

      Delete
  2. Hi Hafiz, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete
  3. good luck and klik nuffnang sekli..nak tgok ye ke tak ada org nak klik triple nuffnang kita..HAHAHAHA

    ReplyDelete

Template Designer. Full Edit by Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.