Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Harini nak share satu review accessories smartphone yang memang tak asing dah dengan korang. Micro USB Cable. Kebetulan semalam aku keluar untuk settle-kan beberapa urusan. Aku singgah dekat kedai gadget sebab nak cari cable baru untuk power-bank aku. Sebelum ni memang aku akan cari cable berjenama Remax sahaja. Aku takkan beli jenama lain sebab aku tak yakin dan tak percaya. Sampai lah semalam terjumpa satu brand cable yang asing bagi aku tapi aku beli tanpa kaji dulu. Lepas dah beli baru kaji, ternyata aku tak buat keputusan yang salah.
Kotak packaging yang kecik dan simple.
Ini bukan gores dan menang ye. Sila gores dan scan QR Code ni and dia akan bagitau sama ada product kita genuine atau tidak.
Scan QR Code ni the dia akan re-direct kita terus ke laman web diorang. Mudahkan?
To be honest, aku suka L shape cable ni, ini antara punca utama kenapa aku terus beli tanpa kaji dulu. Tapi ternyata aku tak salah langkah! Alhamdulillah. Siap ada huruf H lagi! H untuk hafiz, H untuk Huawei <3
Hasil daripada scan QR code tadi, TAHNIAH anda punya product original. Hehehe. Tapi diingatkan, code tu cuma boleh di-scan SEKALI sahaja ok.
Sekian review pasal product by Hoco. So lepas ni kalau jumpa product ni, make sure grab yours as fast as you can okay. Tapi sebelum tu kena pastikan anda beli yang genuine okay. Dan nasihat aku sebaiknya cable cable ni pakai untuk powerbank sahaja! Tak digalakkan direct power supply. Sekadar nasihat.
Sekian.







