Hafiz Zulkafly

Activate New Maybank Card Using Maybank2U

Selasa, Oktober 18, 2016

Assalamualaikum



Disebabkan aku tak suka and memang jenis tak percaya pasal mesej mesej whatsapp macam ni. Makanya aku pon direct tanya ke akaun rasmi Maybank. Nak dapatkan jawapan yang sahih. So bila dah clear, baru aku tau yang tiada sebarang caj dikenakan macam dalam mesej tu cakap. Pfft.


Dan hasil dari baca blog orang baru aku tau yang maybank punya kad boleh tukar online sahaja. So tak perlu nak beratur panjang apa semua, Duduk goyang kaki sambil makan ais krim dah boleh mohon kad baru. And yang paling penting free ye penukaran hantar sampai ke rumah ni. Memang best. Hahaha. Cuma ambil masa lama sikit untuk sampai kat rumah. Aku apply bulan 1/10/2016. Harini 18/10/2016 baru surat tu selamat sampai ke dalam peti surat rumah aku.






Bila dah dapat kad, apa yang perlu kita buat? Aktif kan kad ni guna maybank2u kita. Bawah ni aku ada sediakan screenshot macam mana nak aktifkan bagi yang tak tahu.


1. Klik pada Card Management.


2. Klik pada ATM/Debit Card


3. Tekan pada Activate Now


 4. Masukkan 8 digit terakhir kad baru and request TAC.


5. Siap.


Kepada yang belum tukar boleh berbuat demikian secepat mungkin. Guna Maybank2u memang sangat mudah dan selamat. Maaf atas entry yang hambar serta entah apa apa. Sebab aku excited dah tukar kad baru tanpa perlu ke bank beratur panjang bagai >.<


Sekian.

2 ulasan

  1. hai. salam kenal. first time masuk blog hafiz. btw nice entry. :)

    BalasPadam
  2. bro. lawanya blog hanggggggggg. minimalize sangat. and tak pening kepala aku tengok. btw, pasal kad aku pun dah tukar jugak. terus ke bank. Tapi kalau tak nak berbaris panjang boleh lah guna online sahaja kan. Ok Follow Blog Awesome ni.

    BalasPadam

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED