Hafiz Zulkafly

Hero Postpaid by U Mobile

Friday, January 08, 2016


Assalamualaikum.

Aku memang cerewet bab bab nak pilih telco mana yang aku nak pakai. Tapi kali ni aku nak zip mulut ketat ketat lepas dah kenal dengan Hero Postpaid by U Mobile


Sebelum cuba berjinak jinak dengan U Mobile. Banyak jugak telco lain yang aku cuba. Tapi kebanyakan yang cuba tu semua prepaid punya plan. Until one day rasa nak pakai postpaid. So masa tu ada satu postpaid yang hangat tengah buat promosi dan pada aku masa tu that one paling murah and terbaik. Memang takde masalah dengan postpaid tersebut. Tapi bila part cuti and aku balik rumah. Menjadi masalah sebab signal tak kuat dekat rumah. Well bila balik ke kampus, masalah telco tak pernah wujud sebab dekat sana memang semua telco superb. Tapi bila balik rumah, semua telco hampeh. 


Nak dijadikan cerita. Kawan ajak tukar ke U Mobile U28. Pada asalnya aku ketegaq gak taknak tukar. Sebab dalam mindset aku. Kalau dah telco legend pon dekat rumah signal tak kuat. Apatah lagi telco baru baru kan? Pujuk punya pujuk aku pon tukar dengan berat hati sebab lepas ni 6 bulan akan duduk dekat rumah. Macam mana lah agaknya nasib aku kalau signal U Mobile menghampakan. 




Sekali nahh kau. Sikit pon tak menghampakan. Biar pon network 4G masih tak sampai kat kawasan perumahan aku tapi speed dia sikit pon tak mengecewakan. Tak macam telco lain yang network sampai 4G tapi speed hancus. Maka tersenyum lah aku sampai ke telinga, kalau masuk network 4G aku taktau lah speed dia macam mana pulak. Mana taknya, bayar murah quota internet banyak and speed maintain superb. Siapa tak suka kan?




Alhamdulillah lepas berpuas hati dengan U Mobile punya network, aku pon tanpa agak agak dah upgrade plan aku dari U28 ke P70. Wow serious aku cakap, P70 ni best ever postpaid plan yang tak pernah mana mana telco lain offer. Dah bayangkan korang cuma kena bayar RM70 (plus minus) dan dapat internet berkelajuan tinggi sehingga 7GB dan FREE UNLIMTED call untuk ke semua rangkaian. Haha apa macam, tak cukup lagi ke? Hehehe pada aku Hero Postpaid ni sangat sangat berbaloi baloi untuk semua. 





Selain dari Hero Postpaid ni, U Mobile ada gak plan plan postpaid yang lain. So korang boleh pilih mengikut kesusaian dan kemampuan masing masing. So apa tunggu lagi? Jom tukar. Hehehe.

Entry ini dengan penuh harapan moga moga pihak U Mobile kasi diskaun untuk bil bulan depan ye XD

Bye.

8 comments

  1. serious ke call lama mana pun ke operator lain maxis contohnya caj nya free?? rm70 tu mmg fix every month?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. dia akan jadi tak fix if ada sms dengan sesiapa. sebab sms tak free. and kalau beli quota tambahan pon akan ada caj tambahan. hmm kalau tak silap. kalau kita call orang tak angkat call kila. then kena voicemail. ha itu pon akan kena charge. lain lain takdak.

      Delete
  2. Mcm mne nk upgrade plan dr u23 ke p70?

    ReplyDelete
    Replies
    1. upgrade tu boleh buat through call je.
      call center and cakap nak upgrade plan.
      biasa ambil masa tak sampai satu hari pon :D

      Delete
    2. Yeke? Thank you. :D Tp kira takyah bayar dulu laa? Mcm mula2 tukar plan? Just bayar ikut bill mcm biasa?

      Delete
    3. oh ye lupa. before that, kalau ada sebarang tunggakan kena settle down first.

      Delete
  3. Betul ke first gold 10GB rm80 ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. tapi sekarang taktau kalau dah ada harga baru ke apa. sebab masa first keluar dulu. dia memang rm80.

      Delete

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED