Hafiz Zulkafly

Tutorial : New Twitter Widget

Thursday, December 29, 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Berminat nak letak widget twitter dalam blog, tapi taktau cara dia? Ok meh sini aku nak tolong ajar cara mudah yang korang cuma perlu copy paste sahaja. Macam mana preview widget tersebut? 





<center><div style="width:230px; border:4px double #eee;" ><a class="twitter-timeline" data-width="230" data-height="300" data-theme="light" href="LINK TWITTER KORANG"></a><script async src="//platform.twitter.com/widgets.js" charset="utf-8"></script></div></center>

Copy code atas ni and paste Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript.

Gantikan mana yang dibold tu mengikut citarasa korang. Yang untuk light tu boleh ganti ke dark.  Yang aku merah tu kena make sure sama ya. Satu lagi sebagai nota tambahan, kalau twitter korang protected, dia takkan keluar apa apa ye. So make sure unprotect korang punya twitter ye. Sekian


Wasalam.

My Obsession

Monday, December 26, 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Semalam seharian aku buat proses pembasmian serta pembersihan ke semua entry entry lama aku. Total entry sebelum sekitar 463 something. Tapi lepas dah tapis, saring dan delete akhirnya tinggal 304 sahaja. Dalam proses men-delete tu sempat aku baca balik apa semua yang pernah aku merepek dekat blog dulu. Rasa macam tak kenal diri aku yang dulu. Hahaha.


Ok berbalik semula kepada tajuk entry. Habit aku dulu setiap kali edit blog, aku akan screenshot new look and update blog pasal new look. So here antara screenshot yang sempat aku selamatkan. Banyak lagi sebenarnya, tapi yang aku sekalikan screenshot cuma yang ini. So lets check it out :-


2013



2014






2015







2016






Haa tu dia. Dah boleh buat satu album aku rasa. Kekerapan edit blog lebih kerap berbanding update blog. Evolusi punya evolusi tapi warna blog memang tak boleh lari dari warna hitam, kelabu and putih and design macam biasa, semua membosankan. Hahaha. Ok sekian entry throwback. Kalau ada antara design design lama tu korang berkenan bagitau ye. Kot boleh aku bagi sebagai freebies ke. Hehehe.


Wasalam.

Tutorial : Remove Powered By Blogger

Saturday, December 24, 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kalau korang scroll bawah sekali pada blog korang atau tengok di layout blog akan nampak satu widget attribution Powered by Blogger. Okay sini aku nak share dua cara mudah untuk buang widget tersebut.


Cara Satu.

1. Template > Edit HTML > CTRL + F code bawah ini ;

<b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution' visible='true'>

2.  Gantikan perkataan true kepada false kemudian save.

3. Pergi ke Layout > Attribution Gadget > Edit > Remove > Save.




Cara Dua

1. Template > Edit HTML > CTRL + F code ni ]]></b:skin>

2. Copy code bawah ni, paste di ATAS code ]]></b:skin> tadi.

#Attribution1 {
display:none!important;
}
3. Save


Boleh pilih salah satu cara sebab dua dua berkesan. Kalau tak berkesan, do inform me okay.

Sekian.

XPAX #NoKelentong

Thursday, December 22, 2016


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Aku rasa perang telco ni takkan ada penyudah. Lepas satu satu pihak telco mempromosikan diorang punya product and services. Baru baru ni pihak XPAX tak terlepas dari memperkenalkan satu sim baru yang dipanggil #NoKelentong. Apa yang menarik tentang sim ni?



Sim ni didatangkan dengan 10GB Basic Internet dengan berkelajuan 64kbps dan juga 10GB internet berkelajuan tinggi untuk Facebook sahaja. So kepada kaki Facebook luar sana, aku rasa sim ini sangat sangat lah berbaloi untuk kalian. Korang boleh menikmati 10GB ni like a boss dengan syarat sim korang mesti aktif. Selain itu, sim terbaru dari XPAX ni juga ada menawarkan internet serendah RM3 untuk 1GB/day.


Untuk rate panggilan dan sms untuk sim ini tidaklah terlalu murah and tidaklah terlalu mahal. Memandangkan sim ini lebih tertumpu kepada penawaran internet yang berkapasiti besar.

Call Rate 30sen/min to all network
SMS Rate 15sen/SMS to all network

Agak agaknya pelanggan XPAX yang sedia ada sebelum ni berminat dengan plan terbaru ini tapi taknak beli no baru. Jangan risau, korang boleh convert korang punya no ke plan terbaru ni dengan PERCUMA. Caranya mudah taip MIG XPAX dan hantar ke 28882. Kemudian follow arahan seterusnya dari pihak XPAX and siap. Semudah ABC. Haa apa tunggu lagi. Kalau berminat sila dapatkan segera yaa. Yang sedia ada, boleh pakat convert ramai ramai. Hehe. Tapi kalau tak salah aku, rata rata pengguna XPAX merindui Internet Burung Hantu. Ye dakk?


Sekian.

PandaiBot

Sunday, December 18, 2016


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Ramai tak di antara korang pengguna Telegram? Kalau tak ramai haruslah korang install app ni sekarang juga sebab benda menarik yang aku nak kongsi ni khas untuk pengguna Telegram sahaja.


PandaiBot

Membantu korang dalam pelbagai urusan terus melalui applikasi Telegram tanpa perlu korang buka applikasi lain. Contoh ia membolehkan kita sebagai pengguna untuk menyemak status penghantaran courier sperti PosLaju, SkyNet, Gdex dan lain lain lagi. Waktu solat seluruh Malaysia juga kita boleh tengok melalui PandaiBot ni. Cakap panjang panjang pon tak guna, meh sini aku tunjuk gambar supaya korang lebih jelas dan nampak.


1. Install Telegram dan daftar.

2. Search PandaiBot

3. Dah jumpa nanti klik start




4. Taip /help untuk tampilkan perkhidmatan yang PandaiBot ni sediakan.



5. Haa nampak kan menu tu, so haruslah kalian kalian mencuba setiap satu menu yang disediakan oleh PandaiBot ni ye.



To be honest, aku excited bila dapat tahu benda ni. Dia punya excited sampai aku update kat blog. Tapi dengan tunggang langgang entry aku ni. Maafkan aku. Selain itu kalau korang nak tau, aku download semua english series pon hanya guna Telegram sahaja. Movie pon. Nak tau macam mana? Stay tuned. Next entry InsyaAllah aku share channel channel menarik :D


Sekian.

Unlimited Passes By DIGI

Friday, December 09, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Tahukah anda wahai pengguna Digi Prepaid yang pihak Digi tengah buat promosi Unlimited Passes Internet dengan harga serendah RM1/Day? Yes serendah RM1 SAHAJA!



klik gambar untuk paparan lebih jelas


Takut tak ramai yang tahu promosi benda best ni, jadinya aku pon share-lah dengan korang semua sebab aku sendiri pon baru tahu. Hahaha. Tapi sedih sebab diri sendiri tak boleh nak guna. Sebabnya saya pengguna Digi Postpaid dan benda ni cuma tertakluk untuk pengguna Digi Prepaid sahaja. Alahai, kalau tidak memang dah balun yang RM8 Unlimited High Speed Internet. Woot woot. Untuk maklumat lanjut boleh klik SINI.


Sekian.

Wordless Wednesday

Wednesday, December 07, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera





Recently aku baru follow akaun Nakbebel dekat twitter. So aku suggest korang untuk follow jugak sebab sometimeskan, dia punya quote boleh motivate ourself. Seriously no kidding. Atas ni antara contoh yang the best minggu ni. So bila aku dah mula menaip yang bukan bukan, aku rasa entry ni dah tak boleh nak panggil Wordless Wednesday lagi. Hahaha


Sekian.

Samyang Hot Cheese Chicken Ramen

Friday, December 02, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Selang beberapa hari kebelakang, masa tengah menghabiskan masa aku berlegar legar dekat facebook, secara tak sengaja aku terpandang satu iklan.



Memandangkan dulu aku agak hardcore dengan Samyang Original yang plastik warna hitam tu, maka nya desire untuk rasa yang ini sangat sangat tinggi. Siap tag member aku and plan nak beli online. Sebab aku dapat rasa macam susah nak dapat, even yang original punya pon only selected mall je ada. Tapi nak dipendekkan cerita secara kebetulan aku keluar semalam ke AEON Anggun secara tak sengaja aku nampak ni ;




Kurang dari 5 saat satu paket dah ada dalam genggaman tangan. Kemudian baru tengok harga. Hahaha. Ok aku ada rasa nak cuba yang plastik biru tu, tapi memandangkan TIADA logo halal KMF, jadinya aku tak beli. Tertanya tanya macam mana rasa dia and apa beza dengan yang Original punya.








Sos Paste dia dah dicampur dengan keju sebab bau keju sangat sangat kuat. Another one serbuk keju yang dalamnya ada Seaweed. Since aku peminat keju of course aku suka bau sos paste dia, tapi once kau dah gaul dengan dia punya Mee tu bau dia kurang menyenangkan. For me lah. Tapi bau tu kuat masa tengah panas, once dah sejuk bau biasa biasa. Aku rasa macam combination tak berapa sesuai kerana ia menghasilkan bau yang agak pelik.



Rasa? Macam rasa original cuma this one rasa berlemak sikit. Yela sebab keju kan. Rasa keju dia pon agak pekat aku boleh cakap. Honestly aku prefer yang original punya. Sebab aku rasa this one macam quite pedas sikit than original one sebab sikit pon aku tak dapat rasa manis masa makan. Kalau original punya yes, i still can taste dia punya manis tu, tapi this one no manis at all. Tapi tak salah pon kalau nak cuba, lidah masing masing kan. Aku pon takde rasa menyesal beli sebab masih sedap, cuma tak dapat menandingi yang Original punya. Adios.


Sekian.

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED