Marah

Sunday, December 08, 2013

Assalamualaikum

Short update . Sekadar satu perkongsian . Actually ni tajuk tazkirah yang aku kongsi dalam kelas . Kredit sumber kepada iluvislam.com . Hari ni terasa macam nak dikongsikan kedalam blog , pengisian and apa yang cuba disampaikan benda yang sama , cuma dalam bahasa dan penterjemahan aku sendiri . :D


Marah . Memang tak dapat nak dinafikan , semua orang tak boleh lari daripada mempunyai perasaan marah . dan , selalunya lah , marah ni datang tanpa kita duga . Biasanya , marah ni kalau tak dapat dibendung atau di kawal akan bagi kesan negatif and banyak pihak yang tak bersalah akan kena tempias nya bila kita tengah marah kan ? so yang paling penting sekali , kita kena tau macam mana nak atasi atau mengawal perasaan marah kita ni .


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. : “Berilah wasiat padaku.”

Nabi s.a.w. bersabda : “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)


Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah:

(a) Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar’ie dan berhikmah.

(b) Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun Rasulullah S.A.W.  tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T.


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali ‘Imran: 134)

See , betapa bermanfaatnya kalau kita berjaya menahan kemarahan kita itu . Allah S.W.T menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran . Tidakkah kita mahu akan ganjaran-Nya? Nah sila ambil dan praktikkan tips tips di bawah ini bagaimana kita nak mengawal kemarahan kita ;

1) Diam

Biasanya , dalam kita tengah marah tu , macam macam perkataan yang tak elok akan keluar dari mulut kita kan ? Maklum lah tengah marah . So agak sukar bagi mereka mengeluarkan tutur kata yang baik baik . Jadi ketika marah , kita disuruh untuk mendiamkan diri . Sebagaimana sabda Nabi S.A.W ;

“Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

2) Isti'azah

Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:


“أعوذ بالله من الشيطان الرجي"


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A’raaf: 200-201)


Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:

Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu.”Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): “Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam.” (Muttafaq’alaih)

3) Duduk

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring.” (Hadis Riwayat Abu Daud) 

4) Berwudhuk

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya) 

the end . sekian saja dari saya . mohon tegur kalau ada salah dan silap .

3 comments:

Template Designer. Full Edit by Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.