Hafiz Zulkafly

Rezeki , Alhamdullilah

Isnin, September 16, 2013

Assalamualaikum

Short update . Lama dah aku tak post entry random macam ni . Hari ni nak post satu . Alhamdulillah , setelah berkurun lama menunggu , akhirnya penantian terjawab . Sekali lagi , rezeki aku dapat lanjutkan pelajaran lagi , tapi kali ni ke peringkat Degree . Syukur Alhamdulillah . Sebelum ni , masa check tak dapat . Masa tu memang kecewa tahap infinity . Tapi aku tetap tak putus putus berdoa . Sebab aku tau , Allah tu maha mendengar , Maha pemurah . and pagi tadi , tetiba dapat call , bagitau aku punya rayuan berjaya . Mau tak melompat masa dapat tau tu kann . HEHE .


Tapi agak rushing sikit sebab masuk last minute . Mula lah hati berbelah bagi sama ada nak pergi atau tidak . Mungkin sebab dah terlalu lama duduk dekat rumah , jadi rasa malas tu mula dah membuak buak . Apa pon masih lagi tak dapat bagi jawapan sama ada nak pergi atau tidak . Nak buat istikharah dulu . Mudah mudahan Allah permudahkan segalannya . Amin :)




Jangan pernah berhenti berdoa dan terus berusaha . Allah sentiasa ada untuk kita . Kalau sekali doa tak dapat , terus minta berkali kali . Kuncinya , jangan pernah berputus asa ! :)

4 ulasan

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED