Actually. Haritu aku ada ternampak orang sahut cabaran Rindu ni dekat Facebook. Pada mula rasa macam nak cuba buat dekat facebook jugak. Tapi datang idea nak jadikan challenge ni macam segmen dekat blog. Nampak macam lebih menarik and meriah. Apa yang korang perlu ada cuma smartphone, messaging apps dan juga blog. Macam mana nak join challenge ni? Mudah je!
1. First taip "RINDU" dan hantar ke 10 contact yang ada dalam phone korang. Lebih 10 orang pon takpe. tapi INGAT hanya hantar perkataan RINDU sahaja.
2. Kemudian tunggu balasan apa yang korang dapat. Dah dapat terus screenshot!
3. Update entry dengan tajuk "Challenge Rindu by Hafiz Zulkafly" dan tempek banner dekat atas serta backlinkkan ke entry ini.
4. Masukkan semua screenshot yang korang dah dapat tadi. Kemudian tag 3 orang rakan blogger (Optional).
5. Post link challenge korang dekat ruang komen dekat bawah.
6. Siap.
Mudah kan? Tak perlu follow sana sini atau like sana sini. Hahaha. For those yang tak nampak lagi macam mana challenge ni , meh aku tunjukkan apa yang aku dapat lepas aku send RINDU dekat 11 orang contact aku.
Tadaa itu yang aku dapat. Ada yang bosan. Ada yang kelakar. And ada yang entah apa apa. So korang punya macam mana pulak. Ha apa tunggu lagi. Cepat join sebab aku tak sabar nak baca feedback yang korang pulak dapat. Rasa macam menarik bila dapat feedback macam macam dari kengkawan kita. :D
Sekian











