Open Signal

Saturday, February 11, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Harini aku nak share satu very useful app dengan korang. Mungkin ramai yang dah tau atau mungkin juga tak ramai yang taktau. Open Signal. Sebenarnya aku kenal and dapat tahu tentang kewujudan applikasi ni lepas baca blog Yuyu satu tika dahulu. Tapi masa tu aku cari di Play Store tak jumpa and ternyata masa tu hanya di tawarkan untuk pengguna iOS sahaja. So mereput lah aku pakai Speedtest.net by Ookla je. 



So apa yang menarik dengan Open Signal ni?



1. Dari dashboard ni dia sediakan satu arrow yang akan bergerak seakan akan kompas. Tujuan dia nak bagitau if korang follow arah yang dia tunjuk tu, besar kemungkinan signal telefon korang akan lebih baik. 





2. Menu tab kedua pulak speedtest. Sini korang boleh test speed download and upload network korang. Kalau tak salah aku, kalau nilai ping korang rendah, maknanya lagi bagus.





3. Tab ketiga ni macam ala ala stats macam diblog kita. Dia akan bagitau in detail berapa percent kita guna network 4G, berapa percent kita guna network 3G and etc.





4. Last but not least yang paling aku suka. Kita boleh check coverage network kita! Maxis, Digi, Umobile, dan Celcom. Tak perlu susah susah korang nak buka laman web telco korang untuk tengok coverage telco korang. Mudah kann.


Sebenarnya aku baru je lagi install app ni. Belum sempat nak explore kesemuanya sekali. So far aku suka sebab user interface yang simple dan kemas. Dan yang paling penting user-friendly. Aku install pon sebab nak update blog dengan entry review ni. Sesungguhnya aku langsung takde idea nak update blog dengan apa lagi. Kalau tidak berhabuk lah blog aku.


Sekian.

6 comments:

  1. nice sharing.. e'in boleh download lepas nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. download jangan tak download. berguna tau app ni hehe

      Delete
  2. bagus info ni bro... nak cari line dah macam main pokemon go dah ni haha. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yang pasal cari line tu pon aku baru tau
      HAHAHA okay signal hunting!

      Delete
  3. Okay tak pernah tahu pasal ni sebelum ni. Satu perkongsian yang menarik btw saya singgah blog ni dan follow ya. Jemput ke blog saya jika sudi dan berkelapangan hehe :)

    http://anothersyed.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. ok mmg berguna gilaaa benda ni. thanks for sharing~~

    btw, jemput bace and tinggai komen dekat new entry fie :)

    http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2017/02/fie-nak-jadi-mommy-dah.html

    ReplyDelete

Template Designer. Full Edit by Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.