Hafiz Zulkafly

Come Back Home.

Tuesday, August 15, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hai guys. I know, its been a while tapi seriously, nak menaip balik ni super freaking awkward lepas dah berbulan blog terdampar sepi. Banyak kali dah mood nak berblog ni On/Off. Sampai satu tahap, rasa macam tak lama lagi maybe blog ni akan RIP. Hahaha. *Still Awkward* Tolong lah bagi idea macam mana nak bagi blog ni hidup balik macam dulu ;(



Okay kali ni aku makeover blog untuk kali ke berapa aku tak ingat. Template kali ni inspired by Trendy Blogger Template. Tapi coding 100% made by myself. Tak banyak pon yang berubah dari template lama. Especially dari segi susun atur widget. Memang exactly sama. Cuma aku dah alihkan cbox ke navigation atas tu ya. And finally, aku dah tambah page About. Thanks kepada anon yang tolong shoutkan pasal page tersebut. Cumanya, page about tu still under construction.


Untuk footer social icon tu boleh tengok SINI. Blog Archive pulak boleh tengok dekat SINI. Untuk font ditaja sepenuhnya oleh Google Fonts. For those yang berminat nak guna Google Fonts, tapi taktahu bagaimana caranya, boleh tengok sini : Tutorial Google Font. Okay apa lagi yang aku tertinggal. Kalau ada benda yang aku tak credit secara proper, do tell me nicely okay. Kalau ada apa apa error dalam blog ni pon sila inform pada saya dengan sepantas kilat okay!


Best view using Google Chrome, Maxthon and Opera ya. Kalau bukak ikut browser lain taktau macam mana jadi TT^TT


For those yang ada any request or nak minta apa apa boleh directly email aku, atau bagi mereka yang mempunyai akaun twitter, boleh dm dekat twitter ye. Sebab ask.fm aku jarang bukak sekarang. Kbye


THE TRAVELOKA SALE-ABRATION

Thursday, March 16, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sedang mencari promosi untuk bercuti? Banyak pilihan tetapi tidak tahu mana satu yang terbaik? Mencari percutian dengan harga yang berpatutan? Tunggu apa lagi, Traveloka kini sedang mempromosikan The Traveloka Sale-Abration! Sebelum tu. Apa itu Traveloka? Mengapa perlu tempah dengan Traveloka? Apakah manfaat menggunakan Traveloka? Okay banyak question mark disitu. Disini aku akan cerita serba sedikit pengenalan Traveloka.



Apa itu Traveloka?
Traveloka adalah one-stop flight booking and hotel booking platform. Tidak kira sama ada destinasi domestik mahupun antarabangsa. Dimana di Traveloka, kita boleh membuat pencarian, tempahan dan juga menguruskan percutian kita yang seterusnya dengan mudah dan cepat!


Mengapa perlu tempah dengan Traveloka?
  • Kemudahan menyeluruh yang terbaik.
  • Harga yang terbaik dan kompetitif.
  • Tiada caj tersembunyi! Apa yang anda lihat itulah apa yang anda bayar.


Manfaat menggunakan Traveloka?
  • Transaksi dalam talian yang dijamin selamat. Keselamatan dan privasi transaksi dalam talian anda dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang sah. Terima e-tiket atau baucar hotel secara terus dalam emel anda.
  • Hasil carian yang paling meluas. Perbandingan tiket penerbangan dan hotel murah tidak pernah semudah ini. Mudah dan jimat masa!
  • Khidmat pelanggan yang mesra dan 24/7. Perlu bantuan? Hubungi Traveloka pada bila-bila masa melalui emel, telefon atau perbualan langsung.
  • Urus tempahan atas talian. Log masuk untuk mengakses e-tiket/baucar hotel pada semua peranti anda, menerima tempahan atau membuat permintaan bayaran balik dalam talian.
  • My Kad, penempahan pantas dan pembayaran selamat. Jimat masa dengan mendaftar butiran kad anda sekali sahaja untuk tempahan akan datang. Jangan risau, maklumat kad anda dilindungi sepenuhnya untuk keselamatan data.

Okay menarikkan? Jadi tak perlu lagi korang semua ragu ragu dengan Traveloka kerana Traveloka adalah satu platform yang selamat dan dipercayai! Khas daripada Traveloka untuk anda, nikmatilah tawaran penerbangan untuk pelbagai destinasi - tak lupa juga tawaran hotel yang bakal buat anda rambang mata! Jom kita tengok apa yang lebih menarik lagi dengan The Traveloka Sale-Abration




TAWARAN EKSLUSIF PENERBANGAN
Apabila korang melakukan/membuat tempahan dari 10 hingga 30 Mac 2017 korang boleh terbang ke beberapa destinasi menarik seperti Bandar Ho Chi Minh, Jakarta, Bangkok, Shanghai dan banyak lagi dari SERENDAH RM39 SAHAJA. Sabar dulu bawak bertenang sebab ada lagi! Korang juga boleh dapatkan additional diskaun sebanyak 8% (worth RM40) bila korang gunakan kod kupon DEALFLY.


TAWARAN EKSLUSIF HOTEL
Untuk penginapan pula, ada POTONGAN SEHINGGA 79% untuk hotel hotel di Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Singapura, Jakarta, Bangkok dan banyak lagi! Nak lebih jimat? Guna kod kupon DEALSTAY untuk menikmati diskaun tambahan 15% sehingga RM50. So tempah dari 10 hingga 31 Mac 2017! Kini tak perlu lagi korang risau belanja terlalu banyak untuk penginapan!


Cara membuat pembayaran?
Jangan risau, dengan Traveloka mereka menggunakan kaedah pembayaran yang dipercayai!

  • Kad Kredit - Untuk transaksi dalam SGD, MYR, THB, VND atau USD, Traveloka menerima kad kredit Visa, MasterCard dan AMEX. Semua transaksi kad kredit melalui Traveloka dilindungi sepenuhnya oleh Lapisan Soket Selamat teknologi RapidSSL (Kumpulan Verisign). Anda akan menerima pengesahan serta-merta dan e-tiket melalui emel dalam maks. 60 minit selepas menjelaskan bayaran.
  • Perbankan Internet - Bagi transaksi dalam MYR, anda boleh membuat pembayaran yang selamat dan mudah melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih dengan CIMB Clicks, Maybank2u, PBE, Hong Leong Connect, RHB Now, Bank Islam, Affin Bank, Alliance Bank, AmBank, iRakyat, Bank Muamalat, OCBC Bank, Standard Chartered, dan United Overseas Bank.
  • Tunai di Kaunter - Bagi transaksi dalam MYR, anda boleh membuat pembayaran tunai yang selamat dan mudah melalui Seven Eleven.

Destinasi yang nak dituju tiada dalam senarai, jangan risau sebab pihak Traveloka telah berjanji akan menambah lebih banyak lagi destinasi destinasi percutian yang lebih menarik dengan harga serta promosi yang boleh buat korang jimat! Menarikkan? Jadi tunggu apa lagi. Cepat rancang perjalanan korang dengan penuh penjimatan sebelum promosi tamat! Boleh layari laman web rasmi Traveloka atau klik PAUTAN ini untuk akses lebih cepat!

Review : Berry Nice Enterprise | Start Repairing With Us

Tuesday, March 07, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Anda mempunyai smartphone yang rosak? Nak repair, tapi harga terlalu mahal dan memakan masa yang lama. Ayuh berkenalan dengan Berry Nice Enterprise ni, supaya semua masalah diatas SELESAI. Hahaha sorry for the bad intro. Okay lets make it short. Kenapa aku suggest Berry Nice Enterprise ni kepada korang semua?

Semalam aku berjaya menapak di kedai mereka di Setapak. Sebelum nak direct ke kedai mereka, aku suggest buat temu janji dengan salah seorang technician mereka dahulu. Durasi masa untuk repair bergantung kepada jenis kerosakan. Macam phone adik aku punya masalah screen crack. So makan masa dalam 1 ke 2 jam. Before pergi ke Berry Nice ni, aku ada survey harga repair screen crack di satu kedai di Shah Alam. Dia minta RM280. Tapi dekat Berry Nice cuma RM180 SAHAJA!


First impression aku, kedai dorang sangat bersih, teratur dan kemas. Senang cerita sedap mata memandang. Technician dorang pon quite ramah. Dorang akan explain tentang masalah phone korang and cara nak prevent dari masalah sama berulang. Kemudahan ruang menunggu juga disediakan. Bukan tu je, WIFI PERCUMA juga disediakan supaya korang tak kebosanan sementara menunggu telefon korang siap dibaiki. Nice kan? Macam nama dorang. 


Oh ya one more thing yang aku salute dengan technician dorang. Semalam lepas phone aku dah siap dorang baiki. Tiba tiba ada satu masalah lain. Microphone yang tangkap suara kita tu tak berfungsi. Aku kena tunggu dalam 1 jam or 2 jam lagi tak ingat, Tapi aku tak kisah sebab at least dorang sedaya upaya akan cuba selesaikan masalah tu. and yes semalam jugak semua masalah tu settle. Masa nak bayar, ingat ada additional charge, rupanya TAKDE. Aku cuma perlu bayar harga tukar screen crack sahaja. Siap ada warranty 1 bulan lagi. Awesome right? Hahaha.



Selain dari repair phone, Berry Nice juga ada jual custom casing untuk iphone. Dorang jugak ada jual phone phone terpakai yang dalam kondisi yang mantap mantap lagi. Boleh usha akaun instagram dorang. So kepada korang yang ada phone bermasalah tapi taktau dekat mana tempat terbaik dengan harga berbaloi baloi untuk hantar, boleh lah korang buat temu janji dengan technician Berry Nice and datang sendiri ke kedai mereka. Trusted and CONFIRM puas hati. Nahh boleh reach dorang through :


Instagram@itsberrynice
Website : ItsBerryNice
Contact Number : 03-40313111
Wechat/Line : itsberrynice
Operation Hours : Everyday 10:00AM to 7:00PM
Location : Diamond Square, Setapak (Atas Restoran Zaza)
Whatsapp : 011 3242 2222, 011 3242 4242, 011 1777 7750, 011 4154 4444

Oh yaa. If im not mistaken. For those yang jauh tapi nak repair dengan dorang. Korang boleh post phone korang pada dorang and dorang akan post semula pada korang once dah siap. Macam wow kan. Hahaha apa pon boleh whatsapp dorang for any futher question. XD

Open Signal

Saturday, February 11, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Harini aku nak share satu very useful app dengan korang. Mungkin ramai yang dah tau atau mungkin juga tak ramai yang taktau. Open Signal. Sebenarnya aku kenal and dapat tahu tentang kewujudan applikasi ni lepas baca blog Yuyu satu tika dahulu. Tapi masa tu aku cari di Play Store tak jumpa and ternyata masa tu hanya di tawarkan untuk pengguna iOS sahaja. So mereput lah aku pakai Speedtest.net by Ookla je. 



So apa yang menarik dengan Open Signal ni?



1. Dari dashboard ni dia sediakan satu arrow yang akan bergerak seakan akan kompas. Tujuan dia nak bagitau if korang follow arah yang dia tunjuk tu, besar kemungkinan signal telefon korang akan lebih baik. 





2. Menu tab kedua pulak speedtest. Sini korang boleh test speed download and upload network korang. Kalau tak salah aku, kalau nilai ping korang rendah, maknanya lagi bagus.





3. Tab ketiga ni macam ala ala stats macam diblog kita. Dia akan bagitau in detail berapa percent kita guna network 4G, berapa percent kita guna network 3G and etc.





4. Last but not least yang paling aku suka. Kita boleh check coverage network kita! Maxis, Digi, Umobile, dan Celcom. Tak perlu susah susah korang nak buka laman web telco korang untuk tengok coverage telco korang. Mudah kann.


Sebenarnya aku baru je lagi install app ni. Belum sempat nak explore kesemuanya sekali. So far aku suka sebab user interface yang simple dan kemas. Dan yang paling penting user-friendly. Aku install pon sebab nak update blog dengan entry review ni. Sesungguhnya aku langsung takde idea nak update blog dengan apa lagi. Kalau tidak berhabuk lah blog aku.


Sekian.

SonicGear Neoplug LEAF Earphone

Tuesday, January 31, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Haritu abg faizdickievp ada jual earphone dari shoppee dengan harga RM1 SAHAJA. Actually harga dia RM20 tak silap and bila masukkan code yang dia bagi akan dapat potongan sebanyak RM19. Aku pulak takde lah terdesak nak kan earphone baru. Sebab yang lama masih dalam perfect condition. Tapi sebab kerana harga dia RM1. So aku main beli je. Hahaha. And harini Alhamdulillah barangnya selamat sampai ke rumah. So nak unboxing SonicGear NeoPlug LEAF earphone ;






Aku dapat warna hijau. Kena sangat dengan nama dia LEAF. Aku tak reti nak buat review pasal earphone memandangkan tak cukupnya ilmu pasal dunia earphone. Anyway thanks to Abg Faizdickie dan jugak pihak Shoppee. Earphone ni dah aku jadikan hadiah untuk adik aku. Hahaha.




By the way ni aku punya current earpod and all time favorite buat masa ni. Make sure yang ori sebab bunyi bass dia sumpah awesome. Hahaha. Korang ada cadangan earphone yang best or korang punya favorite yang mana?


Sekian.

Bloglovin'

Saturday, January 28, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Happy Chinese New Year \o/ 

Ok, beberapa hari yang lepas aku blogwalking ke few blogs. Tapi aku tak tinggal jejak pon dekat blog mereka. Sebab aku malu. /tutup muka/. Ok gurau. Tengah jalan jalan tu, aku perasan kebanyakan dari mereka tu ada button follow Bloglovin'. PinInterest pon macam ramai yang pakai. Tapi aku lebih tertarik kepada Bloglovin' sebab nama dia ada perkataan Blog. Hahaha. Jadinya aku tertanya tanya apa itu Bloglovin' sebenarnya. Taknak buang masa, aku terus sign up. Ikut trend lah konon.


So aku ada beberapa soalan untuk mereka yang dah lama dalam dunia bloglovin'. Kalau sudi jawab tolong lah jawab. Kesian aku terkapai kapai buat tanpa ada hala tuju.

1. Apa je yang kita boleh buat dengan Bloglovin' ni?

2. Apa benefit buat bloglovin' kepada blog kita?

3. Apa sebenarnya bloglovin' ni?

4. Bloglovin' ni lebih kurang macam google+ ke?

5. Apa beza followers untuk dua gambar bawah ni ;





Okay itu sahaja soalan yang aku nak tanya. Harap ada yang sudi nak jawab. And harap jugak siapa yang ada bloglovin' tu sudi nak follow hamba yang nubis ini. Terima Kasih.


Sekian.

Tutorial : New Follower Widget (Classic Template/Blogskins)

Thursday, January 26, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terima kasih kepada yang bertanya. Tutorial INI dah tak valid. So harini nak kasi tutorial baru macam mana nak letak follower widget untuk pengguna Classic Template / Blogskins. 


1. Template 

2. Copy and Paste code bawah ni

<div><script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script>
<div id="followers-iframe-container"></div>
<script type="text/javascript">
    window.followersIframe = null;
    function followersIframeOpen(url) {
      gapi.load("gapi.iframes", function() {
        if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) {
          window.followersIframe = gapi.iframes.getContext().openChild({
            url: url,
            where: document.getElementById("followers-iframe-container"),
            messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER,
            messageHandlers: {
              '_ready': function(obj) {
                window.followersIframe.getIframeEl().height = obj.height;
              },
              'reset': function() {
                window.followersIframe.close();
                followersIframeOpen("https://www.blogger.com/followers.g?blogID\x3d<$BlogID$>\x26colors\x3dCgt0cmFuc3BhcmVudBILdHJhbnNwYXJlbnQaBjIyMjIyMiIGMTExMTExKgZmZmZmZmYyBjAwMDAwMDoGMjIyMjIyQgYxMTExMTFKBjIyMjIyMlIGMTExMTExWgt0cmFuc3BhcmVudA%3D%3D\x26pageSize\x3d21\x26origin\x3dPASTE URL BLOG SINI/");
              },
              'open': function(url) {
                window.followersIframe.close();
                followersIframeOpen(url);
              },
              'blogger-ping': function() {
              }
            }
          });
        }
      });
    }
    followersIframeOpen("https://www.blogger.com/followers.g?blogID\x3d<$BlogID$>\x26colors\x3dCgt0cmFuc3BhcmVudBILdHJhbnNwYXJlbnQaBjIyMjIyMiIGMTExMTExKgZmZmZmZmYyBjAwMDAwMDoGMjIyMjIyQgYxMTExMTFKBjIyMjIyMlIGMTExMTExWgt0cmFuc3BhcmVudA%3D%3D\x26pageSize\x3d21\x26origin\x3dPASTE URL BLOG SINI/");
  </script></div>
</div>
</div>
<div class='clear'></div>

3. Code yang di-bold tu boleh ganti dengan url blog korang. 

4. Save and preview.


Aku tak saran korang usik code dia sebab aku sendiri rasa code dia complicated. Tapi kalau nak usik juga terpulang. Kepada yang buat tapi tak menjadi boleh contact through ask.fm aku ye.


Sekian.
Follow my blog with Bloglovin

Blog Re-Open. Slightly Changes.

Sunday, January 22, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

First of all, minta maaf sebab tutup blog untuk beberapa hari. Walaupun aku tau tiada siapa yang nak datang jenguk blog aku selama aku tutup blog, tapi aku masih nak minta maaf. Hahaha. 




Ini result lepas beberapa hari private blog. Aku cepat rimas. Jadi aku cuba something new. Tapi aku taktau ada nampak something new atau tidak. Ahh nevermind. Untuk best view, sila buka menggunakan Chrome, Safari dan Opera sahaja. Kalau guna Mozilla , Internet Explorer ataupun Edge, view dia agak suck sikit. =='


Cbox aku dah tak letak lagi di sidebar. So kalau kalau nak tinggal jejak, korang boleh klik dekat navigation atas tu under "Chatbox" Tab. Aku ingat nak aktif balik sesi soal jawab dekat ask.fm, jadi aku dah install semula ask.fm aku pada phone aku. Kalau nak tanya apa apa soalan boleh click here dekat short bio di sidebar aku.


Followers box aku taktau kenapa still error. Ada masa dia nak keluar, dia keluar. Ada masa taknak dia akan kekal menyorok. Pfft. Aku tersangat malas nak mencari apa sebab dan punca widget followers tu selalu bermasalah. Honestly, aku suka followers widget yang lama. Kalau sesiapa tahu macam mana nak fix followers box tu please ajarkan. TT____TT. Aku nak tambah satu lagi menu dekat tab tu. Tab About. Macam about me atau about blog ke. Tapi masih under construction. Kalau nak tunggu semua siap, mau hampir berbulan juga aku tutup blog. Ada sesiapa sudi nak ajar atau share ruangan about yang awesome awesome?


Last but not least. Nahh full credit untuk new look kali ini :




Sekian.

2016 Recap

Wednesday, January 04, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Aku rasa masih belum terlambat untuk aku buat entry rumusan sepanjang tahun 2016. Kalau dah lambat pon aku kisah apa, aku tetap nak update. Okay berikut sedikit rumusan sepanjang tahun 2016. Aku warning awal awal, entry ni bosan. Hahaha.


1. Paid Review

Untuk tahun 2016, sebanyak 2 kali aku dibayar untuk buat paid review/collaboration entry. Alhamdulillah, syukur sebab masih ada orang sudi untuk minta aku buat review secara berbayar. Walaupun tahun 2016 aku agak jarang jarang buka blog ni sebab boleh kata 2016 tahun yang paling busy. Internship, Final Sem. Sumpah busy walaupun aku takde final year project. Anyway  terima kasih Zalora and AppleToner!


2. Anon

Hahaha agak lama and sangat lamalah aku tak dikunjungi oleh manusia bernama anon ni. 16/12/16 dia datang tanpa diundang. Hmm, terkedu bila buka cbox and penuh spam. Few spam tu dengan kata kata kesat. Dah pon aku ban ip address dia. Apa pon, dear anon, aku minta maaf kalau kalau aku ada buat salah. Kalau ada, please tegur dengan cara berhemah. InsyaAllah aku akan perbaiki mana silap aku k. Chill lah, taknak sampai carut carut TT____TT


3. Achievement


Alhamdulillah. Berhempas pulas selama 6 tahun dekat negeri orang akhirnya buahkan hasil. Rindu gila zaman belajar sebenarnya. Belum sampai setengah tahun lagi tinggalkan dah rindu macam apa. For those yang masih belajar tu, sila nikmati zaman belajar anda sebaik mungkin. Nanti rindu gilos beb.


4. The End

Sejujurnya. Aku tak reti nak tulis entry 2016 recap ni. Sebelum mula taip tadi ada seribu satu idea bermain kat kepala ni. Tapi bila sekali dah tulis semua mencurah curah, tapi yang penting bukan dalam entry ni dia dicurah. Aku ingat tahun 2017 ni aku nak start buka tempahan edit blog. Agak agak lah, ada tak yang nak buat tempahan dari aku? Hahaha. Bye.


Sekian Recap paling HAMBAR.
© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED