Tips Pengurusan Memori dan Sistem Smartphone Anda!

Sunday, August 28, 2016

Assalamualaikum

Lai lai, ini hari aku nak kongsi salah satu petua untuk mengekalkan prestasi optimum smartphone android anda. Bila cakap pasal penjagaan smartphone ni, pada aku satu topik yang agak luas dan umum. Boleh jadi pasal penjagaan bateri smartphone, pengurusan memori dan sistem dalaman dan juga data. Hari ni aku cuma nak fokuskan pada Pengurusan Memori dan Sistem.


Pengurusan Memori dan Sistem.

Jangan pernah sesekali sama kan smartphone dan juga pc sebab ianya totally berbeza. Hal ini kerana, jumlah kuasa pemprosesan yang tidak sama. Atas sebab itu juga smartphone lebih cenderung untuk menjadi tidak responsif oleh kerana pemprosesan aplikasi yang terlalu banyak. Jadi apa yang perlu korang buat ?

Meng-nyah aktifkan aplikasi dari terus aktif di dalam proses background. Hal ini dapat mengurangkan pengunaan kuasa pemprosesan. 

Kemudian kita sentuh kepada bahagian memori. Pernah dengar tentang cache, and cookies? Fail cache ni sebenarnya fail sementara yang mengambil ruangan dalam memori korang. fail fail tidak aktif ni seharusnya dibersihkan secara terus menerus dan berkala. So bagi mengurusan kan segala perngurusan yang macam aku mention atas tadi, korang boleh download aplikasi aplikasi pengurusan smartphone untuk bantu korang menyelesaikan masalah ini.


So cadangan aku install aplikasi Boost+ by HTC Corporation.






Antara muka aplikasi Boost+ by HTC Corporation




Pilihan setting yang mudah dan user friendly.




Boost sedang dijalankan bagi mengoptimumkan smartphone kita.



Sesi menghapuskan junk!



Selain itu korang juga boleh uruskan aplikasi yang terkandung dalam smartphone korang di ruangan Manage Apps dan bagi mereka yang sukakan privacy, boleh lah korang protect aplikasi tertentu di ruangan Lock Apps. Mudah kan? Pada aku all in one, dan paling paling penting aplikasi ini sangat sangat user-friendly. Haa apa tunggu lagi. Cepat lah install. Mudah mudahan sedikit sebanyak dapat optimum kan prestasi smartphone korang. Selamat Mencuba!


Sekian.



Cara Mengecas Dan Juga Penjagaan Bateri Yang Betul

Friday, August 05, 2016

Assalamualaikum

Dalam Ering keluaran #136 ada kongsikan satu tips bagaimana cara terbaik untuk menjaga bateri smartphone kita dengan betul. So here is the tips that might be useful to everyone :





1. Elakkan mengecas dari 0% hingga 100%



Antara peraturan utama untuk peranti yang menggunakan bateri jenis Lithium-ion (Li-Ion) adalah memastikan bateri merka berbaki sekurang kurangnya 50% pada setiap masa. Apabila peratusan bateri berada dibawah 50%, pastikan anda mengecasnya supaya bateri sentiasa berada di paras pengoperasian yang optimum. Namun begitu, elakkan daripada dicas penuh sehingga 100% kerana ia akan memendekkan jangka hayat bateri. Jadi peratusan terbaik untuk mengecas bateri Li-Ion anda adalah antara 40% hingga 80% dan elakkan peratusan bateri berada dibawah 20%.



2. Amalkan penggunaan bateri sehingga 0% sebulan sekali.



Tidak dinafikan anda tidak digalakkan untuk sentiasa mengecas penuh bateri sehingga 100% atau menggunakannya sehingga 0%, tetapi pakar menyarankan agar anda melakukan kitaran mengecas penuh dari 0% hingga 100%. Proses ini berupaya untuk mengkalibrasikan semula bateri, iaitu mirip seperti proses restart pada komputer. Malah kaedah ini berupaya memastikan bateri peranti mudah alih anda agar sentiasa berada pada tahap optimum secara tidak langsung menjanjikan hayat bateri yang lama.



3. Gunakan adapter pengecas yang bersesuaian.


Walaupun anda bebas untuk menggunakan adapter pengecas daripada jenama atau pengeuar yang berbeza, sebenarnya anda perlu memberi perhatian kepada sokongan spesifikasi pengecas tersebut. Pastikan anda menggunakan adapter pengecas yang bersesuaian dengan sokongan spesifikasi pengecas peranti anda. Sebagai contoh, elakkan daripada menggunakan adapter pengecas dengan sokongan output 1A atau 1.5A untuk peranti yang menyokong output pengecas 2A. Ini kerana ramai di antara pemilik peranti yang tidak begitu peka dengan kesesuaian adapter pengecas, yang mana tanpa maereka sedar akan menyebabkan proses mengecas sangat perlahan.


4. Elakkan smartphone berada pada suhu terlalu tinggi.



Salah satu penyebab yang sering kita terlepas pandang ialah dengan membiarkan smartphone kita berada pada suhu yang terlalu tinggi. Sebagai contoh, bermain games yang hadir dengan graphic tinggi boleh menyebabkan smartphone terlalu panas dan ianya bukan sahaja boleh merosakkan perkakasan dalaman seperti pemprosesan, tetapi akan menyebabkan jangka hayat bateri lebih singkat. Selain itu, suhu terlalu sejuk juga turut memeberi kesan negative kepada bateri smartphone anda.



5. Jangan biarkan bateri berada pada 0% terlalu lama



Pasti ramai diantara anda yang memiliki bateri simpanan kedua yang hanya digunakan apabila berada dalam saat kecemasan. Mungkin juga anda memiliki smartphone lama yang masih elok tetapi tidak digunakan dan dibiarkan sahaja. Oleh itu bagi memastikan bateri boleh beroperasi dengan baik walaupun tidak digunakan, elakkan daripada membiarkan bateri terus berada di paras 0% terlalu lama. Seeloknya, make sure bateri berbakikkan 40% hingga 50%. Walaupun ianya tidak digunakan, anda perlu mengecasnya. Ini kerana bateri yang dibiarkan 0% terlalu lama akan rosak atau tidak boleh lagi menerima cas masuk seperti biasa.


Sekian perkongsian dari hasil bacaan aku dari majalah ERING.


Instagram Macam Snapchat

Thursday, August 04, 2016

Assalamualaikum

Pagi tadi aku terlajak tidur. Padahal aku ada last class ever untuk degree ni. Lepas ni aku takkan jumpa kelas lagi. Macam mana aku boleh tak attend last class? Well padah siapa suruh tidur lepas subuh.

Another entry update sekadar cukup syarat ^^

Lepas berjaya membersihkan diri dengan awalnya harini. Maka aku ke telefon. Naik notification yang dia suruh update app sekian sekian. Aku pon tak check satu satu sebab malas, so aku update all. Kemudian tinggalkan.  Aku rasa nak update insta aku. Capai phone buka insta and see this thing.




Apakah instagram. Adakah instagram rasa tercabar dengan snapchat sampai terpaksa tiru snapchat?


Tapi aku fikir macam ada baik juga insta buat macam ni. Sebab haritu aku rasa macam nak delete snapchat aku. Alah, biasa lah. Masa mula mula memang setiap saat nak update snapchat. Lama lama nak buka snapchat pon takde hati. So bila insta buat macam ni, boleh lah aku delete app snapchat. Aku dah mula kedekut space. HAHAHA. Walaupun storage masih kosong banyak sangat sangat. Actually bukan kedekut storage, aku fikir pasal performance battery.


Perasan tak, atau benda ni jadi dekat aku sorang je. Cbox aku takkan appear kalau buka link dengan https://. Tapi kalau http:// elok je dia muncul situ. Anyone face the same problem like me? Ada cara nak atasi benda ni tak? Kalau ada mohon share, Kbai


Sekian.

Template Designer. Full Edit by Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.