Macam mana nak edit blog?

Tuesday, March 29, 2016

Assalamualaikum.




Macam mana nak edit blog kalau setiap kali, setiap saat, setiap minit serta setiap jam dan hasil nya tetap sama macam dalam gambar diatas. Alahai. Masalah ni berpunca dari browser yang aku pakai, atau laptop aku yang bermasalah atau korang punya pon sama jadi macam ni? Ada sesiapa tahu macam mana solution untuk masalah ni tak? Please share TT_____TT




And bila nak buka nuffnang guna chrome. Ini yang aku dapat. Kenapa jadi macam ni? Nak kata out dated version. Haritu baru dia suruh update the latest one, but the result still macam ni. Anyone tahu apa punca masalah semua ini? Hahaha.


Sekian.

Challenge Rindu By Hafiz Zulkafly

Friday, March 18, 2016

Assalamualaikum.



Actually. Haritu aku ada ternampak orang sahut cabaran Rindu ni dekat Facebook. Pada mula rasa macam nak cuba buat dekat facebook jugak. Tapi datang idea nak jadikan challenge ni macam segmen dekat blog. Nampak macam lebih menarik and meriah. Apa yang korang perlu ada cuma smartphone, messaging apps dan juga blog. Macam mana nak join challenge ni? Mudah je!


1. First taip "RINDU" dan hantar ke 10 contact yang ada dalam phone korang. Lebih 10 orang pon takpe. tapi INGAT hanya hantar perkataan RINDU sahaja.

2. Kemudian tunggu balasan apa yang korang dapat. Dah dapat terus screenshot!

3. Update entry dengan tajuk "Challenge Rindu by Hafiz Zulkafly" dan tempek banner dekat atas serta backlinkkan ke entry ini.

4. Masukkan semua screenshot yang korang dah dapat tadi. Kemudian tag 3 orang rakan blogger (Optional).

5. Post link challenge korang dekat ruang komen dekat bawah.

6. Siap.


Mudah kan? Tak perlu follow sana sini atau like sana sini. Hahaha. For those yang tak nampak lagi macam mana challenge ni , meh aku tunjukkan apa yang aku dapat lepas aku send RINDU dekat 11 orang contact aku. 
























Tadaa itu yang aku dapat. Ada yang bosan. Ada yang kelakar. And ada yang entah apa apa. So korang punya macam mana pulak. Ha apa tunggu lagi. Cepat join sebab aku tak sabar nak baca feedback yang korang pulak dapat. Rasa macam menarik bila dapat feedback macam macam dari kengkawan kita. :D


Sekian

Mencari Sponsorship

Thursday, March 17, 2016

Assalamualaikum.

Bila dah ada rupa baru. Baru ada semangat sikit nak update blog. Hahaha. Haritu baru aku tau yang cbox aku bermasalah rupanya. Lama sangat tak buka setting cbox, so aku taktau yang ianya dah lama bermasalah sampai lah si ajan ni kata dia spam dekat cbox aku but aku tak dapat apa apa pon. Menyedihkan. 


Lagi satu. Aku baru tau yang harga domain dah naik. HAHAHA. Menyedihkan jugak. Walaupun naik tak banyak, but still rasa terbeban. Terbeban sebab baru nak renew nanti. Hewhew. 


Okay.


Sebenarnya, aku ada plan nak buat sama ada Mini Giveaway ataupun Segmen ataupun Contest. Masih dalam pertimbangan. Nak buat sorang rasanya macam tak meriah. Ingat nak cari partner yang boleh sponsor dari segi hadiah. So disini saya mengalu alukan kepada sesiapa saja yang rasa rasa nak sponsor hadiah untuk upcoming event ni boleh lah hantar maklumat berikut ;

URL Blog :
Hadiah yang ingin disponsor:
Kuantiti hadiah:
Syarat yang dikenakan:
Nama:

Ke : hafizzulkafly@gmail.com


Kalau takde orang sponsor macam mana? Kalau takde jawapan dia aku kena buat segmen tak berhadiah lah jawabnya. Hahaha. Takpe, cuba dulu. Belum cuba belum tahu. Tapi dalam masa yang sama aku kena fikir. Mini GA atau Segmen atau Contest? 


Template Designer. Full Edit by Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.