Hafiz Zulkafly

Cara Mengecas Dan Juga Penjagaan Bateri Yang Betul

Jumaat, Ogos 05, 2016

Assalamualaikum

Dalam Ering keluaran #136 ada kongsikan satu tips bagaimana cara terbaik untuk menjaga bateri smartphone kita dengan betul. So here is the tips that might be useful to everyone :





1. Elakkan mengecas dari 0% hingga 100%



Antara peraturan utama untuk peranti yang menggunakan bateri jenis Lithium-ion (Li-Ion) adalah memastikan bateri merka berbaki sekurang kurangnya 50% pada setiap masa. Apabila peratusan bateri berada dibawah 50%, pastikan anda mengecasnya supaya bateri sentiasa berada di paras pengoperasian yang optimum. Namun begitu, elakkan daripada dicas penuh sehingga 100% kerana ia akan memendekkan jangka hayat bateri. Jadi peratusan terbaik untuk mengecas bateri Li-Ion anda adalah antara 40% hingga 80% dan elakkan peratusan bateri berada dibawah 20%.



2. Amalkan penggunaan bateri sehingga 0% sebulan sekali.



Tidak dinafikan anda tidak digalakkan untuk sentiasa mengecas penuh bateri sehingga 100% atau menggunakannya sehingga 0%, tetapi pakar menyarankan agar anda melakukan kitaran mengecas penuh dari 0% hingga 100%. Proses ini berupaya untuk mengkalibrasikan semula bateri, iaitu mirip seperti proses restart pada komputer. Malah kaedah ini berupaya memastikan bateri peranti mudah alih anda agar sentiasa berada pada tahap optimum secara tidak langsung menjanjikan hayat bateri yang lama.



3. Gunakan adapter pengecas yang bersesuaian.


Walaupun anda bebas untuk menggunakan adapter pengecas daripada jenama atau pengeuar yang berbeza, sebenarnya anda perlu memberi perhatian kepada sokongan spesifikasi pengecas tersebut. Pastikan anda menggunakan adapter pengecas yang bersesuaian dengan sokongan spesifikasi pengecas peranti anda. Sebagai contoh, elakkan daripada menggunakan adapter pengecas dengan sokongan output 1A atau 1.5A untuk peranti yang menyokong output pengecas 2A. Ini kerana ramai di antara pemilik peranti yang tidak begitu peka dengan kesesuaian adapter pengecas, yang mana tanpa maereka sedar akan menyebabkan proses mengecas sangat perlahan.


4. Elakkan smartphone berada pada suhu terlalu tinggi.



Salah satu penyebab yang sering kita terlepas pandang ialah dengan membiarkan smartphone kita berada pada suhu yang terlalu tinggi. Sebagai contoh, bermain games yang hadir dengan graphic tinggi boleh menyebabkan smartphone terlalu panas dan ianya bukan sahaja boleh merosakkan perkakasan dalaman seperti pemprosesan, tetapi akan menyebabkan jangka hayat bateri lebih singkat. Selain itu, suhu terlalu sejuk juga turut memeberi kesan negative kepada bateri smartphone anda.



5. Jangan biarkan bateri berada pada 0% terlalu lama



Pasti ramai diantara anda yang memiliki bateri simpanan kedua yang hanya digunakan apabila berada dalam saat kecemasan. Mungkin juga anda memiliki smartphone lama yang masih elok tetapi tidak digunakan dan dibiarkan sahaja. Oleh itu bagi memastikan bateri boleh beroperasi dengan baik walaupun tidak digunakan, elakkan daripada membiarkan bateri terus berada di paras 0% terlalu lama. Seeloknya, make sure bateri berbakikkan 40% hingga 50%. Walaupun ianya tidak digunakan, anda perlu mengecasnya. Ini kerana bateri yang dibiarkan 0% terlalu lama akan rosak atau tidak boleh lagi menerima cas masuk seperti biasa.


Sekian perkongsian dari hasil bacaan aku dari majalah ERING.


5 ulasan

  1. Gash.... What about using phone during charging? Sebab selalu buat lol.

    Wait obviously la not the right way kan? Ok la ok la ignore

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol for that one i guess sama dengan no 4.

      Padam
    2. So i made a right decision la kiranya sebab uninstall snapchat due to overheating? Aku perasan kalau buka snapchat mesti bateri cepat habis. Hmm

      Padam
  2. Hi apis..! Salam ukhuwah. Nice tips.. and also u have a lots of tutorials yang sangat sesuai untuk newbie seperti Reen. :)

    BalasPadam
  3. I selalu guna sampai habis lepastu malas nak charge.
    What the bad habits!

    BalasPadam

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED