Hafiz Zulkafly

Apple Toner, Print Like Original!

Selasa, Mei 31, 2016

Assalamualaikum

Hey there friends! I want to tell you about this one particular ecommerce company called AppleToner. Sebenarnya I’ve known these guys for quite a while and I dah pernah guna services diorang several times dah. AppleToner nie is an online company that specializes in selling all things that have to do with commercial printing. So for semua jenis macam household printer boleh rujuk to them.

Diorang ada carry quite a few mainstream brands macam Samsung, Canon, Hewlett Packard and more so for your average user to memang senang la. Setakat kalau nak beli a laser printer tue memang senang, but diorang nya main business is dealing dengan jenis printer ink that dibuat by 3rd party companies. As in not original la. That being said, they still sell original ink cartridges if ada yang still prefer it.

Back then when my old printer nya printouts keluar faded colours and the dreaded multi-coloured lines tue, I kelam kabut la fikir macamana la nak ganti time-time camni. Otak berserabut pasal rimas my usual printing accessories nya kedai where I would usually get HP ink cartridges dah pindah, and the nearest pun in the city. So ada member I nie sorang recommend la this website.

Since then I always returned to these guys for all my ink cartridge needs. Senang.

Quite impressive jugak la when you consider everything. Printer ink yang diorang deal are compatible toners, which means pricing pun memang murah. A lot of them are almost half cheaper! And quality pun more or less the same. But time dulu, I was quite worried gak la kalau beli mahal-mahal (murah tue memang la murah, but still atas seratus la kan?) tapi quality low. But they memang confident dengan the quality, and even offer a 1 year warranty on all the products that they carry. What did I have to lose la kan? So I ordered my HP ink cartridges dengan diorang and memang puas hati.







Customer service pun quite good and very responsive. Quite customer centric gak la. Siap ada next day delivery gak kalau you place your orders before 2pm. Click kat SINI kalau nak tengok more on their shipping nya terms.


Diorang carry quite a wide selection of products jugak la. Dari laser printer pelbagai brands to an assortment of cartridge, ribbon and toner types. So I really recommend these guys for those of you yang memang in the market to find printing products and nak menyenangkan kerja! So here the full address to make u easy to get there ;





Sekian.

Demam YouTube

Sabtu, Mei 21, 2016

Assalamualaikum.



Tadaa. Coming back with new look. LOL. Takde lah rupa baru sangat. Masih guna tema warna yang sama. Design yang sama. Dan tiada apa yang berubah kot. Hehehehe. Cumanya aku ubah style navigation aku. Macam mana navigation aku kali ni. Kalau nak tau sila main scroll keatas kebawah banyak kali untuk melihat perbezaannya. Lama dah aku cari tutorial nak buat navigation macam ni. Punca sebab aku taktau keyword navigation macam ni. Thanks to wanaseoby sebab tolong cari and tolong share link nak buat navigation tersebut. Lain lain takdak special. Semua sama. HAHAHA.


Aku masih dalam mood demam youtube. Aku rasa Video Onz by Umobile ni sedikit sebanyak buat aku meroyan. Hahaha. Like seriously kau boleh tengok Youtube 24jam tiap tiap hari tanpa sebarang charge dan tanpa sebarang penolakan kuota data dikenakan. Makanya memang aku pon menggunakan se-optima yang mungkin lah kan.





Tu dia. Aku rasa sikit lagi penggunaan aku tu. Kena kasi dia reach more than 10gb baru aku rasa banyak. Hahaha untuk Play Store tu pon banyak jugak penggunaan. Makin banyak applikasi yang kau install, maka makin banyak lah update yang kau akan dapat. Tapi yang aku sakit hati. Facebook hari hari ada update baru =..=' apa yang deme update aku taktau. Annoying rasa, dan atas sebab tu penggunaan data aku untuk bulan ni agak heavy sikit.





Haa tak kisah lah. Asalkan aku puas hati. Mohon sesiapa bagitau kepada pihak Umobile, kasi lah aku sikit ganjaran. Aku rasa dah berbuih mulut aku puji betapa AWESOME nya Umobile hari ini. Hahaha. Okay feel free ya untuk komen macam mana ghupe baru blog aku ni.


Sekian. Adios.

Video Onz

Selasa, Mei 17, 2016


Assalamualaikum.


Woo lama tak update blog. Sepanjang praktikal ni, peluang nak buka laptop sangat tipis. Harapkan hari minggu. Tapi hari minggu lah masa nak spend dengan family, keluar dengan kawan kawan. Bila dah keluar apa semua. Baliknya memang penat ler jawabnya.




Aku dah lupa bila the exact date umobile sekali lagi buat kerja gila ni dan sekali lagi buat aku tersengih ala ala senyum kambing. HAHA. Haritu aku almost port out dari umobile dek kerana pelan celcom macam menarik. Tapi aku fikir balik yang aku ni suka stream video youtube. Masa tu umobile kasi free streaming dari pukul 2.00 am hingga 10.00 am. So tak jadi, and tiba tiba ada terbaca artikel yang umobile kini buat free streaming 24 jam. Aku terus WOW, WOW, and WOW. Apa lagi aku nak aku taktau. Data 15gb, Call unlimited ke semua rangkaian, Streaming video UNLIMITED jugak. bulan bulan bayar RM70++ (GST). Tu diaaa.





Video Onz unlimited ni hanya untuk pengguna yang menggunakan Plan Hero P70, i90 dan i30. Selain dari plan ni jangan kecewa sebab umobile turut menyediakan free 100% extra data untuk Video Onz ni jugak. So selama aku dapat menggunakan service percuma ni, memang aku balun and lenjan sampai pengsan. Habis semua Blind Audition The Voice aku tengok. Hahaha. Sekali cerita cerita kartun lama aku buka >..<


So korang apa tunggu lagi, tak rasa plan umobile ni paling berbaloi ke kalau nak dicomparekan dengan yang lain. Hehehe. Kbye.


Sekian. Adios.


Let's Spread The Help

Sabtu, Mei 07, 2016


Assalamualaikum.


Hello guys and happy weekend-ing. Sebelum keluar meronggeng serta berjimba harini. Aku dah janji dengan kawan aku yang aku nak tolong promote video assignment dia. So tadaa harini entry aku memang semata mata untuk mempromosikan video assignment dia. // Mohon ajan terharu.


Kenapa perlu mempromosikan video assignment beliau?


Bagi menjawab persoalaan dia atas. Untuk pengetahuan korang semua. Mereka diberi tugasan berkumpulan untuk buat satu video yang berkonsepkan ilmiah pasal "Apa itu Estate Planning". Wait explanation ini aku tipu. Hahaha. Okay ini yang sebenarnya. Pemarkahan untuk assignment tersebut 100% akan dikira melalui jumlah viewers dan juga jumlah like video tersebut. Well its quite challenging kan bila kau punya markah based on benda benda macam ni? Dah macam kontest >.<. So far aku tak pernah lagi dapat assignment macam ni dan aku taknak assignment gini sebab aku malas nak promote. HAHAHA


Bagi menghargai jasa beliau yang dah edit susah payah video tersebut sampai beliau dah hilang berat badan sebanyak 5KG, so harini aku pulak nak minta tolong korang yang ada akaun youtube untuk buka dan tonton video tersebut sampai habis! Lepas dah habis mohon tumbuk laju laju button like dan share. Semudah ABC kan? Lepas tu korang siap akan dapat ilmu lagi tentang apa itu Estate Planning. 






Nak tolong tapi tiada akaun Youtube? Jangan risau. Sila ke Youtube dan tekan butang login dan masukkan saja akaun Gmail and password gmail korang and pop! dah berjaya login. Haa tunggu apa lagi, pergi buat cepat. Tengok video sampai habis tau! Sebab last sekali tu ada bas Uni aku dalam video ni. Atas sebab tu aku semangat nak promote video ni. You should thanks on that bus ajan. >.< HAHAHA.



Sekian, Adios.


DIY 3D Hologram

Selasa, Mei 03, 2016

Assalamualaikum.


Sebenarnya dah lama aku nak share entry ni. Tapi asyik postpone sampai rosak laptop. Finally berkesempatan nak update entry ni. By the way apa dia 3D hologram tu. Meh aku tunjuk aku punya.







Haa tu dia, gempak tak gempak tak (okay aku eksaited sorang masa buat benda ni) Tak sangka nak buat benda ni semudah ABC. Macam mana nak buat? Bahan bahan yang korang perlukan cuma



Clear Plastic Cover , Gunting / Pisau , Salotape , Pembaris dan Pen


Untuk cara nak buat dia nah tengok video bawah ni .





Dia pakai CD punya case, disebabkan aku takde benda tu and aku rasa susah nak potong, so aku ganti dengan Clear Plastic Cover yang pasang depan buku scrap tu. Hahaha. So tunggu apa lagi. Selamat menjadi kreatif dan selamat mencuba. KLIK SINI UNTUK LINK VIDEO 3D atau korang boleh search sendiri dekat youtube "3D Hologram Video".


* Mohon kepada sesiapa yang ingin mencuba berhati hati ketika menggunakan pisau serta gunting tersebut. Sebarang kecederaan adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Sekian sesi disclaimer :D


Sekian Adios!

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED