Hafiz Zulkafly

Tutorial : Google Fonts

Friday, January 22, 2016


Assalamualaikum.

Harini aku nak share satu tutorial simple. Macam mana nak guna Google Font dekat blog korang. Mungkin pening mungkin tidak. Bergantung macam mana pemahaman korang. Kalau tak paham jangan malu nak tanya. Untuk Template Designer sahaja.


1. Pergi ke Google Fonts dan pilih font mana yang berkenan dihati.


2. Dah jumpa yang berkenan dihati kemudian boleh tekan button quick use. Macam gambar bawah ni;



3. Kemudian scroll sampai jumpa macam gambar bawah ni



4. Pergi ke Template > Edit HTML > Paste code no 3 (dalam gambar) bawah code <head>


5. Kemudian CTRL + F  code </head> bila dah jumpa. Paste code </link> atas code </head> yang korang cari tadi. Kemudian baru boleh save.


6. Now korang boleh copy code no 4 (dalam gambar) and paste dekat mana mana bahagian yang korang nak. Kalau nak tukar whole font blog boleh paste bawah code body { 


7. Save dan siap.

Pening sikit kan? Kalau tak paham tanya ye. In Shaa Allah mana yang boleh tolong aku cuba tolong.

Bye

ASK.FM berwajah baru.

Thursday, January 21, 2016


Assalamualaikum.

Aku tak ingat the exact date bila ask.fm berubah wajah. Cuma haritu masa tengok ada app yang kena update aku baca lah satu satu description apa benda new things yang diorang buat sampai suruh update. Kebanyakkan nya minor and major bug fix. Bosan nak update kalau macam tu. 


Sampai dekat ask.fm aku perasan "eh apesal ask.fm pakai icon baru ni?" Maka dengan semangat aku baca description and bila baca new interface/design maka aku update lah dengan sepantas cahaya.


First impression macam wow. Totally changed! So aku memang suka bila benda yang berubah 100% ni. Tanpa explore dengan mendalam maka aku pon dengan semangat memuji new interface ni.






Tapi lepas aku ada masa untuk meng-explore ask.fm ni sepenuhnya. Aku rasa macam indah khabar dari rupa. Hahaha. Eh sesuai ke pepatah aku guna tu? Nevermind lupakan. Aku kecewa sebab dia menyusahkan dan annoying hahaha. Aku rasa adalah lebih baik design yang simple dan paling penting user friendly. Hahaha. 


Ke korang rasa macam mana? Atau aku yang tak reti guna interface baru ni? TT______TT


Bye.

Widget oo Widget

Wednesday, January 20, 2016


Assalamualaikum.

First of all nak tanya. Korang rasa blog aku ni berat tak sekarang ni? Lama tak loading? Lama tak ambik masa nak habis load?


Bukan apa. Actually aku rasa macam blog aku macam makin berat. So aku pon pi timbang blog. Timbang punya timbang. Alamak rasa macam bmi blog aku tak berada dalam keadaan normal. Sangat tak sihat. Hahaha.




Aku rasa lah kalau tak silap aku. Selama aku ada blog ni. Tak pernah pernah lagi aku dapat lebih dari 10 seconds. Hahaha. Aku baru plan nak tambah widget instagram dekat blog. Tapi lepas tengok apa dah jadi dengan current punya blog teruih batalkan niat. Takut kalau aku letak gak mau ambil masa seminit pulak. Hahaha.




maka aku tepek lah widget insta sementara dekat post ni. HAHA



So nak tanya pendapat korang lah. Korang rasa aku kena buang mana mana widget tak untuk ringankan blog aku? Maksudnya widget yang korang rasa aku tak perlu display pon dekat blog ni. atau korang ada cara macam mana nak speed up loading blog ke, boleh lah suggest dekat ruangan komen bawah ni ye. Thank You.

Bye.


Tutorial : Download Video Youtube Dengan Mudah!

Sunday, January 17, 2016


Assalamualaikum

Okay maybe dah ramai yang tau method mudah ni macam mana nak download. Aku saja nak share untuk mereka yang masih taktau. And this tutor boleh cuba through laptop and smartphone.


Okay first buka video yang korang nak download:-



Then delete yang dah aku highlight tu. Kemudian ganti dengan perkataan SS macam gambar dekat bawah ni:-



Kemudian enter and korang akan terus direct ke page bawah ni:-


Boleh pilih size ikut citarasa korang. Kemudian tekan download. Siap. Tutorial ni boleh pakai guna phone juga. Step yang sama macam dekat atas tu. So memasing boleh cuba. Mana mana tak paham boleh tanya. Sekian.

Bye.

Terima Kasih Readers, Terima Kasih Visitors.

Saturday, January 09, 2016


Assalamualaikum.

Holla semua. Untuk mereka yang rajin berblogwalking sambil tinggal jejak dekat cbox aku. Terima kasih daru hujung rambut sampai hujung kaki. Nanti bila aku ada masa lapang yang bebetul lapang, aku akan balas balik semua footprint yang kome kome tinggalkan. Sekarang ni aku quite clumsy sikit. Nak perbetulkan diri sendiri dahulu kemudian baru beri tumpuan sepenuhnya pada blog. May Allah ease everything.


Tadi aku sengaja buka stats blog aku. Disebabkan aku rasa agak lama aku tak buka stats blog. Memang jadi habit aku untuk buka and check stats blog ni. Konon macam nak buat research lah apa sebenarnya yang menarik perhatian orang untuk datang ke blog aku sebenarnya. So belek lah one by one. Sampai lah ke post punya tab. Aku click pada all time. and the result come out with this :-




Hahaha agak terperanjat jugak bila tengok pageviews untuk entry blog aku. To be honest aku tak expect pon akan ada entry yang akan lebih dari 10k orang view. Aku rasa terharu sebenarnya. Rasa macam dapat jugak aku kasi something dekat visitor. 24k pageview untuk entry tutorial tuh. Ahh pinjamkan bahu someone. Hahahaha.

Alhamdulillah and terima kasih banyak banyak pada yang sudi singgah and lawat blog ni. Terharu // throw confetti 

So kali ni nak tanya lah, apa sebenarnya faktor utama yang korang menjenguk ke blog aku ni? Boleh komen dekat bawah ni. And apa yang korang suka tentang blog ni ke. Apa yang korang harap ke. Apa jenis atau bentuk tutorial yang korang suka. And macam macam lagi lah. Boleh tinggalkan komen dekat entry ni okayyy.


Bye.

Hero Postpaid by U Mobile

Friday, January 08, 2016


Assalamualaikum.

Aku memang cerewet bab bab nak pilih telco mana yang aku nak pakai. Tapi kali ni aku nak zip mulut ketat ketat lepas dah kenal dengan Hero Postpaid by U Mobile


Sebelum cuba berjinak jinak dengan U Mobile. Banyak jugak telco lain yang aku cuba. Tapi kebanyakan yang cuba tu semua prepaid punya plan. Until one day rasa nak pakai postpaid. So masa tu ada satu postpaid yang hangat tengah buat promosi dan pada aku masa tu that one paling murah and terbaik. Memang takde masalah dengan postpaid tersebut. Tapi bila part cuti and aku balik rumah. Menjadi masalah sebab signal tak kuat dekat rumah. Well bila balik ke kampus, masalah telco tak pernah wujud sebab dekat sana memang semua telco superb. Tapi bila balik rumah, semua telco hampeh. 


Nak dijadikan cerita. Kawan ajak tukar ke U Mobile U28. Pada asalnya aku ketegaq gak taknak tukar. Sebab dalam mindset aku. Kalau dah telco legend pon dekat rumah signal tak kuat. Apatah lagi telco baru baru kan? Pujuk punya pujuk aku pon tukar dengan berat hati sebab lepas ni 6 bulan akan duduk dekat rumah. Macam mana lah agaknya nasib aku kalau signal U Mobile menghampakan. 




Sekali nahh kau. Sikit pon tak menghampakan. Biar pon network 4G masih tak sampai kat kawasan perumahan aku tapi speed dia sikit pon tak mengecewakan. Tak macam telco lain yang network sampai 4G tapi speed hancus. Maka tersenyum lah aku sampai ke telinga, kalau masuk network 4G aku taktau lah speed dia macam mana pulak. Mana taknya, bayar murah quota internet banyak and speed maintain superb. Siapa tak suka kan?




Alhamdulillah lepas berpuas hati dengan U Mobile punya network, aku pon tanpa agak agak dah upgrade plan aku dari U28 ke P70. Wow serious aku cakap, P70 ni best ever postpaid plan yang tak pernah mana mana telco lain offer. Dah bayangkan korang cuma kena bayar RM70 (plus minus) dan dapat internet berkelajuan tinggi sehingga 7GB dan FREE UNLIMTED call untuk ke semua rangkaian. Haha apa macam, tak cukup lagi ke? Hehehe pada aku Hero Postpaid ni sangat sangat berbaloi baloi untuk semua. 





Selain dari Hero Postpaid ni, U Mobile ada gak plan plan postpaid yang lain. So korang boleh pilih mengikut kesusaian dan kemampuan masing masing. So apa tunggu lagi? Jom tukar. Hehehe.

Entry ini dengan penuh harapan moga moga pihak U Mobile kasi diskaun untuk bil bulan depan ye XD

Bye.

Hiatus :'(

Tuesday, January 05, 2016


Assalamualaikum.





Aku ada buat perubahan sikit pada blog. Asalnya aku nak tukar template. Nak guna template lain dari simple template ni. Tapi mood lately ni always swing entah kenapa. Well for first week mungkin macam tu. Masih tak dapat biasakan diri. Mohon tabah dan kuat. // cheering up for myself yeay. Tapi hakikatnya, aku tak pandai nak tipu diri sendiri. :'(



Kadang aku rasa malu dengan orang yang tak pakai domain tapi lebih kerap update blog. Tak macam aku, ada domain sendiri. Tapi, blog buruk, jarang update dan penulisan yang sangat teruk serta tak menarik minat orang baca. So aku buat keputusan untuk hiatus dari dunia blog ni sebab malu sangat TT______TT



Alhamdulillah, aku dah dapat tempat internship. Mula 11/01/16. Doakan supaya Allah permudahkan segala urusan aku dan semua kawan kawan lain yang akan mula internship 10 and 11 haribulan ni.


Bye.

© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED