Hafiz Zulkafly

Delete Account Instagram?

Selasa, Julai 14, 2015


Assalamualaikum.

Kepada yang perasan mungkin akan perasan. Kepada yang tak perasan pun mungkin takkan perasan. Haritu ada buat keputusan macam nak delete akaun instagram and buat yang baru, tapi atas sebab apa nak delete?


Okay secara jujurnya, memang takde actual reason kenapa nak delete akaun insta. Cuma rasa rimas terhadap akaun sendiri tu datang tetiba. Ada tanya sorang kawan ni. Dia cuma mampu cakap "Kau tak sayang ke dekat gambar gambar kau?" and im speechless. But after a few days lepas perah otak fikir either delete and make the new one or just leave it and proceed with the older one. Finally aku cuma mampu delete semua gambar and start post baru. So tadaaa ;


Before delete tu, teringat jugak zaman zaman masa rezeki gambar dekat insta featured dekat account igers lain. Hehehe. Antara yang sempat aku selamatkan ;






Haa tak ingat sama ada memang banyak ini je atau ada lagi? Hahaha tak kisah lahh. Terima kasih dekat akaun akaun sekian sebab sudi promote gambar aku. Cuma aku rasa takde any desire terhadap ambil gambar lagi. Lagipon gambar aku tak pernah lawa ponn. So lepas ni kepada siapa yang nak unfollow sangat dialu-alukann. Dan kepada yang masih setia follow terima kasih banyak banyak hahahaha. Jangan marah lah kalian terpaksa hadap feeds buruk huduh serta tak bergaya aku ni.


Haaa entry ni memang update cukup syarat. Kbye.


Nak domain sendiri :'(

Sabtu, Julai 11, 2015


Assalamualaikum

Like finally. Dapat pon design yang aku rasa ada unsur kematangan sikit. Sikit pon jadi lah. Cuma skill penulisan masih banyak perlu diperbaiki.


Domain sendiri. To be honest, aku dalam dilemma sama ada nak beli domain sendiri atau pon teruskan dengan guna blogspot punya URL. Well, mostly lebih prefer untuk guna domain free than berbayarkan?  Tapi lepas google-ing sikit pasal apa kelebihan punya domain sendiri terus rasa macam nak pakai domain berbayar.


Antara kelebihan bila pakai domain berbayar ;

1. Hak sepenuhnya terhadap laman web kita.
2. Lebih dipercayai dan lebih selamat.
3. Blog mesra SEO ( Search Engine Optimization )


Itu antaranya. Aku yakin ada banyak lagi sebenarnya. Cuma masih belum sempat nak discover sepenuhnya. Tapi blog macam aku ni, masih ada readers and viewers lagi ke? Update pon jarang dah sekarang nak ada domain sendiri konon. Puii diri sendiri.


Nanti nanti akan difikirkan semula. Cuma any suggestion website yang mudah untuk ber-urusan beli domain ni? Share share lah sikit sifu masta dekat luar sana tu.

Another New Look And Zalora Lagi

Jumaat, Julai 10, 2015


Assalamualaikum.

Alhamdulillah dalam 10 malam terakhir. Ambil masa sekejap untuk edit blog ni. Nak cuba update dengan entry bermanfaat, tapi tiada idea. So last sekali edit blog lagi. Ingat nak buat single column punya blog. Tapi entah kenapa mata ni sakit bila tengok blog sendiri satu column. Bila tengok orang lain punya rasa jealous tahap gaban. Bila sendiri buat, sendiri tak suka. Hahahaha.




Bila tengok blog sendiri. Rasa macam tengah buka twitter pulak. Hahahaha. Tak banyak benda pon yang aku edit. Usik situ sikit. Usik sana sikit. Jadi lah rupa ala kadar yang macam korang tengah view sekarang ni.




Macam tak percaya. Bila zalora menjenguk blog aku satu lagi. Serious aku memang takde apa apa perancangan langsung nak update blog tu. Mana taknya, blog ni pon tersadai macam tu je apatah lagi blog satu lagi kann. Tapi alhamdulillah, kalau Allah dah kata rezeki, memang takkan kemana. Semalam update and dapat code voucher tu pon semalam. Harini barang dah sampai. Tapi sayang sekali aku takde dekat rumah. Masih meneruskan perjuangan menghadapi kelas dekat bumi Terengganu ni. Terima kasih zalora. Lain kali bagi lagi tau. :D


Bye.

Can Anybody Solve This Problem?

Jumaat, Julai 03, 2015

Assalamualaikum.


klik gambar untuk tumbesaran


Siapa tahu kenapa and macam mana boleh jadi macam ni? DP tu tak keluar gambar korang. Eh DP ke tu? Haa lantak situ apa nama dia, asal korang paham. Lama dah jadi macam tu. Kalau nak kata account google bermasalah, blog satu lagi pakai email yang sama elok je.


Please ada sesiapa tahu kenapa boleh jadi macam ni? Rasanya takde godek apa apa code dah.
© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED