Tutorial : Download Youtube Video Using TubeMate (Android)

Monday, October 28, 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni nak share satu tutorial macam mana nak download video direct terus dari smartphone anda. Kalau sebelum ni mungkin bagi mereka yang taktau (termasuk aku) akan download guna laptop dulu, kemudian convert and masukkan dalam phone. Now dah tau cara mudah untuk download direct dari phone terus so aku pon share this tutor. Mungkin ramai yang dah tau, tapi takpe, ini untuk mereka yang taktau. Ayuh follow gambar dibawah ;



Pergi ke setting dan cari Unknown sources . Make sure tick benda tu . Kalau tak tick , tak boleh install apps tubemate ni . Lain android version , lain tempat unknown sources ni . Biasa nya ada dekat Setting > Application.




Buka laman web tubemate.net dekat browser phone korang. Kemudian akan keluar sebijik macam aku punya ni cuma mungkin version berbeza sebab dorang selalu ade update baru . Pilih je mana mana link download yang ada , kemudian download and install .




Search video yang korang nak download dekat lambang kanta atas belah kanan tu , kemudian enter sahaja .




Selepas klik video yang korang nak , akan keluar button download dekat atas yang warna hijau . Biasanya button tu akan shaking gitu . So klik saja pada button tersebut .




Akan keluar popup sebegini . Pilih size yang korang nak , for the best quality aku suggest download 1280X720 , sebab gambar lawa , tapi tak semua phone support . Dah pilih size , tekan je download dalam kotak yang merah tu .




Then akan keluar lah download punya estimated time dekat notification korang . So apa yang korang kena buat sila tunggu sampai download korang selesai .




Siap dan play .


Mudah sahaja kan . Ha , ape tunggu lagi . Siapa guna android dan masih tak pernah cuba cara yang aku ajar ni boleh lah cuba sekarang . Mana mana yang tak faham boleh tanya je , inshaallah aku akan cuba tolong korang .


Sebarang kerosakan atau apa apa masalah lain yang terjadi kepada telefon pintar anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri . Jadi sila follow tutorial ini sebaik mungkin . Tiada sebarang paksaan untuk ikuti tutorial ini . Sekian disclaimer dari saya.

busy

Saturday, October 26, 2013

Assalamualaikum.

Hai semua . Hari ni ada masa terluang sikit . So ambil kesempatan untuk update satu entry . Yang penting bukan entry tutorial atau freebies . Cuma sekadar entry merepek dan membebel . Pada mereka yang ada request anything from me , you guys should read this entry till the end . lol .


Alhamdulillah , tadi selamat sampai dekat kampus setelah menjalani kem khidmat komuniti UniSZA 2013 yang bertempat di 1M4U Survival Camp di Merang selama 2 hari 1 malam . Lama dah tak merasa ber-camping ni . So excited dia tu agak terlebih sedikit . HEHE . First semester ni kena ambil kursus kokurikulum . So ini antara final projek yang kena buat . Khidmat Komuniti . Alhamdulillah , semua berjalan dengan lancar . Water Confident , Ice Breaking , Malam Kebudayaan , Night War and Khidmat Masyarakat . Semua slot ni best ! hehe .






Water Confident Time :D




Nama pon camping kan? So memang kena tidur dalam khemah la jawab nya ^^


Okay bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya . Itu sekadar selingan bagi memanjangkan entry ni . Sebab lama sangat tak menaip . Alang menaip tu , biar sampai tak cukup ruang , gitu . HAHA . Ini sebenarnya yang nak diceritakan ;





Okay kelihatan disitu berapa banyak sticky note yang ada . Itu semua task yang kena buat dalam minggu ni and akan datang . Dari sekecil kecil tugasan hingga sebesar besarnya lahh . Mungkin sticky note tu akan bertambah dari semasa ke semasa . Kepada sesiapa yang ada request anything dekat ask.fm tu , minta maaf sangat . Buat masa sekarang memang busy sikit . Inshaallah , dalam minggu depan atau dua minggu lagi mungkin free . Masa tu request lah apa apa yang korang nak , cuma buat masa ni apis memang tak boleh nak buat . Harap korang paham .


Minggu ni ada quiz and pop quiz . Doa kan aku dapat buat yang terbaik . Doa supaya apis dapat handle masa dengan baik . Amin . Kbai ~

Penat Letih dan Exhausted .

Monday, October 07, 2013

Assalamualaikum,

Hai korang . Sihat semua ? Agak lama dah rasanya blog ni di tinggalkan . Huhuhu . Rindu dekat blog jangan cakap lah kann . Buat masa ni busy sikit . Biasa lah , awal awal semester memang macam macam nak kena buat , itu ini dan sebagainya . Mohon Allah beri kan kekuatan dekat diri ini supaya ada kekuatan untuk harungi semua benda ni .




Itu slip pendaftaran kursus aku untuk semester ni . Okay memang tak pernah sampai 19 jam kredit sepanjang diploma dulu . Jadual pon boleh tahan pack . Assignment , quiz and presentation pon dah banyak . Tak sempat nak tarik nafas rasa . Dengan koko lagi . Aktiviti kelab lagi ==' Haiyaa , first degree ni memang sangat mencabar untuk student yang tak berapa nak celik macam aku ni . Kena bijak atur jadual and berdisplin bila dah ada jadual tu . Kalau tak , ke laut jawabnya . Doa doa Allah permudahkan segalanya and berikan kekuatan untuk hadapi semua ni . AMIN .


Ohh , pagi tadi ada masa terluang sikit . Taktau nak buat apa , so menyempatkan diri untuk edit blog ni . Tak banyak benda yang aku edit pon . Edit sekadar nak bagi blog ni nampak berubah wajah , walaupun sikit je . Hasilnya macam korang tengah tengok sekarang ni . Simple . HAHA . Navigation ada bawah button like fb punya page . Kalau rajin mohon ringankan tangan untuk klik button like tu ye . HEHE . Takde idea nak edit macam mana lagi and memang macam ni yang aku suka . LOL . Okay rasa dah takde apa lagi yang nak ditaipkan . Kbai .


Template Designer. Full Edit by Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.