Hafiz Zulkafly

Final Exam around the corner . Hiatus !

Monday, December 23, 2013

Assalamualaikum.


Lama tak update blog . Yeah , memang sekarang sangat jarang update blog . Ketandusan idea ? Takde cerita menarik ? Itu semua cliché punya alasan . Cakap je yang kau malas apis . Kan senang , HAHA . Lama dah rasa tak contribute skin dekat akaun blogskins apis . Actually , haritu dah tekad yang aku takkan buat skin lagi . Tapi taktau lah , mana tau kot kot idea datang tetiba , maka akan ter-contribute lah skin baru di blogskins tu . LOL .


Semalam curi masa study sikit untuk edit blog ni . Sebabkan lama sangat tak berupdate , so aku decided untuk edit blog sekali dengan page affies . Page affies tu lagi lah lama tak ber-edit . Godek sana sini dengan skill yang tak seberapa ni , jadi lah macam yang korang tengah tengok sekarang ni ~





Yes , saya tau buruk dan huduh . Sila jangan kutuk , sebab saya tak pandai nak edit blog ;~~; Okay , lupa kan . Kalau ada yang sudi nak bagi pendapat , sila lontarkan pendapat anda di ruang komen entry ini . Terima kasih ^^




Pengkuliahan untuk semester satu dah habis . Now final exam around the corner ! Tipu kalau tak cuak sebab semester ni rasa berat sangat . Terasa sangat beza masa diploma dulu dengan degree sekarang . TT________TT Subjek semua tough tough . Tapi takpe lah , nama pon pelajar . So tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar adalah belajar ! hahaha . Wish me luck for this final exam ! Chaiyok chaiyok !

Ya Allah , Kau berikan lah kesenangan dan permudahkan Mohd Hafiz b Zulkafly ketika dia menduduki peperiksaan akhir semester satu . Dan Kau berikan lah dia keputusan yang cermelang setimpal dengan usaha nya Ya Allah . Amin ya rabb al Amin :)

Tutorial : Hidden Followers Box

Monday, December 09, 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera





Dapat dua request untuk tutorial ni . So ambil masa sekejap sebab dah lama sebenarnya orang yang request ni minta . Minta maaf sangat sangat sebab lambat . Okay , straight to the point . Jom mula ;


1. Kepada sesiapa yang nak pasang widget followers , boleh rujuk SINI dahulu .


2. Kemudian cari code style=" , dah jumpa ? paste kan code bawah ni lepas code style yang korang cari tadi . Kemudian save .


overflow:hidden;
width:XXXpx;
height:XXXpx;



3. Sila ubah width dan height mengikut kesesuaian blog korang dan widget korang . dan siap :D


Tak faham jangan malu nak bertanya . Malu bertanya sesat jalan ;p Kbai

Marah

Sunday, December 08, 2013

Assalamualaikum

Short update . Sekadar satu perkongsian . Actually ni tajuk tazkirah yang aku kongsi dalam kelas . Kredit sumber kepada iluvislam.com . Hari ni terasa macam nak dikongsikan kedalam blog , pengisian and apa yang cuba disampaikan benda yang sama , cuma dalam bahasa dan penterjemahan aku sendiri . :D


Marah . Memang tak dapat nak dinafikan , semua orang tak boleh lari daripada mempunyai perasaan marah . dan , selalunya lah , marah ni datang tanpa kita duga . Biasanya , marah ni kalau tak dapat dibendung atau di kawal akan bagi kesan negatif and banyak pihak yang tak bersalah akan kena tempias nya bila kita tengah marah kan ? so yang paling penting sekali , kita kena tau macam mana nak atasi atau mengawal perasaan marah kita ni .


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. : “Berilah wasiat padaku.”

Nabi s.a.w. bersabda : “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)


Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah:

(a) Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar’ie dan berhikmah.

(b) Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun Rasulullah S.A.W.  tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T.


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali ‘Imran: 134)

See , betapa bermanfaatnya kalau kita berjaya menahan kemarahan kita itu . Allah S.W.T menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran . Tidakkah kita mahu akan ganjaran-Nya? Nah sila ambil dan praktikkan tips tips di bawah ini bagaimana kita nak mengawal kemarahan kita ;

1) Diam

Biasanya , dalam kita tengah marah tu , macam macam perkataan yang tak elok akan keluar dari mulut kita kan ? Maklum lah tengah marah . So agak sukar bagi mereka mengeluarkan tutur kata yang baik baik . Jadi ketika marah , kita disuruh untuk mendiamkan diri . Sebagaimana sabda Nabi S.A.W ;

“Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

2) Isti'azah

Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:


“أعوذ بالله من الشيطان الرجي"


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A’raaf: 200-201)


Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:

Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu.”Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): “Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam.” (Muttafaq’alaih)

3) Duduk

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring.” (Hadis Riwayat Abu Daud) 

4) Berwudhuk

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya) 

the end . sekian saja dari saya . mohon tegur kalau ada salah dan silap .

Alhamdulillah, konvo sudah!

Thursday, December 05, 2013

Assalamualaikum.






Alhamdulillah. 01/12/13 selamat berkonvo sebagai diploma holder . Syukur alhamdulillah . Walaupun result tak seberapa , tapi tetap bersyukur sebab boleh berkonvo . Rasa macam mimpi pon ada , sebab dulu asyik mencuba jubah konvo saudara mara lain je . Tak pernah terfikir yang aku sendiri akan sarung jubah kepunyaan aku sendiri . Syukur alhamdulillah . Terima kasih dekat mak ayah yang tak pernah putus berdoa and support diri ni dari belakang . Inshaallah , tiga tahun dari sekarang , akan berkonvo sekali lagi sebagai degree holder pulak . Usaha kena tingkatkan . Doa kan sama untuk diri ini.


Buat masa ni blog akan ber-hiatus sampai habis final exam . For those who requested any tutor from me, harap banyak banyak bersabar . Inshaallah , aku akan cuba kalau kalau ada masa terluang untuk siap kan tutor korang . Kbai :D


© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED